Friday, April 23, 2010

Untuk anda yang sentiasa sibuk...



Untuk anda atau para ibu-ibu atau yang belum bergelar ibu sekalipun pasti kita kadangkala terlupa terleka seketika dengan yang maha Pencipta... tidak kira surirumah sepenuh masa yang yang bekerjaya sekalipun pasti kadangkala stress membelenggu diri kita...terfikir alangkah indahnya kalau dapat bersendirian merehatkan minda walaupun untuk seketika...

Ada artikel menarik untuk dikongsi bersama...

sumber daripada Mingguan Wanita oleh Dr Haji Juanda Haji Jaya

3 Tempat Untuk Elak Gangguan Suami & Anak....

1. Di atas sejadah

Berhentilah berfikir tentang dunia yang suka mendera kita, alihkan seketika tumpuan kepada alam akhirat dan janji-janji Allah kepada Hambanya yang beriman.Berfikirlah tentang kemanisan syurga dan kasih sayang Allah yang melimpah dalam kehidupan kita.

2. Di Rumah anak-anak yatim & bersama orang sakit

Untuk mendapat keinsafan, alangkah beruntungnya diri kita berbanding mereka...kita masih lagi di kelilingi dengan orang-orang yang meyanyangi kita dan kita masih lagi diberikan Allah dengan kesihatan yang baik. Bukankah suami dan anak itu adalah nikmat daripada Allah, mengapa kita perlu membalas jasa-jasa Allah dengan melupakan Nya?

3. Di Atas kubur

Sudah pasti kat sini..tiada siapa yang berani nak ikut..kita sekalipun pasti gerun kan..Tapi di situlah manusia akan ingat dari mana asal usul kita dan tempat kita kembali. Anak dan suami adalah dunia kita, adakah mereka boleh menyelamatkan kita dari seksa kubur atau mungkin merekalah penyebab kita mendapat seksa kubur dan akhirah yang abadi?

p/s : sekadar peringatan untuk diri sendiri dan juga untuk dikongsi dengan kawan2 semua. Semoga kita bahagia di sisi anak2 dan suami dan dipertemukan dengan mereka di syurga yang abadi....InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment