Jom Klik...

Kawan-kawan MaMa - Peminat 3H..:)

Thursday, September 30, 2010

ENFAGROW A+ Smart Camp @ JUSCO TEBRAU

LAST WEEKEND dpt SMS dr Mead Johnson untuk program Enfagrow A+ Smart Camp..dlm sibuk2 ke open house..sempat jugak...bawak 3H ke sana..sambil2 tu pun papa nak survey IPhone4....tu yg terlebih semangat ajak ke sana tu.....

so mari kita layan kan jerlah apa aktiviti mereka kat sana...sib baik x ramai sgt org...mungkin yg melayu2 masih sibuk beraya agaknya.....

























ok selesai..dah nak balik dah...







sebelum ke JUSCO singgah 2 rumah ..open house .....lepas tu balik JUSCO..terus ke open house...lagi...huhuh

Andainya aku pergi dulu....

Semoga mereka akan terus tersenyum...

walaupun kita tiada lagi.

..hisk...hisk...sedih nie..:(



Andainya aku pergi dulu sebelummu???macam lirik lagu alleycats kan...pernah tak terlintas di fikiran kita seandainya kita tiada lagi didunia ini??bagaimana agaknya dengan anak-anak yang ditinggalkan???jika adanya kita sebagai ibu dan bapa mereka..dengan tulang 4 kerat inilah kita mencari rezeki untuk memberikan yang terbaik untuk kita...tapi jika sebaliknya dapatkah kita pastikan bahawa mereka juga akan tersenyum sama seperti ketika bersama dengan kita...x sanggup untuk difikirkan...tapi itulah kenyataan atau takdir Illahi tiada siapa pun boleh mengubahnya....




Ohhh..x mengapa datuk..nenek..makcik pak cik mereka masih ada...tapi mereka juga ada tanggungjawab.....jika kita masih ada...setiap bulan pasti ada duit simpanan yang kita akan simpan untuk masa depan anak-anak kita....kalau kita tiada lagi....siapa yang akan menyimpan untuk anak2 kita? bagaimana dengan masa depan mereka? sanggupkah kita tinggalkan mereka tanpa ilmu di dada disebabkan oleh kengkangan kewangan....




Oleh itu marilah kita berfikir sejenak..hidup x selamanya indah....bersedialah untuk segala kemungkinan....jgn lah kita tinggalkan waris kita dalam keadaan yang meminta-minta....menyimpanlah dengan bijak..




Untuk makluman lanjut...MaMa sudi berkongsi dengan sesiapa sahaja yang berminat ....sesiapa yang menyayangi anak-anak mereka...dan sesiapa juga yang mahu melihat anak-anak berjaya dan layak ke menara gading.....




so jgn segan2 untuk e-mail MaMa hadina78@yahoo.com ok......ilmu yang ada perlu dikongsikan bersama.......wassalam



P/S : INI ADALAH ENTRY ULANGAN..BAGI MEREKA YANG TERLEPAS PANDANG
bertindak segera..jgn ada istilah TUNGGU DULULAH....TUNGGU STABIL DULU.....TUNGGU DAN TUNNGU....ingat kita hanya mampu merancang Allah penentu segalanya...

Wednesday, September 29, 2010

alhamdulillah ...berjaya jugak buat open house tahun nie...terpaksa buat awal memandangkan cuti tuisyen yg agak panjang pd tahun ni..tp masih raya lagi yg x dpt dtg sbb belum balik lg dr kampung halaman...kepada yg sudi hadir terima kasih daun keladi....yg x dapat hadir pun masih boleh dtg lagi...raya ada lagi seminggu nie....:)

sebahagian tetamu yang hadir



tukang bakar...pak ngah & pak cik 3H...sila abaikan meja yg BBQ yg dah nak reput tu...tunggu masa jer..InsyaAllah ada rezeki nnti boleh wat yg tempat baru yg lebih canggih...














orang kuat PTAB


















tuan rumah bersama ngan kawan sejak dr sekolah rendah..cikgu.syidA



& kawan masa form 1-3..puan Seri yg baru balik dr Dubai....tq sudi dtg...












EISH..semuanya tgk camera lain nie...:








dapat buah tangan dari Puan Seri..from Dubai



TQ....dah tepek kat fridge..:)












biasanya gambar makanan mmg selalu terlupa nak amik....disebabkan ada buat BBQ pada mlm tu so menunya SAte dari Simpang Renggam,bihun goreng, nasi goreng.plus soto, rendang, spagetti, semua masak sendiri dgn bantuan dr ibu mertuaku...:) marble kek, muffin mcm biasa dr LOYANG KUIH..






tq utk semua yang datang...jumpa lagi tahun hadapan....InsyaAlllah..

Insaflah..Jagalah auratmu wahai wanita....

dipetik dari FB..utk dikongsi bersama....



Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.



Ianya berlaku kepada seorang wa nita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.



Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggaldengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga..



Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wa nita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.



Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, seg alan ya berj alan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wa nita terbabit..



Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wa nita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabk an mengurus jemaahitu, saya pun bergegas menuju ke arah wa nita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.



"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia kehospital," kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wa nita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.



Sampai di hospital Madinah, wa nita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang,wa nita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wa nita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wa nita tersebut.



Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wa nita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wa nita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatanlanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.



Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. M alan gnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wa nita tersebut masih koma. Bagaimanapun, katadoktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.



Selepas dua hari menunggu, akhirnya wa nita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wa nita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??



Saya bertanya kepada wa nita tersebut, "Kenapa kakak menangis?" "Mazlan... kakak taubat dahLan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."



"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga. Wa nita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua am alan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.



Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.



"Habis yang kakak pergi haji ini?"



"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."



"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.



Dengan suara tersekat-sekat, wa nita itu menceritakan, "Mazlan...Allah itu Maha Besar, MahaAgung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.



"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.



"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarikdengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."



"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini... putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wa nita itu terus bercerita.



Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.



Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasaseperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan. "sambil bercerita, wa nita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.



Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judidan segala macam dosa besar.



Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. "Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak.



Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.



Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dihidangkan puladengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga.Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."



Saya terus mendengar cerita wa nita itu dengan tekun.. Terasa sungguh kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakakakan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji,akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.. "



Saya termenung mendengar cerita wa nita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik am alan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk am alan kita, maka azablah kita di akhiratkelak. Alhamdulillah, wa nita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah..



"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat... kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.



Sejak itu wa nita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wa nita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.



"Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.



"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." menurut wa nita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semulasembahyang yang ditinggalkannya dahulu.



Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wa nita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.



"Tak boleh Mazlan.. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak.Kakak betul- betul bertaubat."



Wa nita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau

wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."



"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah..."



"Kakak ber azam , balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudahbawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."



Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wa nita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wa nita yang benar-benar solehah. Adakah diaberbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?



Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala,syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudahdiazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal.... . " itu dah terlambat.



REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN



WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI



" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

Tuesday, September 28, 2010

Berhati-hati...jgn jadi mangsa seterusnya....



utk peringatan buat kita semua..cerita yg diceritakan oleh salah sorang cikgu kat tempat tuisyen mama..kejadian berlaku minggu lepas....
pada satu pagi yg hening...opsss..ayat cikgu BM lah pulak....suami beliau telah mendpt call dr seseorg ..katanya dr bank.....bgtau yg penggunaan kad kredit MBF telah melebihi RM10k..terkejutlah bila mendengarnya..almaklumlah xde pun apply cr card MBF..tp dgn confident nya pemanggil tu bgtau yg dia xleh nak tolong apa2 melainkan kena kita sendiri call ke Bank Negara utk membuat penutupan akaun.....
buat2 tanya ada tak no Bank Negara..so dgn pantas jawab xde..sebab dh risaukan masa tu..dia pun bg no Bank Negara...than lepas tu sepantas kilat....suami beliau call bank no yg diberi..dan yg menjawabnya sebiji cam operator..yg ckp sila tekan 1 utk bm...sila tekan 2 utk bhgn card credit...bla,....bla..... bla.....
pastu bila dh disambungkan ke bhgn card credit.....dia minta segala mcm no akaun yg kita ada..siap ngan no pin / password sekali....bila dh gabra mesti x sempat nk pk panjangkan..so bg jerlah apa yg diminta.....ok...setlle...suruh tunggu...bank akan ambil tindakan selanjutnya utk tutupkan semua akaun yg kita nyatakan itu...SETTLE....
bila dh letak tepon..setengah jam selepas tu baru lah terasa mcm kena tipu..call operator & tanya no Bank Negara..mmg lain drpd yg dia call td...bila call...Bank Negara yg betul2...mmg xde pun bhgn Card Credit kat sana.....rasa diri tertipu...cepat2 check akaun...tup..tup...rm 3000++ dah lesap dlm salah satu akaun yg diberi...alhamdulillah..akaun lain sempat ditutup......
yang buat kerja nie semuanya suaranya CINA.....
so hati2 yer kawan2...jgn mudah terpedaya dgn perkara@ sseperti ini...
Dan jgn sesekali bgtau no pin / password pd sesiapa pun walaupun org bank.....
semoga menjadi pengajaran utk kita semua.....

Bila 3H bertemu ngan Damias

Terima kasih utk AYU... & family sbb sudi jemput beraya ke rumah last weekend..so bolehlah mama bg hadiah CONTEST MaMa3H tempohari....mama kenal ngan ayu nie sbb sama2 WISH CLuB satu masa dahulu..tp sekarang dh x join lg sbb WISH pun dah xde..tp persahabatan tetep diteruskan di alam maya...:)..lagipun ayu & husband pun ada buka Pusat Tuisyen cam Mama..kira competitor lah nie...tp kami bersaing secara sihat......:)

dapat juga bertemu ngan Damias nie....betullah ayyunie nie mmg x nak amik gambar..lambat sikit jer nak nangis,.....hehe..x mcm aleesya.....mmg sporting habis....cuma x sempat nak berkongsi cerita ngan AYU..almaklumlah tuan rumah sibuk nk layan tetamu....takpelah..ada masa kita jumpa lagi....dekat jer lagipun.....:)






tak boleh tahan tengok gambar hadif & aleesya nie...pandai betul aleesya yg comel nie posing mcm ibu dia..walaupun masa nie dia tgh makan...still bagi pose yg menarik..hadif pulak tetiba jer dah pandai tunjuk jari 1 Malaysia ker...konon nak tiru gaya aleesya agaknya...









last sekali sebelum balik..mestilah bergambar ngan tuan rumah...ohh...tengok camera tuan rumah..mmg kalah ngan camera mama yg kerdil ni...agaknya klu mama pegang DSLR tu mesti gegar2 sbb mcm berat jer....



masing2 tgk camera sendiri...







p/s-ayu lepas ni jemput ke rumah yer....boleh kita borak2 panjang..:)

Monday, September 27, 2010

Plan ke Pulau Pangkor yg x menjadi...:(


hari raya kedua tu...lepas breakfast kat hotel , lepas g kubur & beraya mmg berhajat nak ke Pulau Pangkor...dah alang2 ada kar Perak kan..sajer lah nak bawak 3H naik bot......tp malangnya sampai kat jeti LUMUT tu..kereta punyalah byk.....xde tempat parking....huhuh...so mama cuma sempat beli ikan bilis, sotong kering dan buah tangan sikit utk family.....


so kami terus ke penang lepas tu...janji ngan dorang naik feri pulak...:)
so sementara menunggu mama & papa mengkiraikan duit dorang bergambar ngan tok abah....







ni masa nak check out kat lobby hotel..




tapi hasrat utk ke pulau masih tersemat kukuh dijiwa...hehehe...lepas ni nak bawak 3H ke
Pulau Tioman...tempat mama & papa dorang honeymoong dulu-dulu..tp tak taulah bila tu...InsyaAllah diberikan Allah kesempatan & rezeki...:)

Misi mencari IPhone 4

Bukan utk mama,...tp utk papa ..

tetiba pulak henphone HTC papa asyik hang jer.....

tepat pada masanya kan...macam dirancang jer kan.....layankan sajer....

chaw.....cin cau.....:)

Friday, September 24, 2010

“Sweet & Cute Baby ‘Exploration Time’ Contest”

Contest yang dianjurkan oleh mamalieyna, mama Arif Haidar yang menang Contest MaMa3H baru-baru nie...so sebagai tanda sokongan juga....mama join juga contest ini utk Hadif....
nak join klik SINI



inilah pesertanya....

Muhammad Hadif Imran
2 Tahun
masa ni puas mama cari mana perginya si Hadif nie...tengok2 rupanya ada dlm meja jati nie..tgh mengexplore apa ntah kat dalam tu.....so sebelum dia nak keluar..sempatlah snap gamba dia nie..byk2 tempat kat sini yg jadi faveret dia...:)

2 Syawal @ Hotel Crystal, Sitiawan Perak

kali ini beraya bersama keluarga mertua...

pagi2 raya bersalaman di bili hotel sebelum ke ke kubur dan ke rumah saudara mara.....







bersama ibu mertuaku....






bersama ngan biras...WATIE



Thursday, September 23, 2010

Bahana bunga api..habis terbakar baju raya..:(

Tengok...tengok...
oh tidak...
baju raya kak long hasya habis berlubang kena cucuk ngan bunga api ngan sedara dia kat Sitiawan....seronok main bunga api....tiba2 nangis..tunjuk kat mama bj dia yang dah berlubang...sib baik x terbakar byk...lagipun kain jenis tu mmg senang & cepat nak merebak....Alhamdulillah k long x ape2...cuma terkejut jer...



nasib baik baju ni agak labuh ..so mama dah g alter......potong yg bahagian berlubang tu....taktaulah mcmana hasilnya...x g amik lagi......haru betul...baru pakai sekali jer....

Tahun nie kena potong kek jugak...



tahun lepas birthday hadif jatuh masa hari rAya ke-3 kalau x silap..masa tu tgh sibuk beraya di kampung so xdelah acara potong kek...tp tahun ni...mama buat juga walaupun secara sederhana..apa yang penting dapat menggembirakan si kecil.......










majlis sambutan hari raya + potong kek...2 in 1....nie pun buat kebetulan sama tarikh ngan besday hadif..so pelajar yang terlibat pun mana yg ada untuk mlm tu jer lah....
sorry yer utk pelajar yg xde...pelajar dari cawangan yang lain..nanti kita buat sambutan dilain hari ...InsyaAllah.....









bersama ngan cikgu-cikgu






alhamdulillah...selesai sudah..terima kasih daun keladi utk semua yg membantu...
bersama pnxcomei & anak2..








Wednesday, September 22, 2010

Bersalaman-salaman..mohon keampunan...

budak2 yang paling x sabar...

beratur menunggu giliran...











huhhhh..byk sgt gambar yg ingin diabadikan dlm blog nie.....hari raya pertama pun x habis2 lagi...sesapa yg dah bosan tu .....nampaknya kena tunggu lagi sebulan lah baru habis cerita raya..

Muhammad Hadif Imran sudah 2 tahun....

Alhamdulillah...hari ni genap 2 tahun umur hero kesayangan kami sekeluarga...walaupun baru 2 tahun tapi Hadif dah 3 kali sambut raya..mana taknya...mama lahirkan hadif pada 22 Ramadhan...so hari pertama raya hadif berusia 10 hari...buat pertama kali juga mama tak beraya utk tahun tu...2008...tp nasib baik pada hari raya pertama tu tok umi beri pelepasan utk no param...no barut...no..no...no utk yg sewaktu dengannya....dapatlah juga curi2 makan ketupat ..n rendang...:)tahun tu juga family papa beraya kat rumah kami...masak ketupat rendang kat sini...seronok betul...meriah...almaklumlah cucu lelaki sulung...hehehe...

cepat sungguh masa berlalu

sudah 2 tahun berlalu....gambar raya 2010





gambar raya 2009





gambar raya 2008
masa ni Hadif baru berusia 10 hari


semoga membesar menjadi anak yang soleh..
kebanggaan mama & papa....& juga keluarga...

Tuesday, September 21, 2010

"Mama_Balqis 2nd GiveAway"



GiveAway dianjurkan bersempena Sambutan Ulangtahun Kelahiran mama yang ke 26

nak join klik SINI

Sesi bergambar beramai-ramai

cucu2 tok ma...cukup 9 org setakat hari ni....

mcm2 ragam kalau nak suruh berposing...





walaupun mama cuma 4 beradik..bukannya senang utk kami berkumpul macam ni...apatah lagi di hari raya ...almaklumlah semuanya keluarga mentua dekat Johor juga..jadi pg raya semua dah ke rumah mertua masing2....tapi tahun ni alhamdulillah...rancangan pak long3H a.k.a ketua menantu yg sulung....telah memberikan cadangan yg sgt bernas...masak ketupat beramai2 kat rumah dia...so sehari sebelum hari raya kami dah berkampung di sana...seronok jugak...




































bersama ma tersayang









kusyuk ambil gambar sampai terlupa yang kami akan berjalan jauh lagi selepas itu..ke kampung tok abah 3H di Sitiawan Perak....habis berposing..hujan pun turun agak lebat...kami pun berangkat setelah perut kenyang dan bawa bekalan utk makan sebelum sampai di sana..pertama kali berhari raya pertama di jalan raya....

Free Personal signatures - cool!

TEXTAREA_ID

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Stick Figure Family at FreeFlashToys.com
Make your Stick Figure Family at FreeFlashToys.com