Tuesday, August 25, 2009

4 Punca Hidup Manusia Tidak Tenteram

4 punca hidup manusia tidak tenteram


SEKUMPULAN bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mrk. Pensyarah itu amat gembira menerima kdtgn bekas pelajar yg berjaya dlm jurusan & kehidupan masing2.

Mrk bertanya khabar dgn penuh mesra & terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kpd permasalahan berbentuk peribadi. Ada yg mengeluh, mengadu,meluahkan perasaan yg tertekan dgn pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dgn rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.

Pensyarah itu hanya tersenyum & terus menuju ke dapur utk mengambil cawan pelbagai bentuk & warna. Ada yg dibuat drp tembikar, kaca & plastik. Ada yg cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal & ada yg biasa saja & murah. Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mrk.


Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yg terisi air, dia pun berkata: "Jika kamu perhatikan, semua cawan yg cantik & mahal itu diambil, yg tinggal hanya cawan yg biasa2 & murah! "Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yg terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah & tekanan hidup yg kita semua hadapi!"


Apa yg kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yg cantik saja! Demikianlah kehidupan ini ibarat air. Kerjaya, wang ringgit & kedudukan dlm masyarakat semuanya umpama cawan yg beraneka warna itu. Semua itu adalah alat/pemudah cara utk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah.

Jika kita hanya menumpukan perhatian kpd cawan, kita tidak ada masa utk menghargai, merasakan & menikmati air itu!Apa yg pensyarah itu katakan bertepatan dgn apa yg al-Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yg selalu berkeluh kesah & tidak pernah rasa cukup.

Pelbagai permasalahan kita berpunca drp 4 perkara:

1) Kita hanya memandang & menginginkan apa yg ada pada tangan orang lain. Kita tidak nampak/lupakan nikmat di dlm genggaman kita. Walhal,Allah telah beri kpd kita. Oleh itu kita tak rasakan 'keseronokan'/terasa nikmat dgn pemberian itu.

2) Kita terlalu byk 'komplen'/komen/mgadu/mgeluh serta menyalahkan keadaan hingga kpd pmasalahn sekecil2nya dlm khidupn dunia ini. Tapi, kita sering lupa kesusahan/penderitaan sebenar yg bakal dhadapi akhirat kelak.

3) Kita terlalu mengejar kmewahan/kmegahan/glamor khidupn hingga lupa tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah ujian hidup yg kita rasakan amat memeritkan utk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga drp Allah.

4) Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini utk hidup selama2nya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dlm diri semata2 utk membina pengaruh, mengumpul harta & kemasyhuran diri seolah2 'kematian' itu utk org lain, bukan utk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati & walhal akhirat adalah kehidupan abadi.

Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen & berkeluh kesah. Hargailah kehidupan ini. Jalani kehidupan sbg khalifah Allah, melakukan yg makruf, melarang yg mungkar. Syukuri nikmat yg ada & panjangkan nikmat ini kpd org lain dgn memberikan khidmat menolong & memudahkan kehidupan org lain.

Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki:
"Jika diberikan pilihan, mana satukah yg kamu pilih?,
Kehidupan di dunia @ mati?
Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: "Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dlm kehidupan ini, saya mendapat bekalan utk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak.
"Moga seluruh perjalanan hidup kita diredhai & dirahmati oleh Allah.
Apa guna hidup seorang hamba tanpa keredhaan penciptaNYA.



Moga seluruh perjalanan hidup kita diredhai & dirahmati oleh Allah.
Apa guna hidup seorang hamba tanpa keredhaan penciptaNYA.

















.

1 comment: