Wednesday, November 25, 2009

7 Cara Memotivasikan Diri Di Pagi Hari



Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :


1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.

Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan ntk melakukan yg terbaik hari ini, lebih baik dari yg kelmarin.


2. Tekad Bermotivasi.

Pasang niat dlm hati yg anda mahu jadi bsemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel2 motivasi pendek+baca dlm seminit dua. Di waktu awal pagi, jgn buka email, baca newspaper, baca gosip2 mahupun join sesi mgumpat bsama kawan2. Sebab, ia mnerbitkn energi -ve lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.


3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.

Ikuti sesi motivasi media eg Motivasi Pagi di TV3/Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 min memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi2 motivasi pendek ni.
Motivasi harus djaga, sbb kalau tak dijaga ia mudah turun. Kesannya anda jd tak bsemangat, lemah longlai & lemas.


4. Dlm Apa Jua Yg Anda Buat, Mulakan Dgn Bismillah.

Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yg mbuat anda lalai, mengantuk, mcm tak cukup cas betri sja.

Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda + mula nak buka buku, mulakan semuanya dgn bismillah. Moga apa yg anda lakukan mdapat keberkatan.

Masuk je ke dlm kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah utk menjadi cemerlang!


5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri. Ini juga kurang dititikberatkan.


Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?
Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun & pkara sama berulang lg.


Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ2 saja.
Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.


Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.


Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.


Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.


6. Lihat Warna CerahWarna boleh mempengaruhi mood.


Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!


Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.


7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan


Lepaskan segala yg dulu2. Maafkan org diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai skrang.
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yg sewaktu dgnnya.
Andai emosi2 negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.
Lbh teruk, anda jd org yg berfikiran negatif, hanya nampak yg -ve dlm diri setiap org, setiap situasi & setiap benda.

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.




2 comments:

  1. Thanks for the info....

    Memang ari ni tersangat ceria...sebab esok cuti dan ari ni company bagi bonus....yahoooo!!!

    ReplyDelete