Jom Klik...

Kawan-kawan MaMa - Peminat 3H..:)

Monday, February 14, 2011

Tips bila anak kena demam panas & sawan tarik




Tanda-tanda demam panas:

1. Suhu badan cecah 37°C dan ke atas.

2. Badan dan kepala hangat, tp tangan dan kaki sejuk dan pucat. Bibir kebiru-biruan.

3. Badan tak berpeluh. Kaki, tgn sejuk.. badan panas, kepala panas. (kalau tgn, muka, kaki dh biru tu cpt2 la bw klinik/ hospital..)

4. Kalau anak kecil, merengek je... sb badan tak selesa...

 

Ape nak buat kalau anak demam panas?

 

1. periksa suhu badannya (kerap kali periksa terutama pd sebelah malam krn menurut kata nurse kat hospital, kalau mlm lagi cpt suhu meningkat... kadang-kadang kita tak perasan)

Suhu normal dlm 36°C. Tapi kalau kita sukat suhu anak dh sampai 37°C tu cepat-cpat la balut dia dgn kain basah.

 

2. Kalau anak dah start demam panas, balut badan nya dgn kain basah. Mandikan dia dgn air sejuk. Mula siram kan kaki dulu kemudian baru badan dan diikuti dgn kepala.

3. Kalau suhu badan anak tak turun juga, segera bawa ke klinik. Kalau ada simpan ubat masuk buntut tu, masukkan lah kat anak. Kalau tak yakin, cepat-cepat bw ke klinik, bg doktor buatkan...

4. Kalau anak demam panas, jgn la biarkan je... sentiasa monitor suhu nya. Kalau bleh simpan termometer dan ubat masuk buntut tu kat rumah. Itu langkah rawatan asas sbl refer anak ke klinik.

 

Apa nak buat kalau anak dah kene sawan tarik di rumah?
 
1. Baringkan dia mengiring. Buka pakaian anak.

2. Buka mulut dia. Kalau mulut berbuih, korek mulut dia keluarkan air liur dan buih tu... Jgn bg dia tertelan air liur dia sendiri sebab bleh menyebabkan dia mati lemas/ tercekik.

3. Jgn bg anak ketap gigi.. takut terketap lidah dia...

4. Jangan masukkan ubat buntut masa anak tgh kejang, bg dia sedar dulu pastu basahkan kaki dia dgn air sejuk. Bila dia dah sedar/ menangis.. baru masukkan ubat buntut (kalau ada simpan kat rumah).

5. Kalau takde ubat buntut kat rumah, bila anak dh sedar tu.. cepat-cepat bw ke klinik. Doktor akan bg rawatan selanjutnya.

Ingat, waktu anak kejang tu... seluruh badan dia kejang... so jgn goncang-goncang badan dia. Terus baringkan mengiring. Pastu cpt-cpt sedarkan dia dgn cara mandikan dgn air sejuk. Alirkan air dr kaki dulu dan ke atas... dan bawa ke klinik/ hospital berhampiran. Waktu kejang tu, otak dia berhenti dr menerima oksigen. Sb tu even kita dh bg rawatan di rumah, still kene bw ke klinik/ hospital utk dpt bantuan oksigen. Otak kalau tk dpt oksigen mencukupi dlm masa singkat bleh menyebabkan kecacatan atau terencat. Sebab tu bahaya sgt-sgt kalau anak dh kene kejang

Sawan ni mungkin boleh dtg balik bg anak-anak yg pernah kene masa demam panas. So setiap kali anak demam, sentiasa la monitor suhu dia.


 



TQ Sudi klik...klik...


sumber dari SINI







6 comments:

  1. thanks for sharing the info.
    Anak pun tak bape sihat kat umah.
    Smalam, tangan ngan kaki sejuk je.
    Tp cek suhu, x sampai 37°C.

    Orang kata demam sbb nk beralih bulan. Haiyya, maunya tiap2 bulan nk demam. Smalam baru masuk 8 bulan. Masa nak masuk 7 bulan aritupun demam gak.

    Hmm...
    Doa semoga anak2 sentiasa sehat walafiat.amin..

    ReplyDelete
  2. berdasar dr pengalaman...
    pengalaman m'ajar ku erti kesabaran..hehe...

    ReplyDelete
  3. thanx for ur info...

    takutnya...nauzubillah...
    nak tanya, kalau baby demam kita blh mandikan baby tak?kepala dia mmg kena selalu basahkan kan?

    ReplyDelete
  4. Very good info! Betul tu amat penting monitor suhu anak semasa dia demam. Akak tak pernah kehabisan ubat masuk dari bontot tu. Sangat3 penting untuk masa kecemasan. Thanks for the info.

    p.s :- akak ader tag Mama3H untuk join 1st contest akak.
    http://hidayatimohamed.blogspot.com/2011/02/my-sleeping-angel-contest.html

    ReplyDelete
  5. Great tips....semoga I tidak menghadapi situasi itu, amin

    ReplyDelete
  6. Assalam..info yang menarik..sy mohon copy/share yea..

    pasal yang balut anak pakai kain basah tuh kan, hri tuh anak jiran kena demam panas gak, bapak dia cerita nurse suh balut pakai kain basah. tp pastu tambah teruk, paru2 pl ada jangkitan (klu lmbt buat rawatan katanya,ble paru2 berair)..then doktor bgtahu jgn balut, tapi teruskan mngelap badan tuh..elakkan balut bahagian dada,. ada jiran sebut nama sakit tuh lama bhasa saintifik..(bermula hurup P,..tak silap maksudnye 'jangkitan paru2 lerr, tak silap ler yea, ingat2 lupa daa)

    ReplyDelete

Free Personal signatures - cool!

TEXTAREA_ID

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Stick Figure Family at FreeFlashToys.com
Make your Stick Figure Family at FreeFlashToys.com