Jom Klik...

Kawan-kawan MaMa - Peminat 3H..:)

Thursday, February 28, 2013

Satu masa dahulu....

Rindu sangat waktu mereka kecik-kecik dulu....mmg suka pakaikan gaun dan aksesori di kepala..........skrg dh nak kena cari tudung-tudung pula utk hasya n humaira...hadif pulak ngan topi.....baju semua dh xboleh nk pilihkan..mereka dah ada citarasa yg tersendiri.....

Cepatnya masa berlalu......





Monday, February 25, 2013

Si manis berbaju kurung

Kali nie sambutan maulidur rasul di sekolah agama
Sakan mereka bergaya.....













Saturday, February 23, 2013

Friday, February 22, 2013

Salam Jumaat....

Pagi2 lagi dah melawat tempat wajib dtg setiap minggu......




Thursday, February 21, 2013

Sambutan Maulidul Rasul kat sekolah


Pagi nie mmg xsusah nk kejut mereka berdua bangun pagi..semuanya excited nk pergi sekolah...nak pakai baju raya....hari ni ada sambutan maulidul rasul di sekolah......mlm2 semua dh siapkan nk pakai bj apa esok....

nilah gaya terbaru k long hasya lilit tudung...mana dia belajar agaknya....sampai papa tanya nie betul ke pakai cmni..mama yg ajar ke lilit2 nie......hishhhh mama mana tau trend2 anak remaja sekarang ni ler..lilit sana sini. .....kita pakai tudung sarung jer senang....


 



meimei....haritu masa g sekolah..ada kawan lelaki panggil humaira meimei...ooo...meimei yg citer upinipin tu...sib baik pakai tudung...klu x mesti ramai yg konpius.....sehari sebelum dh sibuk gtau kawan2..
." esk saya nak pakai baju kilat-kilat tau...." + pakai kasut tumit tinggi...:-)




Alhamdulillah..sedarxsedar dah besar2 puteri-puteri kesayangan kami...semakin usia meningkat semakin byk cabaran nya .....:-)


Breakfast dan lunch

10 pagi dah siap masak utk lunch....harini masak sup tulang jer......ptg nnti baru masak sayuran dan tambahan laukpauk.....utk dinner pulak

so sibujang terus sarapan dan makan tghari sekaligus sebelum nk ke sekolah.....10.45 pagi van dah dtg amik.....

Lepas dah pergi school baru mama boleh g butik / buat kerja2 tuisyen





Tuesday, February 19, 2013

Thank you hubby ...:-)

Ole - ole dr utara.....setelah 3 hari ditinggalkan...dr kl ke penang ke kedah..barulah sampai ke jb dan sampai ke tangan tuan empunya pagi td jam 1.30 pagi

Dah juAl s3 sebelum raya cina lagi.....boleh pulak note 2 dah xde stok kat jb nie...maklumlah time2 nk raya...kita pun sibuk nk ho baru gak......so lebih kurang seminggu lebih xde pengganti....kat kl baru ada stok.....

Akhirnya penantian berakhir....alhamdulillah rezeki dari Nya.....

Monday, February 18, 2013

Gambar-gambar di Sanrio Hello Kitty Town,

Berkurun baru nak upload.....sejak dua menjak nie mmg malas sgt nak update blog bersungguh-sungguh.....


Layan dulu picture berbayar yg di snap oleh mereka
4pic percuma satu size 8R rm100
2pic dtp free sbb dapat angpow voucher photo free

Pic2 yg snap sendiri xsempat lagi......:-)

Tp sejujurnya xbest sgt g sini..byrn rm50 utk dewasa / Kanak-kanak mcm xberbalaoi jer.....x byk games....tp xpelah atleast dpt pergi sekali pun dh ok sbb nk puaskan hati 3h...10 kali lagi bagusss g legoland....


Update belog sementara bebudak kat kumon nie..tunggu dlm kete jer....xlarat nk ke mana2....

Publish











Sunday, February 17, 2013

Alhamdulillah......selamat pagi semua...

