Wednesday, July 14, 2010

Kuasai ilmu kekayaan & kejayaan




Dr Azizan Osman
Mentor Kekayaan & Kejayaan
Dapatkan Majalah Sukses Edisi 11 untuk cover page story saya....
www.HidupLuarBiasa.com


Siapa yang nak hidup biasa-biasa?
Siapa yang nak hidup tertekan dengan masalah duit, hutang, tekanan hidup, tension, kebocoran wang, kena tipu, tidak bahagia?
Siapa yang nak kerja baaaanyaaak-baaaanyaak tapi pendapatan sedikit-sedikit?

Tapi itulah hakikatnya yang terjadi kepada ramai orang! Hidup di kelilingi oleh masalah demi masalah.... Yalah, kalau tidak ada masalah saya fikir bukan hidup namanya bukan?

Itulah yang saya fikir 13 tahun dahulu sewaktu saya berumur 23 tahun.... Sewaktu saya berhenti kerja daripada gaji RM1,500 sebulan dan buat keputusan untuk bekerja sendiri....

Sejak dahulu lagi saya tidak mahu bekerja dengan orang lain.... Saya selalu membaca hadis nabi yang menyebut bahawa 9/10 sumber rezeki adalah daripada perniagaan dan hanya 1/10 daripada pekerjaan... Tapi saya selalu berfikir....bagaimana ya?

Lalu saya pun berani-berani mencuba mencari jalan dengan mencuba pelbagai jenis perniagaan tapi semuanya bukan sahaja gagal malah ada yang membuatkan saya rugi, ditipu, gagal, malu serta terhutang dengan orang lain....

Sehingga kadang-kadang saya bertanya kepada diri saya.... Adakah memang hidup aku dilahirkan untuk hidup biasa-biasa?

Saya pun teringin hidup bahagia, diberkati, kaya, berjaya dan dihormati sebab itulah sebaik-baik kehidupan sebagaimana yang saya baca dari buku Pak Hamka "Tasauf Moden". Anda?

Alhamdulillah telah 10 tahun berlalu dan hidup saya telah berubah sejak 10 tahun dahulu. Semakin lama semakin bertambah baik dan "living my dreams" sebagaimana saya impikan. Hari ini saya tinggal di kawasan kelab golf di kelilingi oleh mereka yang bukan sahaja kaya dan berjaya tetapi surprisingly berbeza dengan pendapat ramai mereka yang "minda miskin" yang kata orang kaya ni sombong, berlagak, lupa akhirat, bertuhankan wang... Tetapi saya dapati komuniti di sekeliling saya adalah mereka yang pernah susah dan mereka nak melihat orang lain yang susah untuk hidup lebih baik lagi macam mereka. Mereka ada banyak aktiviti kerohanian kerana mereka ada lebih banyak masa, wang, tenaga dan expertise.

Hari ini saya berpeluang untuk menyumbang masa, tenaga dan wang ringgit dengan izin Tuhan untuk melihat lebih ramai orang lain yang hidup biasa-biasa menjadi luar biasa bahagia, sihat, kaya, berjaya dan diberkati.... Malah saya nampak keikhlasan lebih banyak di sekeliling orang yang kaya dan beriman ini kerana mereka dah memang kaya, jadi jika mereka membantu orang yang belum berjaya, tidak ada apa yang mereka inginkan melainkan ingin melihat orang lain berjaya sebagaimana mereka.

Hidup saya berubah setelah saya membuat satu keputusan penting....

Satu keputusan yang membezakan di antara mereka yang hidup biasa-biasa dengan mereka yang menjalani kehidupan yang luar biasa...

Apakah satu keputusan penting tersebut?

Setelah gagal banyak kali dalam perniagaan, setelah gagal banyak kali dalam apa yang saya lakukan setelah bersemangat mencuba berani gagal banyak kali....

Saya dapati masalah saya ialah saya tidak ada guru.... Saya tidak ada mentor yang boleh menunjukkan jalan atau cara untuk saya merubah hidup saya... Saya selalu fikir yang untuk berjaya, kita perlu "melanggar dinding" banyak kali dan belajar hanya daripada kesilapan sendiri..... Ibarat buat rumah... Disebabkan kononnya nak jimat duit tidak mahu bayar upah kepada pakar, saya cuba buat rumah sendiri tanpa ilmu, guru dan sistem yang sebenar.... Saya ingat saya pandai....

Rupanya tidak.... Hidup saya berubah hampir serta-merta apabila saya mendapatkan mentor, ilmu dan belajar sistem kekayaan dan kejayaan.

Ya, memang agak pelik kerana tidak ada orang yang nak ajar orang lain kaya saya fikir dulu... Tetapi tidak.... Rupanya ada orang yang telah berjaya yang gembira untuk mengajar orang lain untuk berjaya....

Saya telah jumpa mentor saya 10 tahun dahulu dan hidup saya telah berubah since then......

Hari ini saya menjalankan perniagaan di dalam pelbagai bidang atau industri seperti pengiklanan dan pemasaran, industri telekomunikasi, perundingan dan khidmat nasihat perniagaan serta latihan pembangunan sumber manusia. Saya ada lebih banyak masa dan kebebasan kewangan untuk membuat pilihan hidup untuk diri saya dan keluarga saya. Saya juga dapat menggembirakan hati orang yang saya sayangi terutamanya isteri, anak-anak dan ibu bapa saya....

Bagaimana ianya berubah? Banyak sebab tapi boleh saya simpulkan kepada mempunyai ilmu, mentor dan sistem yang luar biasa dan berjaya.

Itulah yang diperlukan oleh ramai daripada anda ......

Masalahnya, ramai nak berjaya tetapi mereka tidak mahu bertindak serta-merta.... Kuasa bertindak mereka lemah.... Suka beri alasan dan fikir kenapa mereka tidak boleh bertindak sekarang instead of apa cara untuk bertindak......

Well... Pilihan di Minda Anda!



No comments:

Post a Comment