Friday, May 14, 2010

3 Punca Isteri Bosan

3 Punca Isteri Bosan Jaga Anak & Bekerja
Artikel daripada Mingguan Wanita 30 april - 6 mei 2010 oleh Dr Haji Juanda bin Haji Jaya
1. Perancangan kerja tidak teratur
Kurang disiplin dan banyak menangguhkan kerja baik kerja di rumah atau di pejabat. Akibatnya bila kerja menimbun mula rasa bosan dan putus asa. Buat semuanya pasti ada yang tak kena. Contohnya x sempat nak menguruskan anak, melayan suami, mengemas rumah dan lebih teruk lagi x sembah utk mengingati Allah.
2. Faktor kesihatan tubuh badan
Jangan kedekut untuk membeli vitamin tambahan atau untuk orang perempuan ada bagusnya kalau kita makan jamu untuk kesihatan dalaman dan juga untuk memanaskan badan. Bila badan sihat dan cergas, barulah semua kerja boleh dilaksanakan dengan sempurna.
3. Mengabaikan suntikan semangat dari Allah SWT
Hanya Allah tempat mengadu. Tak perlu mencari teman di facebook, twitter....kerana hanya di tikar sejadah sahaja ketenangan dapat dicari.
SUNTIKAN TENAGA YANG DIPERLUKAN
Zikrullah
Menangislah kerana Allah dengan memohon pertolongan daripadaNya.
Nabi Sulaiman pernah berkata " Wahai manusia demi Allah, sesungguhnya satu ucapan tasbih adalah lebih baik daripada apa yang dimiliki Sulaiman dan keluarganya. Kerana apa yang dimiliki Sulaiman akan lenyap sementara tasbih akan tetap kekal. "
Merindukan Malam
Pada saat semua telah terlena , mengadulah pada Allah. Saat2 yang paling indah untuk mengetuk pintu rahmatNya, utk mengakui betapa letihnya anda kerana dunia, anak-anak, suami, kerjaya dan amanah keluarga.
"Pada malam ini rabbku, engkaulah satu-satunya yang Mengetahui siapakan penghuni syurga dan Neraka. Ya Rabbi, aku tidak tahu di manakah aku, apakah di syurga atau neraka."
* artikel yang menarik untuk dikongsi bersama..sebagai peringati kepada kita .insan yang lemah dibumi Allah ini dalam mencari keredhaannya.
semoga sama2 kita mendapat manfaat di pagi Jumaat yang mulia ini.....
wasalam..

1 comment: