Jom Klik...

Kawan-kawan MaMa - Peminat 3H..:)

Tuesday, May 31, 2011

Berdua-duaan....;-)


 Makan berdua tanpa gangguan anak-anak.....
sekali sekala mmg terapi yg menyeronokkan...selesai menemani en suami atas satu urusan terus singgah ke Malay Village utk santapan malam.....
sebelum keluar rumah dh tapau kan nasi pattaya utk 3h & bibik......

 nasi goreng kampung utk mama



nasi goreng cina utk papa


 siakap sweet sour
besar ikan nie...jenuh nak habiskan



 daging paprik....sedapppppp....



layan.......








 first time cuba aiskrim cake
not bad...satu slice tu rm5.90


 pilihan kami....rainbow



 tak sabar dah tu...nak rasa.....



 first time nk cuba tudung camni.....sgt x sesuai kan....;-(
sebenarnya belikan utk hasya kat Angsana tadi....
mama yg rasmikan dulu...hehehe



 menghargai masa-masa bersama.....:-)


TQ Sudi klik...klik...

Monday, May 30, 2011

NUR KASIH THE MOVIE


 Berjaya juga akhirnya nak tengok citer nie.....tengok di UMall sajer...sampai pun lagi 15min citer nak start...so apalagi mmg penuhlah..kami dpt seat depan sekali....huhu...mendongaklah........
mula2 xnak bawak hadif takut2 dia bosan tgk citer nie....tp ok....sampai ternganga2 mulut dia tengok masa keretapi terbalik tu.....hehehe


 overall...pada mama cerita nie biasa2 sajer....
best lagi masa tengok kat TV3....;-(



 pasni KL Gangster menyusul...
oh.... i love filem Syamsul Yusof...tp yg pasti xleh bawak 3h....
x sesuai utk kanak-kanak....


TQ Sudi klik...klik...

Saturday, May 28, 2011

Terapi minda...

Habis jer home tuition terus g shopping....mcm dh lama jer rasanya xbeli tudung baru....:-)




- Posted using BlogPress from my iPhone 4

Friday, May 27, 2011

Fakta menarik mengenai lelaki.....;-)

50 Fakta2 Mengenai Lelaki....
1. Sebenarnya Lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona. (Untuk itu, dia selalu meminta Anda berdandan. Bukan kerana dia mata keranjang, tetapi mereka ingin Anda terlihat mempesona).

2. Lelaki sangat benci dikhianati. (Walau mereka egois, keras, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah).

3. Ketika saat ini dia menyukai Anda, beberapa saat kemudian, dia lupa dan malah asyik bersama kawan-kawannya. (Hal ini adalah wajar, tetapi bukan berarti Anda tidak pernah ada di hatinya).

4. Jika dia mengatakan “Ya, memang aku tidak memahami kamu,” itu maknanya pemikiran dia dan Anda berbeza. (Bukan berarti tak boleh bersatu, tetapi mencuba untuk saling memahami satu sama lain).

5. Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, Anda selalu ada di dalam fikirannya. (Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya Anda hari ini).

6. “Awak sedang buat apa?” atau “Dah makan belum?” adalah ayat yang paling selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telepon. (Mereka memang bukan makhluk yang pandai berbasa-basi, tetapi mereka sungguh ingin tahu semua hal perkara tentang Anda).

7. Jika seorang lelaki benar-benar mencintai Anda, dia akan menerima Anda apa adanya. Tak peduli Anda gemuk, hitam atau berjerawat. (Mereka mungkin akan memberi nasihat pada Anda untuk diet ketika Anda merasa gemuk, tetapi mereka tulus mencintai Anda).

8. Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman Anda. (Untuk itu jangan memelihara muka yang masam di wajah Anda, tersenyum dan buatlah dia semakin terpesona).

9. Lelaki akan melakukan apa saja untuk menarik perhatian Anda. (Termasuk menceritakan kisahnya kepada bekas kekasihnya, walau terkadang hal ini tidak perlu diceritakannya pada Anda).

10. Lelaki tidak suka jika Anda bercerita tentang bekas kekasih anda. (Walau kadang-kadang dia suka cerita tentang bekas kekasihnya kepada Anda, tapi dia sangat cemburu jika dia mendengar kisah bekas kekasih Anda).

11. Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua Anda, jangan ragu dan malu. Dia serius dengan Anda!.

12. Lelaki ingin selalu berbagi semua hal dengan Anda, namun terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik. (Untuk itu, jangan paksa dirinya bercerita jika memang dia belum siap untuk bercerita kepada anda).

13. Sesekali, lelaki menangis. (Semua bayi, lelaki mahupun wanita menangis, dan lelaki dewasa juga memiliki rasa sedih, ketika mereka kecewa dan sedih, mereka pun boleh menangis seperti Anda. Berikan pelukan dan sokongan padanya,kerana Anda ada untuknya).

14. Jangan berusaha membuat lelaki marah,kerana mereka adalah makhluk tuhan yang mudah marah.

15. lelaki adalah makhluk simple, mereka bukan tipikal yang selalu berharap dan berandai-andai.

16. Lelaki akan mencuba mendapatkan hati wanita yang memutuskannya, sebelum akhirnya mereka berusaha melupakannya. (Inilah yang membuat mereka gagal menelepon Anda setelah berpisah, dan kemudian akhirnya menyerah kerana Anda memberikan respon yang negatif).

17. Saat Anda membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah boleh melupakannya. (Untuk itu boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah melupakan dibanding wanita).

18. Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh.......lupakan jelah” kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada Anda. (Seperti halnya wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu).

19. Lelaki tidak akan pernah boleh tidur, jika dengan perlahan Anda mengusap belakangnya. Dan membelai lembut kepalanya. (Percayalah, jika Anda melakukan ini pada kekasih Anda, maka ia akan terus menerus merindukan Anda).

20. Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji Anda (baca: merayu Anda).

21. Jika lelaki ragu-ragu dan terlihat berpikir keras ketika Anda menyatakan pendapat atau meminta mereka melakukan sesuatu, artinya mereka tidak mahu melakukannya. (Kebanyakan lelaki akan berbohong dan melakukan hal yang tidak ingin ia lakukan untuk wanita yang ia cintai. Tapi percayalah, mereka sangat menderita dan merasa terkongkong).

22. Jika Anda berkata tidak, yang ada di dalam pikiran lelaki adalah “Akan aku cuba lagi” (Masih ingat kan saat dia meminta Anda menjadi kekasihnya?).

23. Anda tidak akan pernah boleh membuat lelaki memahami dalam sekali bual saja. Mereka makhluk yang cerdas, tetapi terkadang susah bagi mereka untuk memahami Anda. (Begitulah lelaki menyebut wanita sebagai makhluk yang susah dipahami).

24. Lelaki benci gay! (Bukan bermaksud diskriminasi atau jahat, tetapi terkadang mereka tidak habis berfikir, mengapa seseorang boleh menyukai sesama jenisnya. Dan terkadang mereka malah takut dan cenderung putus kawan dengan mereka yang berhubungan dengan sesama jenis).

25. Lelaki sangat menyayangi ibunya.

26. Lelaki akan menyimpan sebagian wangnya hanya untuk membeli hadiah kecil untuk Anda.

27. Lelaki sering berfikir tentang wanita yang mungkin menyukai mereka,(tetapi bukan berarti mereka menyukai wanita itu).

28. Anda tidak akan pernah boleh memahami lelaki, kecuali Anda menyediakan waktu untuk mendengar keluh kesah mereka dan bukan melulu bercerita tentang diri Anda.

29. Jika seorang lelaki dengan sungguh-sungguh mengatakan, Anda adalah satu-satunya orang yang dicintainya, percayalah, perkataannya tulus dari dalam hati.

30. Bukan lelaki saja yang gemar bergosip,ketika bersama kawan lelakinya, mereka juga selalu bergosip.

31. Wanita, adalah kelemahan setiap lelaki. (Mereka tidak akan tahan melihat air mata jatuh dari mata Anda. Mereka juga tidak suka melihat Anda bersedih).

32. Tak seperti wanita, lelaki lebih jujur dan terbuka tentang diri mereka. Mereka lebih menerima kekurangan apa adanya.

33. Boleh saja membuat lelaki penasaran pada Anda, tetapi jika digantung terlalu lama, mereka juga boleh bosan dan jenuh.

34. Percaya atau tidak, lelaki adalah juri yang adil dan baik.

35. Walau kadang-kadang mereka kelihatan selekeh, tetapi pada dasarnya lelaki suka kebersihan,bau wangi, dan keindahan.

36. Lelaki lebih suka pada wanita yang menghargai dirinya apa adanya.

37. Lelaki mencintai seorang wanita yang boleh menjadi sahabat, sekaligus kekasih baginya.

38. Jika ada seorang lelaki yang menceritakan masalahnya, Anda cukup mendengarkannya. Jangan beri nasihat atau menyalahkan dirinya.

