Kena tunggu nk cny baru ada kat sushi king..sedap dan kenyang makan sepinggan besar family kami.
Bermula 1 Jan hingga 29/2/2016. Bolehlah cuba sekalisekala tukar selera 😊
Saturday, January 30, 2016
Setahun sekali makan Yeesang
Labels:
Family
Setahun sekali makan Yeesang
Kena tunggu nk cny baru ada kat sushi king..sedap dan kenyang makan sepinggan besar family kami.
Bermula 1 Jan hingga 29/2/2016. Bolehlah cuba sekalisekala tukar selera 😊
Labels:
Family
Tuesday, January 26, 2016
Pengalaman Melahirkan secara C-Zer
sambungan entry lepas...
sorry berkurun baru dpt sambung.ni pun curi2 masa bby tgh tido dgn amannya
2 hari setelah bermalam dgn penuh debaran di HSI akhirnya hari ketiga nurse dtg bgtau inkubator semua dh ready dan boleh siap sedia utk operate 8pm mlm ni. Aduhai bergegar jantung rasanya.Dupdapdupdap. Sempatlah 4x inject Dexa utk matangkan paru2 bby. Sakit jugak tau rasanya.Inject kat bun***.
Dah start kena puasa. Dlm 9pm dah disorongkan ke bilih bedah.Macam masuk satu dunia asing serba serbi mcm pelik dlm tu bercambur pulak dgn debaran yg tiada kesudahan. Lepas dah kena bius separuh sedar...makaih sejuk sampai ke tulang dlm bilik tu.Macam2 doa & zikir tak lekang dibibir.
Dh terbaring dlm bilik tu mmg xnampak sbb kena tutup kat bahagian dada x nampak apa yg dorang buat..cuma rasa gegar2 dan dengar org nyanyi2 riang dan berbual2.Dlm kesejukan akhirnya dengar jugak suara azimat bby menangis.baby boy selamat dilahirkan pada 11/11/2015 jam 11pm .Berat 955gram shj. Alhamdulillah syukur bby selamat keluar.
Tapi mmg x dpt tgk pegang mcm biasa..sepantas kilat nurse bersihkan bby dan terus bawa ke NICU katanya. Nurse bgtau maaf xdpt tunjuk bby sbb kondisi bby yg kecil takut jangkitan kuman dan apa2 kemungkinan boleh berlaku.Redha ajerlah.serahkan segalanya pada Allah.
Masih sedar seperti biasa.Nak tunggu bius habis tunggu kat bilik luar dlm kesejukan.Setelah setengah jam baru dihantar ke wad. Beberapa jam kemudian en suami dtg bgtau dh azankan baby tp x dp pegang bby dlm inkubator di NICU dpt tengok shj.
Bermulalah duduk di wad tanpa bby disisi.Hari kedua baru gagahkan juga naik wheelchair ke NICU utk melihat zuriat ke-4.Allah shj yg tahu perasaan melihat bby sebesar 955g dgn wayer tiub yang berselirat di badan.Nangis lihat besarnya kuasa Allah dan hebatnya bby ni berjuang utk melihat dunia. Mama kena kuat utk bby ini seperti mana dia kuat.
seminggu juga di wad sbb hari keempat ada leaking kat tempat jahitan.Alhamdulillah x serius dan x perlu jahit semula.
bermulalah episod berpantang tanpa bby disisi dan berulangalik ke NICU dgn seribu satu perasan yg xdpt digambarkan.
Segala pengalaman kali ini mendekatkan lagi diri yang hina ini pada Allah kerana Dialah sebaik-baik perancang utk hamba-hambaNya.
