Jom Klik...

Kawan-kawan MaMa - Peminat 3H..:)

Thursday, June 10, 2010

Happy Birthday to me...:)





Doa seorang isteri...

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosaku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dgn kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
kau peliharakanlah lidahku dr kata2 nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
sekiranya suami ku ini pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adlh bidadara untuk ku ke Jannah Mu
Limpahkanlah aku dgn sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suamiku ini adlh yg terbaik untukku di duniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata2ku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yg dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran utk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yg terbaik utk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan duniaMu
Limpahkanlah aku kesabaran utk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yg melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku perbetulkannya keadaannya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Mengetahui apa yg terbaik utk ku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,bimbinglah aku ke jalan yg Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sbg seorg isteri
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu
Sekiranya aku ingkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah RahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku utk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri yg solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu

Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku
Aku hanya ingin menjadi isteri yg dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa di hati suamiku..

Amin,amin Ya Rabbal Allamin..

Wednesday, June 9, 2010

Season 2 - Cute Baby With Chocolate




Season 2 - Cute Baby with CHOCOLATE contest..
by momguess.blogspot & szsh.blogspot

Sesiapa nak join gak tgk kat SINI

dan gambarnya haruslah yang paling pandai posing antara mereka bertiga....

walaupun dah bukan kategori cute baby...

tapi masih memenuhi syarat - berumur 4 tahun.....

-

-

-

-


Hana Humaira - 4 tahun





FINALE SEASON to compete for the GRAND PRIZE which is 3D2N FULL PACKAGE @ REDANG/LANGKAWI ISLAND & 70PCS 4R SIZE PHOTO SPONSORED BY MOMGUESS.BLOGSPOT

p/s-tahu jer pasal contest ni..terus mama amik camera & suh humaira posing ngan lolli choc yg mama buat tempoh hari...sib baik x mengecewakan..klu suruh hadif yg posing x sempat nak snap mesti dah ngap masuk dlm mulut.heheh...sajer2 memeriahkan contest dr penganjur..ada rezeki adalah utk kamu..humaira....

Tuesday, June 8, 2010

Kenduri Kendara @ Seremban

pertama kali sebenarnya pergi luar dari JB tanpa papa3H..mmg perancangan awal papa nak pergi juga...tp last minit ada pulak kerja yg perlu diselesaikan...so bila dah berjanji x sedap pulak kalau x pergi....so pergilah mama, 3H , tok ma & uncle su..ke seremban utk majlis perkahwinan cousin mama dari kemaman..yg kat seremban rumah perempuan...balik dr situ kami ke nilai3...borong apa2 yg patut...:)





TQ to abang driver a.k.a uncle su 3H





sekian...
esoknya kenduri di Pulai Perdana pulak..:)

Friday, June 4, 2010

Tip Merapatkan Hubungan Dengan Anak-anak



Ikuti perkembangan anak-anak secara dekat dan perlu tahu karektor anak dari yang sulung hingga bongsu. Kenali diri anak secara psikologi sedari awal supaya anak-anak mudah dikenali pada kemudian hari

Ibu bertindak sebagai kaunselor yang berkesan pada anak-anak melalui pemantauan kerenah dan tabiat anak-anak.Bantu anak-anak dari segi motivasi & material. Persiapan diri sebagai mentor yg baik mengikut tempat & situasi. Tetapi jgn terlalu kerap bertanya masalah.Biarkan anak-anak yg menceritakan masalah mereka dgn rela hati.

Ikuti minat anak-anak dari yg kecil hinggalah yang sebesarnya dlm soal memilih fesyen.











Pantau pilihan rakan anak. Selalu doakan kawan anak-anak kerana mereka akan mencorakkan diri anak-anak.

AMbil tahu aktiviti sosial dan ketrampilan diri anak-anak.

Pantau selalu pengisian masa senggang anak-anak.

Ibu perlu menjadi pendengar yang baik bg setiap masalan anak-anak apabila diberitahu.


Majalah Anis-Jun 2010

Thursday, June 3, 2010

Marilah solat duhai anakku...



mereka yang gembira & x sabar nak solat...
bila mama belikan telekung baru.....









SEmoga menjadi anak-anak yang solehah...
di dunia & akhirat...


humaira yang terlebih semangat
pantang mama masuk bilik air jer mesti dia tanya...
mama nak amik wuduk ehh?

lepas sejam solat tanya lagi...bila nak solat lagi...
semoga begitulah seterusnya bila dah besar nanti...
hasya..kalau dah penat boleh pulak ckp "mama tolong solatkan utk hasya boleh?"
oh tidak anakku...orang yang dah meninggal dunia jer baru orang lain akan solatkan mereka....
kalau x dilatih dari sekarang..bila lagi kan.....tp yg x bestnya....habis basahlah buku setiap kali nak amik wuduk mesti nak tgk buku...x hafal2 lagik..:(
terselit jugak si kecil hadif......

Wednesday, June 2, 2010

asyik-asyik hadiah untuk mama jer...

itulah yang dingomelkan oleh kak long hasya...mama nie hari guru nak hadiah ..hari wesak nak hadiah...bla..bla..bla...kecewa sbb dia x dapat hadiah..hehhee

sebenarnya henphone LG cuma sempat menjadi milik mama utk 2 minggu jer....haritu tgh2 pakai...terhang..lah tension betul...bagitau kat papa..apalagi..sebagai suami yg prihatin..cuma bab2 henphone jer...yg lajus sikit :(

esoknya sepantas kilat pergi tukar henphone ni pulak...ishhh...tu yang hasya bengang jer kot ngan mama dia nie...heheh...sorry yer sayang...

inilah pilihan hati papa sebenarnya

nokia n97 mini..bolehlah...layankan saja.....



awal2 dah pesan...ni bukan hadiah harijadi ok....:)

Tuesday, June 1, 2010

Katil idaman si kecil...

Jalan2 di TESCO jumpa katil yang comel nie...

apalagi berposing lah 2H..yang excited melihatnya..

berangan jerlah..klu nak beli tu ...

hanya dlm mimpi jerlah...:)


muat utk sorang jer
harganya dlm rm1300++..

dapat posing pun jadilah....:)

Free Personal signatures - cool!

TEXTAREA_ID

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Stick Figure Family at FreeFlashToys.com
Make your Stick Figure Family at FreeFlashToys.com