Jom Klik...

Kawan-kawan MaMa - Peminat 3H..:)

Tuesday, October 29, 2013

Tahniah Mawar FAREEDA & Fizo Omar


Tahniah buat mereka berdua...sama cantik sama padan....muka pun ada iras-iraskan...semoga hubungan yg bakal dijalinkan berkekalan hingga ke Jannah..;-)



fizo melamar mawar dlm panggung wayang....




p/s- mengenali cik mawar secara personal ..mmg sgt low profile ..lemah lembut..sikit pun x sombong...sesuailah ngan Fizo..semoga bahagia....:-)

Tapak pesta UTM

Seperti yg dijanji..bawa juga 3h...

berjimba-jimba di tapak pesta ahad lepas....

Sib baik hujan dh berhenti

Pusing main go kart ni dlm 15 min

Rm10...oklah hiburan malam minggu LOL



Monday, October 28, 2013

Jangan beli dan makan GULA


Boleh gitu?
Walaupun dah naik harga jadi rm2.80
Beli tetap kena belikah kan....
Sudah tentu harga akan bertambah naik atau kuih manis pun dh semakin kecil


Gula n manis lagi mmg xdpt nk dipisahkan...jom  breakfast 

Donat manis ingatkan donut yg biasa tu ...rupanya Kuih keria ni 

Huhuhu inilah akibatnya order drivethru jer mls nk turun kete...:-(


Saturday, October 26, 2013

Dinner di mlm minggu

Paling dekat kat johnny aeon tmn u..smlm pun dh pegi shopping groceries. ...asalnya nk ke tapak pesta utm hujan lah pulak....

Ok jom layan cerekarama....

Friday, October 25, 2013

Assalamualaikum..salam Jumaat



   Sentiasa muhasabah diri....setiap rezeki itu adalah ketentuan drNya....selagi kita berusaha pasti ada ganjarannya....:-)

Thursday, October 24, 2013

Happy 6th birthday Damia Aleesya


Last weekend dpt jemputan dr sahabat blogger  AYU....actually dah kenal dulu sebelum jumpa kat blog...hehehe..thnx ayu sudi jemput kami sekeluarga..semoga bertambah murah rezeki...;-)

Damia Aleesya yg dah semakin ayu...
semoga membesar menjadi anak yang solehah kebanggaan ibu dan ayah ya...



Actually xtau pun ada besday party....terima jemputan kenduri  majlis kesyukuran ..so x de nk prepare hadiah utk besday girl...sorry dear. Aleesya.....apa2 pun kami makan sampai kenyang...siap ada kambing golek lagi....rugilah sapa yg x makin kambing golek...
cuma tengok ajerlah...







last sekali pic cilok dr blog ayu...;-)
comel jer besday girl tu....


Tuesday, October 22, 2013

2 keping 10 dirham utk Hadif




first time beli 10 dirham perak ni dr public gold..sebelum ni beli dinar emas jer...duit raya 3h aritu pun dh ditukarkan kpd 1 dinar syiling emas..dapatlah sorang seketul...;-)

masa beli ni 10 dirham rm95 sekeping...so dptlah beli 2 keping utk Hadif....mmg rasa lain tau bila pegang emas / perak ni berbanding dgn wang ringgit....mmg ada magnet kekayaan...cheewah..;-)

sesiapa yg nk cuba beli dinar emas / perak bole sms / pm 018-7846643

1 dinar emas 4.25 g harga semasa rm605 sekeping....bole byr ansuran (easy pmyt \0 sebyk 4 kali / 4 bulan...sebulan dlm rm150++..jom mari menabung sekarang..tp tukarkan rm kpd emas fizikal....

Sunday, October 20, 2013

Study week

Study...study....nx week dah start exam..so mari kita belajar sampai lebam ya anak2. ...

Thursday, October 17, 2013

#fotorus#

Mood xde kerja sementara nk tunggu turn kat celcom

Wednesday, October 16, 2013

Aidiladha 2013

Alhamdulillah. ..pagi2 kami berlima solat sunat aidiladha kat surau berhampiran.....

Lepas tu bergegas ke rumah maklong 3h sbb nk tolong potong2 kn daging korban...

Mood nk amik gamba pun xde dah.....bila semua dh tukar uniform...3h dh terjun kolam sementara mamapapa potong daging kt dapur...

Masak dn makan...mmg meriah...sampai ke mlm ada bbq...penat tp kenyang....:-)

Alhamdulillah. ..syukur dgn nikmat dariNya.

