Jom Klik...

Kawan-kawan MaMa - Peminat 3H..:)

Monday, January 31, 2011

Krisis Mesir...Ya Allah selamatkan mereka...

gambar amik dari sini


sedikit update daripada blog ini.....

Asssalamualaikum..

ini adalah update utk situasi pelajar malaysia di mesir ketika krisis ini:

1. laluan ke airport dipenuhi dgn roadblock yg dibina oleh pihak samseng dalam usaha untuk merompak dan membayakan rakyat awam

2. keselamatan pelajar kita terancam, orang awam sudah berbalas tembakan

3. rumah2 sudah dimasuki dan dirompak oleh golongan samsung (area samanoudi, mansurah)

4. kerajaan malaysia (Muhyidin Yasin) menolak untuk menghantar bantuan kecemasan bagi mengeluarkan rakyat negara kita di mesir

5. talian internet dan telefon bimbit masing2 masih lagi terputus terhad (limited connectivity)

6. berita mengatakan ada pelajar malaysia di Iskandariah dirogol (dalam proses utk mensahihkan berita)

sumber: Suffian Sani, dilaporkan oleh: Azizi Al Fahri [ fakulti perubatan universiti mansurah mesir)


p/s: nyawa dan keselamatan rakyat malaysia di mesir terancam, mari kita sama2 menyuarakan perkara ini kepada pihak kerajaan agar kerajaan mengambil tindakan yang sewajarnya, sama2 kita berdoa agar semua nyawa dan keselamatan mereka di mesir di bawah jaminan Allah S.W.T
p/s ; rusuhan yang teruk di Mesir sekarang nie....
harap-harap dapatlah pelajar Malaysia pulang ke tanah air dengan selamat......

Jumpa baby Qisya lagi...:)

semalam..merupakan hari menziarah sedunia,,,hehehe....mula2 pergi jumpa cousin 3h...bb Qisya....dah sebulan usianya....hari tu datang baru 3 hari....sekejap jer masa berlalu......
semoga membesar menjadi anak yang solehah, sihat dan menjadi kebanggaan ibu & abah...




hadif nak adik ker....?...:0




berebut Qisya
...hadif sorang jer boy...:(

mama & Qisya


balik dari jumpa bb ....pergi jumpa tokmi 3H pulak....
lepas tu shopping2 brgan kat TESCO....:)



Posted using BlogPress from my iPhone 4

Dapat message dari Fiza Qadida...
hye..mcm mana nak guna blogpress dr iphone tu?
boleh tunjuk ajar tak..sy pakai iphone 3G

Fiza, untuk Iphone 3Gs dan Iphone 4 mmg boleh support blogpress nie...tapi untuk Iphone 3G saya x pastilah...tapi u boleh cuba tengok kat sini..ok

harap dapat membantu






BlogPress is fast, easy to use, rich featured blogging App for iPhone, iPod Touch and also iPad!! Now you can write your blog or travel log on the road, share news and photos with your friends in real time!! And now, BlogPress can also work with your favorite social networks: Facebook, Twitter, YouTube, Flickr and Picasa!! Video Demo on YouTube:

p/s: mmg senang ada blogpress ni....xyah nak bukak laptop nk update blog....download gambar pun laju n cepat jer...cuma rajin / malas jer .....jom...sapa2 yg belum ada IPhone4 dan rajin nak update blog...memang berbaloi-baloi kalau nak beli sebijik dua...:)

Sunday, January 30, 2011

Harta Irfan Khairi



Oleh Diyanah Anuar
iyanah@bharian.com.my
2011/01/29







Irfan, Shazrina selesa layari bahtera perkahwinan bersama empat cahaya mata

DI sebalik kejayaan seorang lelaki, ada wanita yang menyokongnya. Pepatah dari Barat ini amat tepat dengan kehidupan personaliti yang terkenal dengan jolokan 'jutawan internet', Dr Noor Irfan Khairi Noor Azmi, 34 atau Irfan Khairi.

Sokongan tidak berbelah bagi isteri tercinta, Shazrina Yusof, 36, sejak hidup bersama kira-kira 10 tahun lalu, membolehkan kejayaan dikecapinya hari ini. Irfan Khairi mula menjadi sebutan ramai selepas kisah kejayaan beliau bergelar jutawan pada usia 25 tahun hasil daripada perniagaan melalui internet dipaparkan media. Bertitik-tolak dari itu, Irfan Khairi aktif menganjurkan bengkel, ceramah dan seminar untuk memberi tip kepada orang ramai mengenai strategi perniagaan internet yang berkesan.

Tanggungjawab Shazrina bukan saja sebagai isteri dan membantu Irfan Khairi menguruskan keluarga dan empat anak mereka iaitu Ilham Abadi, 9; Kasih Kamilia Abadi, 7; Ikhlas Abadi, 5 dan Cinta Strawberry Abadi, 3, malah berganding bahu bersama suami untuk melicinkan urusan syarikat yang ditubuhkan, Irfan Khairi Sdn Bhd.

Berkongsi memori perkenalan mereka kepada sisipan Sabtu, pasangan ini bertemu di Birmingham, United Kingdom (UK) ketika kedua-duanya bekerja di sana. Kata mereka, perkenalan mereka diatur rakan masing-masing.

“Waktu itu, saya baru saja berpindah ke Birmingham selepas tamat pengajian di University Staffordshire, UK. Ketika di Staffordshire, saya tidak mempunyai ramai kawan memandangkan saya sibuk dengan pengajian di waktu siang dan perniagaan internet pada waktu malam.
“Begitu juga keadaannya ketika mula sampai ke Birmingham. Saya tidak mempunyai kenalan pun. Beberapa rakan yang paling awal saya kenal secara kebetulan adalah kawan-kawan Shazrina. Merekalah yang memperkenalkan kami berdua yang masih single ketika itu dengan alasan, wajah kami seiras,” ujar Irfan Khairi yang dulu berkhidmat sebagai Pereka Sistem Multimedia dan Perunding Internet di Birmingham manakala Shazrina bekerja dalam bidang perhotelan.

Terdorong dengan saranan rakannya, Irfan Khairi mengambil langkah pertama dengan menghantar SMS kepada Shazrina seterusnya mengajak beliau keluar menonton wayang. Shazrina pula tidak menyangka Irfan Khairi berani mengajaknya menonton filem walaupun baru berkawan dan berbual melalui SMS. Kala mula bertemu, Shazrina tidak menyangka apa yang dikhabarkan rakannya mengenai wajah seiras mereka rupa-rupanya bukanlah gurauan semata-mata.

Filem Toy Story menjadi saksi pertemuan mereka dan sejak itu, mereka semakin rapat dan sering keluar bersama.

Menurut Irfan Khairi, sejak pertemuan pertama lagi, hatinya sudah terpaut kepada Shazrina.

“Saya rasa beliau baru tahu mengenai hal ini (senyum). Pada awal perkenalan lagi, saya berasa senang bersamanya dan lama kelamaan mencetuskan rasa sayang. Keserasian yang wujud membuatkan perhubungan semakin serius dan tidak lama selepas itu kami mengikat tali pertunangan.

“Selepas kira-kira enam bulan bertunang dan kebetulan cukup setahun usia perkenalan, kami kembali ke Malaysia untuk melangsungkan perkahwinan. Kemudian, kami terbang semula ke UK dan kembali bekerja,” cerita Irfan Khairi.

Kira-kira setahun memulakan hidup berkeluarga di perantauan, Irfan Khairi dan Shazrina membuat keputusan untuk pulang ke tanah air selepas melahirkan anak sulung mereka, Ilham Abadi. Jelas Irfan Khairi, walaupun kawasan Birmingham diduduki ramai komuniti Muslim, jauh di sudut hatinya, beliau inginkan anak-anaknya membesar dalam persekitaran yang dekat dengan asal-usul mereka.

“Selain itu, kami berasakan sudah agak lama kami berada di negara orang dan sudah tiba masanya untuk pulang ke Malaysia. Lagipun, Shazrina berhenti bekerja di Hyatt Regency Birmingham dan kami menumpukan sepenuh masa mengusahakan perniagaan internet yang boleh dijalankan walaupun menetap di Malaysia,” katanya.

Mengenai rutin harian keluarganya, Shazrina berkata, beliau bangun seawal jam 5 pagi untuk menyediakan sarapan, membantu anak-anak bersiap dan menghantar tiga anaknya ke sekolah. Pulang dari menghantar anak-anak ke sekolah, Shazrina bersarapan bersama suami dan selepas itu, mula melakukan kerja rumah sambil melayan anak bongsu.

Jika tidak menghadiri bengkel perniagaan internet, program radio atau televisyen, Irfan Khairi akan bekerja di bilik yang dijadikan pejabatnya dan turun makan tengahari bersama anak-anak yang sudah pulang dari sekolah. Kemudian, Irfan Khairi dan Shazrina akan membawa anak-anak beriadah di taman dan menyambung semula kerjanya dari jam 10 malam hingga jam 1 atau 2 pagi.

Pada hari minggu pula, bapa penyayang ini lazimnya terikat dengan komitmen bengkel atau program seumpamanya. Sekali-sekala apabila berkesempatan, beliau akan membawa keluarganya membeli belah atau ke taman tema.

“Anak-anak saya ini, mereka lebih gemar duduk di rumah. Jika diajak keluar membeli-belah, mereka tidak begitu teruja. Mereka lebih suka bermain permainan video, menghadap komputer atau bermain sesama mereka,” kata Irfan Khairi.

Jadi rakan kepada anak sendiri

MENYIFATKAN keputusan membesarkan anak-anak di tanah air serta menumpukan perhatian kepada perniagaan internet di rumah sebagai langkah tepat, Irfan Khairi mengakui beliau dan isterinya menikmati banyak kelebihan berbanding pasangan lain yang bekerja.

Mereka puas dapat melihat tumbesaran dan perkembangan setiap anak sejak peringkat bayi dan sebahagian besar waktu dihabiskan bersama. Ini membuatkan hubungan mereka dengan anak-anak sangat rapat. Malah, dalam berinteraksi dengan anak-anak, suami-isteri ini lebih suka bertindak seperti rakan kepada anak-anak.

“Itulah untungnya bekerja sendiri, menguruskan perniagaan internet dari rumah. Pengurusan keluarga boleh dilakukan sendiri.

“Kami makan bersama, menemani mereka ketika belajar atau melakukan kerja sekolah, menonton televisyen dan DVD, bermain permainan video dan bermain badminton di padang bersama-sama.

“Biarpun mempunyai rakan di kawasan kejiranan rumah, anak-anak jarang meminta untuk bermain bersama rakan mereka itu. Hubungan antara adik-beradik juga cukup rapat. Malah, di sekolah, Ilham akan pergi rehat bersama-sama adik,” ujar Irfan Khairi.

Kelebihan sebagai ibu bapa yang bekerja dari rumah seperti yang dilaluinya sering diberitahu kepada peserta yang menghadiri bengkelnya. Secara peribadi, Irfan Khairi berpendapat, alangkah baiknya jika lebih ramai pasangan ibu bapa, sama ada kedua-duanya atau salah seorang daripada mereka mencari rezeki melalui perniagaan internet.

Dengan cara begitu, kata Irfan Khairi, perhatian dapat diluang untuk mendidik anak-anak dengan lebih berkualiti serta mewujudkan institusi keluarga yang lebih harmoni.

Bagi pasangan ini juga, selain memberi sumber pendapatan kepada keluarga, internet turut dimanfaatkan sebagai sumber rujukan dalam kemahiran keibubapaan.

“Ada masanya, kami akan mencari sumber bacaan di internet yang berkaitan dengan kemahiran keibubapaan, pendekatan yang sesuai dalam mendidik anak-anak dan sebagainya.

“Sebagai contoh, sebelum ini anak saya mengalami sesuatu seperti alahan di kulitnya, saya rujuk internet untuk mengenalpasti apakah masalah itu, adakah ia serius hingga perlu dibawa berjumpa doktor atau boleh diubati dengan krim yang dibeli di farmasi.

“Isteri saya pula sesekali menggunakan internet untuk mencari resipi enak dan berkhasiat sebagai idea masakan untuk seisi keluarga,”kata Irfan Khairi.

Ditanya sama ada mereka berdepan dengan masalah dalam mendidik dan membesarkan anak-anak, Irfan Khairi dan Shazrina menyatakan, setakat ini, mereka bersyukur kerana semuanya baik. Namun, mereka tidak mengakui, timbul rasa bimbang memikirkan cabaran yang bakal ditempuhi apabila anak-anak melangkah ke alam remaja serta terdedah dengan pengaruh negatif rakan sebaya atau persekitaran.

“Kami berharap, dengan didikan dan bimbingan yang kami beri kepada mereka sejak kecil, anak-anak mampu menilai apa yang baik dan buruk.

“Kami memberi kebebasan kepada anak-anak melakukan apa yang mereka minati. Sama ada mereka minat ke bidang
seni, teknologi atau sukan, kami akan sentiasa memberi galakanSemua usaha gigih yang dilakukan kami selama ini adalah untuk mereka,” akhiri Irfan Khairi.






- Posted using BlogPress from my iPhone 4

Kelas Bacalah Anakku




Terbuka untuk kanak-kanak yang berumur 4-7 tahun.

Menggunakan kaedak fonetik yang tidak memerlukan kanak-kanak untuk menghafal huruf satu persatu.

Mengikut kaedah ini kanak-kanak akan diajar dengan bunyi untuk setiap huruf dan akhir sekali barulah pelajar akan diperkenalkan dengan huruf tersebut.

Hubungi Pn Dina untuk maklumat lanjut.013-7661523

Terima kasih



- Posted using BlogPress from my iPhone 4

Saturday, January 29, 2011

Facebook Ayu Raudah diceroboh



Oleh MUZLINA ABU BAKAR
muzlina.bakar@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 28 Jan. - Pelakon jelita, Ayu Raudah Che Wan, 27, hari ini merayu kepada pihak yang tidak bertanggungjawab supaya menghentikan perbuatan menceroboh laman sosial Facebooknya.

Menurut Ayu, perbuatan mereka yang menggodam Facebooknya itu menyebabkan beliau tidak dapat dihubungi melalui e-mel oleh para penerbit filem kerana kata laluannya sudah ditukar.

Ayu yang baru melangsungkan perkahwinan dengan penyerang bola sepak kebangsaan, Mohamad Zaquan Adha Abd. Radzak, 24, pada 21 Januari lalu, ketika dihubungi di sini hari ini memberitahu:

"Sebenarnya dua bulan sebelum Ayu melangsungkan perkahwinan, laman Facebook Ayu tidak boleh dibuka kerana kata laluannya telah ditukar oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

"Kali pertama penceroboh menggodam Facebook Ayu, Ayu masih boleh membukanya tetapi kali kedua Ayu gagal kerana mereka tahu segala-galanya tentang Ayu dan telah menukar kata laluan itu."

Ayu yang kini berada di Seremban untuk majlis persandingan di pihak lelaki melahirkan rasa kecewa kerana hak peribadinya diceroboh oleh orang yang tidak dikenalinya.

"Ayu memang kecewa dengan perbuatan mereka kerana ia bukan sahaja menyusahkan Ayu, malah telah menipu para peminat Ayu yang sentiasa menyokong Ayu.

"Nasihat Ayu kepada mereka janganlah menceroboh hak peribadi orang lain walaupun hanya untuk berseronok-seronok," kata Ayu.

Ketika ditanya mengenai dua akaun Facebooknya mencatatkan seramai 314,000 pelayar (satu akaun 225,273 dan satu lagi 88,727) setelah majlis persandingannya berlangsung, Ayu berkata, dia tidak menyangka seramai itu pelayar Facebooknya.

"Ayu tidak tahu seramai itu pelayar Facebook Ayu. Tetapi beberapa hari lalu semasa Ayu menggunakan Facebook kakak Ayu, Ayu terkejut 'Facebook Ayu' sudah ada lebih 200,000 pelayar.

"Sebagai artis, Ayu bersyukur kerana ramai peminat yang merestui perkahwinan Ayu tetapi Ayu sedih kerana para peminat setia Ayu ditipu," ujarnya.

Disebabkan perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab itu, suami Ayu, Zaquan menasihatinya agar membuat laporan polis.

"Zaquan mengesyorkan Ayu membuat laporan polis tetapi disebabkan sibuk dengan majlis persandingan Ahad ini, Ayu tangguhkan dulu.

"Insya-Allah selepas ini, Ayu akan buat laporan polis kerana tidak mahu mereka yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan hak peribadi orang lain," katanya.

Ayu dan Zaquan akan bersanding buat kali kedua di Dewan Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Seremban pada pukul 11 pagi Ahad ini.

Pada majlis persandingan itu nanti, Ayu akan memakai kebaya moden kain lace berwarna biru muda ciptaan Calvin Thoo dan Zaquan akan memakai baju Melayu warna sama dan bertanjak.

Menyentuh mengenai kariernya, Ayu memberitahu jadual aktiviti seninya akan sibuk mulai pertengahan Februari ini.

Ayu dijangka berada di lokasi filem Katrina (sekuel Lagenda Budak Setan 2) dan drama bersiri untuk slot legenda TV3 iaitu Air Mata terbitan Zeel Production.

"Kalau boleh Ayu tidak mahu berada di lokasi lama-lama sebab tidak mahu berjauhan daripada Zaquan tapi kerana janji dan kerja Ayu terpaksa," katanya sambil ketawa.



- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, January 28, 2011

Senyumlah....

Senyumlah walau hatimu menangis




Ketawalah walau hatimu gundah gulana



Senyuman itu adalah sedekah...
Melenyapkan segala keluh kesah

- Posted using BlogPress from my iPhone

Susah sgt ke nak berbudi bahasa......

Sabar...sabar.....kastemer alwizzz right....betul tu walaupun pahit terpaksa ku telan jua...dah berani masuk dlm dunia perniagaan ni kenalah byk bersabar cekalkan hati....klu tak mmg dh lama gulung tikar....lglah kalau biz service mcmni...dah buat sehabis baik pun masih tetap ada yg tak puas hati....

Apa-apa pun boleh bawak berbincang....

Sabarlah wahai hati.....:)
Senyumlah duhai mama....:)



Pengubat duka lara....











Thursday, January 27, 2011

Petua untuk kuruskan badan...:)

Jangan makan makanan yang berkarbohidrat tinggi seperti nasi, roti, meehon, keow teow atau mee.

Jangan makan makanan yang mempunyai kandungan gula/garam yang tinggi seperti ikan masin, kicap, cili sos, tomato sos, yogurt manis dan sebarang jeruk.

Jangan makan frozen food (makanan beku sejuk) seperti burger, bebola ikan, sosej dan sebagainya.

Jangan atau kurangkan pengambilan minuman yang berkafein seperti teh dan coklat kerana kafein melambatkan pembakaran lemak.

AMALAN:

Minum air masak (air suam atau air sejuk) sekurang-kurangnya 2 liter sehari.

Banyakkan makan sayur-sayuran dan makanan yang berasaskan soya.

Anda dibolehkan untuk makan daging, ikan, makanan laut dan juga keju (cheese).

Tetapi ingat, jangan makan nasi atau roti.
Anda digalakkan bersenam setidak-tidaknya 30 minit sehari.

Kategori: Makanan Segera

1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori

2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori

3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori

4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori

5. Burger keju (satu) = 425 kalori

6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori

7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori

8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori



Kategori: Buah-buahan

1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori

3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori

4. Durian (5 ulas) = 64 kalori

5. Limau (sebiji) = 42 kalori

6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori

7. Nenas (sepotong) = 59 kalori

8. Epal (sebiji) = 63 kalori

9. Ciku (sebiji) = 44 kalori

10. Mangga (sebiji) = 103 kalori










- Posted using BlogPress from my iPhone




Location:Jalan Bakti 31,Johor Bahru,Malaysia

Yang ditunggu sudah tiba....tp bukan hadiah contest laaaa

tapi ini bukan hadiah contest lah....
nak join pun malas inikan pula nak dapat hadiah.....:(



nak tgk apa isi dalam tu???
-
--
-
--
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
--
-
-

planning untuk tahun 2012
semoga impian menjadi kenyataan....
apa yg penting saya perlukan moral support drpd en suami...:)

Wednesday, January 26, 2011

Tuesday, January 25, 2011

Sedapnyer...... Nasi Kukus Ayam Berempah.....:)

Sampai jugak ke KB Delight...bukan kat Kota Bahru tau tapi kat Medan Selera Tmn U jer
ini semua gara-gara pengaruh rakan blog...bilamana A.Y.U ada buat entry pasal nasi kukus ayam berempah yg mmg membuat mama terliur....kalau tak mmg x tau pun kewujudan KB Delight nie...walaupun xdelah jauh mana pun dari rumah.......
inilah yg dikatakan pengaruh rakan blogger....:) tq yer Ayu sudi kongsi2 kat dalam blog ...
satu utk mama ..satu utk papa
tada........
-

-
-
--
-

-
--

-
-
--




nak bawak balik / makan kat situ pun...mmg sama jer cara pembungkusan dia...

nampak menarikkan...terliur tak????

oklah...sapa2 yg belum lunch lagi bolehlah pergi cari nasi kukus ayam berempah camni k....:)




Dengan jayanya telah sign up HeartBeat.my

Alhamdulillah berjaya juga akhirnya nak tepek http://www.heartbeat.my/ nie kat blog nie...bak kat ANJE..semudah a.b.c......terima kasih byk2 yer anje atas tunjuk ajar yg diberikan....jasamu akan ku kenang....:) sapa yg nak buat jugak boleh tgk kat blog anje ada tutorial lagi.......

Monday, January 24, 2011

Pari-pari dari kayangan ke tu...???










2 org nie..mengalahkan besday girl aje..:)



tamat sudah entry pasal besday damia & delisha...
lepas ni kita celebrate besday humaira & suha pulak yer....



Menu untuk besday party....

inilah antara menu masa besday cousin 3H...damia & delisha...80% adalah hasil tangan yang lemah gemalai dari aunty2 & tok ma dorang tu.....nasib baik dpt aunty2 yg pandai masak macam mama mereka itew.....:)
yg ini kena letak kat meja dlm rumah...dah x muat kat luar....
kek kena ada 2 bijik..sebab 2 org besday girl-kek ni x pandai lagi nak buat sendiri laaaa....setakat kek kukus coklat bolehlah.....honey dew...triffel puding buah oleh Mumy...2 mangkuk pun habis licin.....yg warna warni tu...puding pelangi....hasil dr MaMa3h...:)




karipap...laksa johor, kuih koci, pulut kuning & rendang ayam,
roti jala, sate, mihun goreng.....








perut kenyang hati pun senang...


sudah mahu pulang.......






Sunday, January 23, 2011

Malam minggu-;dating berdua...:)

Layan citer khurafat-perjanjian syaitan....berdua shj...x sesuai nk bawak 3h...




Iskhhhh...memang seram..@ byk scene terkejut...mmg real...citer seram malaysia yg mmg betul2 seram setakat ini....



Syabas kpd pengarah muda syamsul yusuf haslam....tetiba mcm terminat kat dia pulak...)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Majlis persandingan ayu raudhah

Sama cantik sama padan






Simbolik kera ke monyet yg pegang cincin pengantin






Credit to beautifulnara.com
Byk lagi pic menarik boleh tgk kt situ....


- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, January 22, 2011

Cantiknya Ayu Raudhah....

Cantiklah dia nie...ni gambar masa majlis berinai...
tp lagi suka tgk klu dia bertudung..lagi manis....



credit to Beautiful Nara

Friday, January 21, 2011

Door Gift by R'yani Hampers & Door Gift

Door gift yg sangat comel ni...dibuat hasil tangann
R'yani Hampers & Door Gift













berminat...boleh email ke nenny031@yahoo.com


Happy Birthday Damia & Delisha

Cerita semalam di hari cuti Thaipusam..weolls celebrate besday cousin 3H...
Damia & Delisha....
mama ditugaskan untuk masak laksa johor tu........
.nnti story yer.....jom tgk gambar besday girl yg super duper comey ni....mcm mak ngah dia.......:)
Damia...princess dari kayangan.....



si comel delisha turning 1






baskin robbin aiskrim kek yg sgt yummmy......




kek princess utk damia




nnti upload gambar kanak2 yang riang ria...
dan apa dh jadi ngan laksa johor mama..
jadi ke tak ekkk?
nnti sambung..ada kerja sikit ni......
stay tune...:)

Thursday, January 20, 2011

Hari ini saya jadi chef jemputan.....


lalaalalala...chef jemputan bukan masuk dlm TV lah....tapi chef jemputan ke rumah mak long3h...hahaha..nk kena masak laksa Johor......utk besday Damia & Delisha ptg ni.......hehehe...harap2lah menjadi lah kali ini....
.sempat gak buat agar2 pelangi pagi td......utk besday girl....
ok....chaw dulu tuan rumah dah tunggu tu:)

Wednesday, January 19, 2011

PE attire on Tuesday

Sukalah humaira yg x sabar2 nl pakai PE attire....boleh main kat playground katanya...

Baju ni pun recycle kak long punya jer...elok lagi...

Itulah untung jd ank sulung...
Yg adik2 dpt recycle jer...:)

Tp x salah kalau masih elok lagi...& nampak baru lagi....jimat sikit....pakai pun seminggu sekali jer...



Hehhe....ayat penyedap hati sebab mama pun anak no.2 samalah ngan humaira....:)




Tak kiralah anak no berapa kita kita mesti tetap di hati ibu kita...setiap anak ank kelebihan mereka yg tersendiri....

Pandai-pandailah kita mendidik mereka agar menjadi insan berjaya kelak....insyaallah...


- Posted using BlogPress from my iPhone

Free Personal signatures - cool!

TEXTAREA_ID

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Stick Figure Family at FreeFlashToys.com
Make your Stick Figure Family at FreeFlashToys.com