Jom Klik...

Kawan-kawan MaMa - Peminat 3H..:)

Sunday, October 30, 2011

Muka sedih + tak cukup tido

5.30pg tadi dh bertolak ke kelana jaya....pergi hantar gelang pengenalan diri makbonda tertinggal.....

Sedihhhhh.....sampai jer dh xboleh jumpa bakal jemaah

Tp syukur sempat jugak hantar gelang itu.....

Semoga ma,k long,mak long,abg radin mendpt haji yg mabrur

Insyaallah....aminnn




- Posted using BlogPress from my iPhone 4

Saturday, October 29, 2011

Muka-muka excited

excited nak g shopping kat pasar philiphine...jalan kaki jer dr hotel....








TQ Sudi klik...klik...


Wednesday, October 26, 2011

Ole-ole dari SABAH...


Alhamdulillah,...
tercapai juga hasrat nak bawah 3H g cuti2 Malaysia ...
naik aeroplane, bot, makan seafood di tepi laut, berenang-renang di Pulau Manukan
sambil shopping2 buah tangan utk keluarga & rakan2.....

cuma x kesampaian nak g Kundasang...tgk gunung Kinabalu.....sbb papa malas nk drive..perjalanan lebih kurang 2 jam dr bandar KK....dan jln nak ke sana berbelit2 lebih kurang nak ke Camaron Highland.....



booking tiket airasia,.....seawal bulan May lagi.....risau x jadi jer...maklumlah biasa..klu planning awal ada jer halangan...seminggu sebelum bertolak...kak long , k ngah demam panas....sikit lagi jer nk kena warded....hari yg nak bertolak tu pun ...hadif muntah2...huhu......ditambah pulak dgn kerja papa 3H yg bertimbun yg x pernah n ak habis2 kat pejabat tu...;-)....sebulan,...seminggu ...2-3 hari sebelum bertolak mmg kena remind en suami...yg sentiasa bz itu....wife dia pun nak kena buat appointment/ booking date taw...huhu......


orang utan nie...dpt bawak balik 3 ekor....:-)
.....utk SUHA ngan DAMIA



TQ Sudi klik...klik...

Friday, October 21, 2011

Hi hi bye bye jay bee..:-)

Bercuti merehatkan minda....merehatkan mata nie....wehuuu...

Percutian kali ni bertemakan...kulihat hijau...:-)

3h yg excited nk naik kapal terbang



Doakan kami sekeluarga selamat pergi dan pulang yer kawan2....

- Posted using BlogPress from my iPhone 4

Tahniah....Zarina Ayu Collections


hadir masa majlis perasmian Zarina Ayu Collections
semoga terus suksess utk AYU



TQ Sudi klik...klik...

Thursday, October 20, 2011

Cik Mawar---Duta Fareeda


 Cantikkan dia...
mcm anak patung jer....;-)

nak tgk tudung fareeda boleh add FB : Fareeda Arena D'Boutique


TQ Sudi klik...klik...

Wednesday, October 19, 2011

Mini Gallery---D'Hana Boutique




 Lama x update blog kesayangan ini...sampai en suami pun perasan...sibuk sgt sampai x sempat nk update blog ker.....hehehhe.....
nie baru beroperasi kat rumah jer......
Doakan yer kawan2 Insyallah November nie nak set up mini gallery-D'Hana Boutique senang utk pelanggan yg nak walk in ...selesa sikit...
drpd dtg kat rumah......:-)

utk peminat tegar FAREEDA...boleh dtg ke rumah tgk2 tudung kegemaran anda....saya DEALER Fareeda area SKUDAI, Johor......cepat yer sementara stok masih ada....;-)



Wednesday, October 12, 2011

Wordless Wednesday...:)


Pengorbanan seorang isteri
sanggup x uollss?????-^_^-
 




TQ Sudi klik...klik...

Tuesday, October 11, 2011

Monday, October 10, 2011

Sungguh mendamaikan...Here we go....^_^


 Sapa2 yg pernah sampai kat sini mesti tahukan kat mana destinasi percutian kami kali nie.....sungguh x sabar...utk rehat2 kan minda...sambil menghirup udara segar....







boleh mandi manda di pasir putih bak kristal.....
mesti puas 3H berendam nnti....



 InsyaAllah...
semoga Allah permudahkan segala urusan kami ke sana...


Amin




TQ Sudi klik...klik...

Sunday, October 9, 2011

MANA MAK ..... " Before baca, sila sediakan Tisu"


 
Mana Mak?'

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?



Saturday, October 8, 2011

Bila papa kena g keje hari sabtu....mamalah yg kena
Layan 3h dihujung minggu...:)

Breakfast roti canai dulu




Semangat dgn beg angry bird...













- Posted using BlogPress from my iPhone 4

Friday, October 7, 2011

Darjat seorang isteri




1. Isteri Siddiqin

Isteri yang tidak akan meminta apa-ap...a dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2. Isteri Muqarrobin

 
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin

 
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik

 
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung mengunjungi kerana Allah




TQ Sudi klik...klik...

Thursday, October 6, 2011

Rombongan sekolah



Bestkan.....umur 5 tahun dah dpt g rombongan sekolah...kita dulu2 mana ada kan...lepas UPSR barulah berpeluang g jln2 ngna kawan2.....

seronoklah k ngah time nie dpt g swimming lagi kat Ulu Tiram Indoor Water Theme Park 
 mmg xnyenyak tido lah mlm sebelumnya...hehhe...terlebih excited....
lepas swimming 2 g tengok wayang plak tu...Kungfu Panda


 k ngah yg paling kecik sekali.....


TQ Sudi klik...klik... 

Wednesday, October 5, 2011

Wordless Wednesday...:)



 Mama & K Ngah @ Jamuan Raya CICT,UTM





TQ Sudi klik...klik... 

Tuesday, October 4, 2011

PECINTA Fareeda....;-)



Bukan senang nk bergamabr ngan finalist pencarian model Fareeda...heheheh
Ayu....thnx sudi datang yer...... 


 Aleesya yg sporting...xyah suruh posing pun...dh pandai posing sendiri......
patutlah terpilih jadi duta Kebaya Zarina Ayu Collections......




TQ Sudi klik...klik...

Monday, October 3, 2011

Open House Aidilfitri 2011

 Dah habis raya baru sempat nk upload...Alhamdulillah tahun nie buat gak open house utk meraikan jiran tetangga, rakan-rakan dan saudara mara.....semuanya masak sendiri...dgn pertolongan drpd ibu mertuaku, makcik / pakcik 3h, ...menu utama laksa johor- habis licin, soto, spagetti, kek lapis sarawak...gambar xsempat nk snap...nak amik gambar sendiri pun dah senget2 lah..pennat bangat.....

sebahagian  kawan2 utm papa yg dtg


 k ngah ngan ustaz ngaji dia



  
tetamu cilik yg hadir.......comeyyyy kan


 hadif yg xhabis2 makan kek angry birds

InsyaAllah ,,,,tahun depan ada rezeki boleh buat lagi








TQ Sudi klik...klik...

Free Personal signatures - cool!

TEXTAREA_ID

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Stick Figure Family at FreeFlashToys.com
Make your Stick Figure Family at FreeFlashToys.com