Masih bernafas di bumi mu Ya Allah...semoga hari ini lebih baik dari hari hari sebelumnya...:-)



Saturday, February 16, 2013

Celoteh MaMa3H masuk TV

Jgn x percaya okay....:-)



Friday, February 15, 2013

Penghilang dahaga

Perisa baru ker nie atau dh lama saya x beli eskerim nie....so xtau perkembangan terbaru.....:-)

Penghilang dahaga lepas habis mengajar..:-)

Publish

Thursday, February 14, 2013

3D movie @ Home sweet Home

Excited 3h....tgk movie 3D Toy Story 3 kat bilik mama...:-)

Tuesday, February 12, 2013

Teaser : @ Hello Kitty Nusajaya

Berdua bersama...

Mama yang terlebih excited posing2 amik gambo dari anak-anak...:)



Saturday, February 9, 2013

Selamat bercuti panjang....:-)

Bawa 3h ke jln2 ke kl arini....singgah umobile jap..nak gerak ke kl skrg nipun highway pun traffic slow....huhu...
Selamat berhujung minggu bersama insan tersayang.....

Friday, February 8, 2013

26 Pesanan Buat SUAMI


Semoga suami saya dan suami kawan-kawan semua baca pesanan dari
 Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah ini...;-)


::Pesanan Buat Suami::

Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah-

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”


Thursday, February 7, 2013

Alfatihah utk adik Ahmad Adam Syukri


Al fatihah untuk arwah dan salam takziah utk keluarga arwah...

Memang dari dulu mengikuti perkembangan adik adam..bermula dr MHI pastu folllow FB ibu arwah......Ternyata Allah lebih menyayangi beliau...kagum dgn ketabahan dan kesabaran ibu Adam menjaga amanah dari Allah tanpa mengira penat dan lelah.....

Semoga arwah tenang di sana...sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah utk adik Adam....




'Engkau tiba bagaikan pelangi, tak bercahaya namun kau berseri'.. Ciuman terakhir dari ibu..semoga adik adam bahagia di sana.. Al-fatihah

Breakfast ngan roti buat sendiri

Heaven.....:-)
Kekonon dah pandai buat roti kan...nie jer balance roti yg belajar semalam....:-)
Yang lain2 habis dimakan oleh 3h.....sedappppp mama......


Ok selamat makan roti nagn air milo nestum papa yg x habis sebab terbuat panas....sekian :-(

Wednesday, February 6, 2013

Kelas roti gebus


Wahhhh..bersemangat nie..baru balik kelas roti gebus.....

Details later k..:-)

Monday, February 4, 2013

berhujung minggu di tepian pantai....

bestkan sambil menghirup udara segar...;-)



makan tengahari kat Rahmat Ikan Siakap..kat pasir putih , Pasir Gudang...dah lama x makan kat sini.....sejam gak perjalanan....nak makan punya pasal.....





tudung chenta watie polkadot...;-)


ibu dan bapa mertuaku.....first time makan kat sini...;-)


Saturday, February 2, 2013

Dah pandai dah...;-)



okkaayyy..nie hasil kerja kak long Hasya Amirah.....
dah pandai dah nk ediit2 yg simple2...
senang sikit mama nk update kat belog.....
tp weekend jerlah boleh nk godeh2 laptop nie....:-)



p/s- 2-3 hari nie mmg mood kelaut...nak buat keje semua x menjadi...tido-tido dan tido....tiap2 ari telan panadol...nie semua bila en P dtg ...sakit kepala....berdenyut2....addoiiii mcm first time ajer....
alhamdulillah arini dah okay sikit.....baru leh buka lappy.....klu x ...x sampai 2-3 minit mata dah berpinar2.......apapun....alhamdulillah...sakit itu penghapus dosa....;-)


Free Personal signatures - cool!

TEXTAREA_ID

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Stick Figure Family at FreeFlashToys.com
Make your Stick Figure Family at FreeFlashToys.com