Jom Klik...

Kawan-kawan MaMa - Peminat 3H..:)

Saturday, January 29, 2011

Facebook Ayu Raudah diceroboh



Oleh MUZLINA ABU BAKAR
muzlina.bakar@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 28 Jan. - Pelakon jelita, Ayu Raudah Che Wan, 27, hari ini merayu kepada pihak yang tidak bertanggungjawab supaya menghentikan perbuatan menceroboh laman sosial Facebooknya.

Menurut Ayu, perbuatan mereka yang menggodam Facebooknya itu menyebabkan beliau tidak dapat dihubungi melalui e-mel oleh para penerbit filem kerana kata laluannya sudah ditukar.

Ayu yang baru melangsungkan perkahwinan dengan penyerang bola sepak kebangsaan, Mohamad Zaquan Adha Abd. Radzak, 24, pada 21 Januari lalu, ketika dihubungi di sini hari ini memberitahu:

"Sebenarnya dua bulan sebelum Ayu melangsungkan perkahwinan, laman Facebook Ayu tidak boleh dibuka kerana kata laluannya telah ditukar oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

"Kali pertama penceroboh menggodam Facebook Ayu, Ayu masih boleh membukanya tetapi kali kedua Ayu gagal kerana mereka tahu segala-galanya tentang Ayu dan telah menukar kata laluan itu."

Ayu yang kini berada di Seremban untuk majlis persandingan di pihak lelaki melahirkan rasa kecewa kerana hak peribadinya diceroboh oleh orang yang tidak dikenalinya.

"Ayu memang kecewa dengan perbuatan mereka kerana ia bukan sahaja menyusahkan Ayu, malah telah menipu para peminat Ayu yang sentiasa menyokong Ayu.

"Nasihat Ayu kepada mereka janganlah menceroboh hak peribadi orang lain walaupun hanya untuk berseronok-seronok," kata Ayu.

Ketika ditanya mengenai dua akaun Facebooknya mencatatkan seramai 314,000 pelayar (satu akaun 225,273 dan satu lagi 88,727) setelah majlis persandingannya berlangsung, Ayu berkata, dia tidak menyangka seramai itu pelayar Facebooknya.

"Ayu tidak tahu seramai itu pelayar Facebook Ayu. Tetapi beberapa hari lalu semasa Ayu menggunakan Facebook kakak Ayu, Ayu terkejut 'Facebook Ayu' sudah ada lebih 200,000 pelayar.

"Sebagai artis, Ayu bersyukur kerana ramai peminat yang merestui perkahwinan Ayu tetapi Ayu sedih kerana para peminat setia Ayu ditipu," ujarnya.

Disebabkan perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab itu, suami Ayu, Zaquan menasihatinya agar membuat laporan polis.

"Zaquan mengesyorkan Ayu membuat laporan polis tetapi disebabkan sibuk dengan majlis persandingan Ahad ini, Ayu tangguhkan dulu.

"Insya-Allah selepas ini, Ayu akan buat laporan polis kerana tidak mahu mereka yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan hak peribadi orang lain," katanya.

Ayu dan Zaquan akan bersanding buat kali kedua di Dewan Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Seremban pada pukul 11 pagi Ahad ini.

Pada majlis persandingan itu nanti, Ayu akan memakai kebaya moden kain lace berwarna biru muda ciptaan Calvin Thoo dan Zaquan akan memakai baju Melayu warna sama dan bertanjak.

Menyentuh mengenai kariernya, Ayu memberitahu jadual aktiviti seninya akan sibuk mulai pertengahan Februari ini.

Ayu dijangka berada di lokasi filem Katrina (sekuel Lagenda Budak Setan 2) dan drama bersiri untuk slot legenda TV3 iaitu Air Mata terbitan Zeel Production.

"Kalau boleh Ayu tidak mahu berada di lokasi lama-lama sebab tidak mahu berjauhan daripada Zaquan tapi kerana janji dan kerja Ayu terpaksa," katanya sambil ketawa.



- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments:

Post a Comment

Free Personal signatures - cool!

TEXTAREA_ID

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Stick Figure Family at FreeFlashToys.com
Make your Stick Figure Family at FreeFlashToys.com