Tuesday, October 15, 2013

Monday, October 14, 2013

Santai petang....


    Seronok dpt berkumpul ramai-ramai camni...masing-masing baru baik demam...apalagi lepas gianlah mereka berendam sakat....@ rumah mak long












Esok sambung lagi...simpan tenaga dulu ya...:-)

Salam aidiladha semua...tahun ni weolls beraya kat rumah maklong 3h .....

Thursday, October 10, 2013

Demam...;-(



Sakit adalah ujian dalam hidup kita sebagai manusia biasa. Kesakitan ialah pengalaman deria rasa dan emosi yang tidak selesa, dikaitkan dengan kecederaan tisu yang benar-benar berlaku atau yang mungkin berlaku atau digambarkan dalam bentuk suatu kecederaan.
Hidup sihat sebelum sakit adalah antara lima perkara yang pasti akan hadir dalam hidup setiap manusia. Manusia hanya dapat menilai harga sebuah kesihatan ketika diuji dengan kesakitan. Sakit akan datang tanpa diundang bila-bila masa tiada peringatan. Sakit itu bukan penyeksaan tetapi peringatan bagi manusia yang sentiasa ingat pada Allah swt.
Dari Anas ra, Rasulullah saw telah bersabda: Maksudnya: “Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seorang hamba-Nya, disegerakan baginya kesusahan (balasan) sewaktu di dunia lagi. Sebaliknya jika Allah menghendaki kejahatan bagi seorang hamba-Nya, ditangguhkan pembalasan ke atasnya sehingga hari Kiamat.” [Hadis riwayat At-Tirmizi: 2395, “Hadis Hasan”, Sahih Al-Jami’ As-Saghir: 308]
Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah seorang muslim menderita sakit kerana suatu penyakit melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya”. (HR Bukhari, Muslim)
Dari Ummu Al-Ala’, dia berkata : “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjengukku pada masa aku sedang sakit, lalu baginda berkata. ‘Gembirakanlah wahai Ummu Al-Ala’. Sesungguhnya sakitnya orang muslim itu membuatkan Allah mengampunkan dosa-dosanya, sebagaimana api yang menghilangkan kotoran pada emas dan perak”. (HR Abu Daud)


Tidak ada orang yang mahu sakit. Tapi dalam Islam, seperti kita tahu, ada banyak perkara yang tersembunyi di sebalik semua keadaan itu.
Kalau kita tahu sebenarnya tak ada alasan untuk sedih dan mengeluh semasa kita sakit, kerana sebenarnya itu adalah kasih sayang Allah swt pada kita. Kita mengeluh semasa sakit kerana kita tak tahu rahsianya. Sakit, dalam bentuknya yang lain, itu harus disyukuri kerana itu adalah bukti kasih sayang Allah pada kita. Allah mengutus 4 malaikat untuk selalu menjaga kita dalam sakit.
Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang hamba yang beriman menderita sakit, maka Allah memerintahkan kepada para malaikat agar menulis perbuatan yang terbaik yang dikerjakan hamba mukmin itu pada semasa sihat dan pada semasa waktu senangnya.”
Ujaran Rasulullah SAW tersebut diriwayatkan oleh Abu Imamah al Bahili. Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda :
“Apabila seorang hamba mukmin sakit, maka Allah mengutus 4 malaikat untuk datang padanya.”
Allah memerintahkan :
1. Malaikat pertama untuk mengambil kekuatannya sehingga menjadi lemah.
2. Malaikat kedua untuk mengambil rasa lazatnya makanan dari mulutnya.
3. Malaikat ketiga untuk mengambil cahaya terang di wajahnya sehingga berubahlah wajah pesakit menjadi pucat lesi.
4. Malaikat keempat untuk mengambil semua dosanya , maka berubahlah pesakit menjadi suci dari dosa.

