Tuesday, October 26, 2010

Tip Pilihan: 5 tip motivasi dari Facebook Irfan Khairi

Untuk murah rezeki, setiap pagi, petang, siang, malam say: THANK YOU ALLAH!


Buat apa yang kita minat. buat apa yang kita cinta. kalau kita lakukan sesuatu kerana minat dan cinta (passion) kita tak akan rasa penat, bosan dan letih. Kerja siang malam pun kita rasa best. tidur pun excited nak bangun sebab nak buat kerja. masa buat kerja, tak rasa pun masa berlalu!


Sekiranya segalanya tidak seperti kita mahu, atau ditimpa malang, atau masalah yang besar, atau berada di dalam satu krisis, berhenti sebentar dan yakin pada diri sendiri bahawa segala-galanya ada hikmahnya. dalam apa pun keadaan yang sukar, pastinya ada penyelesaiannya dan seringkali kita akan menjadi in...san yang lebih kuat & hebat selepas melalui kesukaran tersebut!


Untuk BERJAYA, kita perlu melatih minda kita untuk melihat peluang-peluang yang ada di sekeliling kita. untuk GAGAL, kita perlu melihat halangan-halangan yang ada di depan kita!


Kita akan jadi seperti orang yang disekeliling kita. jika kita hendak berjaya, berkawan dengan orang-orang berminda positif. Jika kita hendak gagal, berkawan dengan orang-orang berminda negatif. Hadis pun ada menyebut umpama berteman pembawa minyak wangi, kita akan rasa harumannya. Bertemankan tukang besi..., akan terkena percikan api

No comments:

Post a Comment