Monday, December 14, 2015
Checkup Minggu ke-34 @ HSI
9 November 2015
Seperti biasa checkup bulanan kali ni kat HSI kalau sebelum ni kat KK Tmn U shj.Tapi doktor sana dah bg tarikh, kita ikutkan saja.Memang bercintalah nk drive ke sana ..jammed jgn critalah.kebetulan papa3h ada meeting hari tu terpaksalah pergi ngan Humaira drive sendiri.Appointment 3pm..3.30pm masih tersangkut kat jlnraya.kelamkabut dibuatnya.
sampai2 je spt biasa cek tekanan darah..beberapa kali cek tekanan tinggi..sampai masuk ke bilik doktor bacaan masih tinggi .bila scan perut doc kata air ketuban dh kurangtetiba doc jd kelamkabut, kita yg xtau apa2 pun paniklah jugak..;-( Doc bgtau awk kena tahan wad kena details scan takut effect kat bby.
waktu ni dah mula berdebar2.naik wheelchair nurse tolak sampai ke satu bilik..dah suruh tukar bj pink..pertama kalilah pakai bj hospital.heheheh..terus sedih suruh Humaira telefon papa..sbb dh sebak xboleh nk cakap masa tu.sedih bercampur takut..sbb xde persediaan mental lg utk bersalin.
Duduklah wad 4a bermula 9-11 November.Alhamdulillah selesa n layanan yg baik dr nurse kat sana.Tido rehat makan setiap berapa jam nurse dtg cek tekanan darah.Perut mmg kecik 8 bulan mcm 5 bulan je.Sampai akk katil sebelah ingat dh bersalin..;-(
10 November 2015
Detail Scan dgn doc pakar.org paling besar pangkat kat O&G ni.Dato' Doc bgtau bby mmg kena keluar awal.bby awak x cukup berat.xcukup 1kg.bby boleh lemas dlm perut.bla.bla.bla.bla.dh xsanggup nk dengar.nak nangis tp masih boleh tahan lagi.dlm hati hanya Allah yg tahu.Doc bgtau mmg xboleh lahir normal takut risiko nnti.Tp nak ceazer kena tunggu inkubator utk bby ready stok baru boleh bersalin sbb bby perlukan inkubator utk bantuan penafasan dan benda tu sgt terhad even private hospital pun perlu buat tempahan utk dptkan sebijik yg harganya mencecah rm200k.
Kebetulan hari tu cuti Deepavali adalah keluarga n saudara terdekat dtg melawat kat wad.hilangkan kesunyian dan ketakutan.Makan pun dh xlalu..sentiasa berdebar2.
ok kita sambung nanti ya
Wednesday, December 9, 2015
I'M Back
Assalamualaikum..
Ada yg rindu ngan 3H ke...masih ingat lagi dgn kami ke....setelah bertungkus lumus...terlupa password punya pasal....alhamdulillah..semoga diberikan kerajinan utk MaMa3H utk terus berceloteh..anak-anak pun dh bising bila mama nak update blog....oklah sebagai kenangan utk anak-anak bila dewasa kelak.
Kali ini bukan 3H lagi dah jadi 4H dah.
Tanggal 11/11/2015 sehari selepas Deepavali 3H dah dapat adik baru.
Muhammad Hafiy Ilman
Nanti mama ceritakan pengalaman yang indah yang pasti menjadi kenangan seumur hidup melahirkan anak syurga kali ini.
Saturday, August 1, 2015
Aidilfitri 2015
Alhamdulillah tahun ni dpt beraya dirumah sendiri...Tahun lepas raya kat rumah sewa sbb rumah xsiap renovate lg...
So mlm raya sesi masakmemasak rendang ketupat pun kt rumah sendiri...meriah rasanya bila berkumpul ramai2...
Pagi-pagi raya sebelum beraya lepas sembahyang raya...haruah ada sesi salam salaman dan sesi bergambar😃
Jom layan
Labels:
Aidilfitri 2015
Wednesday, May 13, 2015
Sepetang di Century Garden,Danga Bay
Nama jer org JB...tp naru ni sempat nk g tempat ni ha...not bad...bolehlah amik angin petang...kalau dh siap sepenuhnya nnti mesti cantik..
So kawan2 yg dyg bercuti ke JB wajib dtg sini nnti ya...
Jom layan..mama yg terkebih excited nk posing😁
Labels:
Family
Subscribe to:
Posts (Atom)
Make your Stick Figure Family at FreeFlashToys.com