Tatkala Allah akan menyembuhkan hamba mukmin itu, Allah memerintahkan kepada malaikat 1, 2 dan 3 untuk mengembalikan kekuatannya, rasa lazat, dan cahaya di wajah sang hamba.
Namun untuk malaikat ke 4, Allah tidak memerintahkan untuk mengembalikan dosa-dosanya kepada hamba mukmin. Maka bersujudlah para malaikat itu kepada Allah seraya berkata : “Ya Allah mengapa dosa-dosa ini tidak Engkau kembalikan?”
Allah menjawab: “Tidak baik bagi kemuliaan-Ku jika Aku mengembalikan dosa-dosanya setelah Aku menyulitkan keadaan dirinya ketika sakit. Pergilah dan buanglah dosa-dosa tersebut”
Dengan ini, maka kelak pesakit itu berangkat ke alam akhirat dan keluar dari dunia dalam keadaan suci dari dosa sebagaimana sabda Rasulullah SAW : “Sakit panas dalam sehari semalam, dapat menghilangkan dosa selama setahun.”
“Tiada seorang mukmin yang ditimpa oleh kepenatan atau penyakit atau risau fikiran atau sedih hati, walaupun jika terkena duri, melainkan semua penderitaan itu akan dijadikan penebus dosanya oleh Allah” (HR Bukhari-Muslim).
“Jika sakit seorang hamba hingga tiga hari, maka keluar dari dosa-dosanya sebagaimana keadaannya ketika baru lahir dari kandungan ibunya,” (HR Ath-Thabarani).
“Penyakit panas itu menjaga tiap mukmin dari neraka, dan panas semalam cukup dapat menebus dosa setahun,” (HR Al-Qadha’i).
Wallahualam.
p/s : betapa sayangnya Allah pada hamba-hambaNya… subhanallah ^_^

p/s - bila sakit semua urusan rumahtangga diambil alih oleh ensuami...terpaksa amik cuti sehari demi menjaga isteri dan anak2 dirumah..;-)..bagus jugak sakit sekalisekali dptlah perhatian lebih sikit...
harini alhamdulillah dah sembuh...tugasan dijalankan spt biasa...


Monday, October 7, 2013

Sushi King lagi

Salam pagi isnin semua....mulakan hari anda dgn ceria.....utk saya juga..update laju2 sebelum memulakan tugasan sbg fulltime housewife...nk sorting tudung2 cws yg dh siap...nk siapkan cek utk staf2 arena bestari...

Okay...layan weolls dinner semlm kat sushi king jusco tmn u......mmg mls skrg ni nk keluar rumah byk kerja yg menunggu to disbbkan pujukrayu ensuami kuturutkan jua....:-)

Friday, October 4, 2013

Bibik dah lari...;-(


baru citer pasal jadi supermak entry sebelum nie....nampaknya bermula semalam dan hari2 seterusnya mmg akan jadi supermak lah jawabnya....

tajuk arini : bibik dah lari....nie cerita betul bukan main2 ok....its ok nie dh kali kedua bibik saya lari...sebelum nie bibik semua ada yg balik cukup setahun 2 semua dh buat perangai nk balik...ok malas nk citer yg dulu2 tu semua dh jadi sejarah..;-(

bibik yg ni weolls buatkan permit semua sendiri dr a-z...kira jimatlah sikit dr amik ngan agen cuma penat sikit turun naik g kl / kdn / fomema..disebabkan parents dia pun mmmg dh lama keje ngan family mertua...baru isnin g renew fomema than nak bawak dia g klinik utk check up terus lesap....yg bestnya time tu mmg saya ada kt bilik kat atas time dia lari ikut pintu pagar belakang...jiran belakang tanya nk g mana dia gtau nk balik indon..bawa 3 beg...than kunci campak kat longkang....dush sekeh kang baru tau..rasa nk bako jer passport dia ni haaa...kira dh cukup setahun dh nk buat perangai...

tapi alhamdulillah xde plak brg2 kemas / emas seketul dua / atau wang ringgit yg dia rembat..mmg bibik ni xde masalah pun..x tau lah mungkin sbb dah ada pakwe..konspirasi bersamalah tu...aikkk mmg x bersyukur dpt majikan baik mcm nie...

oklah..think positif..benda dah jadi..mungkin setakat nie je Allah pinjamkan utk kami sekeluarga.....saya redha....

tapi tgklah..agak2 jadi mcm gambo kat bawah nie tak agaknya...hehehhe



ok sambung kerja....
dh xde masa nk santai2 golek2 atas katil...
lepas nie senanglah nk turun berat badan..
boleh slim melim mcm ank dara dulu..alahai..;-)

Tuesday, October 1, 2013

Jadi supermak arini


   Semalam dh hantar bibik kat rumah ibumertuaku...utk tolong apa2 yg patut disebabkan tahap  kesihatan umi yg x mengizinkan utk buat kerja2 rumah

Semoga umi cepat sembuh dan kuat semangat....menghadapi ujian dr Allah ini...

Kami doakan yg terbaik utkmu umi



Jom kita bakar kalori hari ini

Free Personal signatures - cool!

TEXTAREA_ID

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Stick Figure Family at FreeFlashToys.com
Make your Stick Figure Family at FreeFlashToys.com