39. Jika ada seorang lelaki menyukai Anda, lihat lebih jauh ke dalam matanya. (Mata adalah jendela hati, dan ia tak pernah menipu).

40. Lelaki selalu memiliki cara untuk menghindarkan Anda dari lelaki lain. (Salah satunya dengan menolak diajak jalan-jalan ke shopping mall).

41. Lelaki lebih menyukai wanita yang cerdas,dibanding wanita yang hanya tahu tentang make up dan mini skirt.

42. Lelaki adalah makhluk yang sok pandai, mereka malu bertanya kepada wanita apa yang diinginkan.Hasilnya,kebanyakan tekaan mereka seringkali meleset.

43. Ketika lelaki menginginkan sesuatu, mereka akan membayangkannya. Tetapi mereka tidak mahu terlibat terlalu jauh. Mereka lebih cenderung memendam dalam-dalam keinginan mereka jika tahu keinginan itu susah diwujudkan.

44. Lelaki adalah makhluk yang payah dalam soal rahasia. Mereka hampir tidak boleh menyimpan rahasia dengan baik.

45. Terkadang, lelaki terlalu banyak berpikiran negatif berbanding positif.

46. Fantasi lelaki tentang wanita adalah satu-satunya fantasi yang tidak mungkin dibatasi. (Sekalipun mereka telah memiliki pasangan dan keluarga).

47. Tinggi badan mungkin bukan masalah yang terlalu penting bagi lelaki, tetapi mereka cukup peduli pada berat badan (wanita khususnya, termasuk Anda).

48. Jika lelaki mulai serius dengan hubungannya, maka mereka akan menjadi makhluk yang super aktif. (Inilah mengapa dia selalu berusaha menjemput dan menghantar Anda, serta selalu memeriksa inbox message di dalam handphone Anda)

49. Jika Anda tahu bagaimana menaklukkan lelaki Anda, mereka tidak akan pernah boleh jauh dari Anda.

50. Bagi lelaki, melupakan seseorang memerlukan waktu yang lebih lama dari seumur hidup.

GAMBAR MASA CELEBRATE BESDAY YG KE 31...
3 TAHUN YG LALU...SO TAHUN NI DH 34.....CEPATNYA MASA BERLALU
 





TQ Sudi klik...klik
...

Thursday, May 26, 2011

Bila mood rajin nak masak......hasilnya.....:-)


 kek coklat yg sgt yummy2....2 hari jer dh habis licin.....:)
-
-
-
-
-
-
-
-
dan conflakes madu.....amik mood raya sikit....
yg nie senang jer....ramai pembantu.....mama cuma siapkan adunan yg selebihnya kerja bibik & 3h.....lepas ni boleh masak2 lagi nak cuti sekolah nie.....huhuh....
nak kena cari resepi baru nie.....:-)






TQ Sudi klik...klik...

Wednesday, May 25, 2011

Bila mood bercuti dah datang.....


  Serius nak bagitau...sebelum ni mmg xamik tahu pun kalau airasia ada buat sale ke tambang RM0 KE...MMG TAK AMIK peduli pun...mmg xde mood nk g jln2 nie...tapi tidak lagi sekarang nie...heheheh........kerja kerja juga....jalan tetap kena jalan gak....:)
so mulai sekarang akan pastikan tidak akan termiss semua tawaran hebat drpd AirAsia




Tapi masalahnya...mcm2 masalah teknikal akan berlaku....
nak booking tiket....dh dekat 10 kali still xberjaya....huaa....hua.....
sampai jer kat part pymt.....jum yg rm3k boleh jadi rm300k.....walllaaa
berapa kali cuba pun ttp camtu.....dh call centre...bgtau ada problem...suh cuba & cuba lagi....traffic jam....katanya.......berserah sahajalah.....ada rezeki adalah....arini cuba lagi...klu x berjaya gak...alamatnya naik BOT sajalah.....:(



TQ Sudi klik...klik...

Tuesday, May 24, 2011

Hajat dihati nak tengok NUR KASIH....tapi....



sampai kat JUSCO TEBRAU...dh kena beratur panjang...papa lah yg kena Q
ingat nk tgk movie yg paling awal...tp dh penuh...
memandangkan ptg papa nk g jumpa kawan dia.....
so terpaksalah batalkan hasrat utk menonton wayang....huhuh

sebagai penawar.....
makan pop corn sajalah....:(

pastu bawak 3H main2 kat sini....






  tp tetap gak nk g tgk ...
kat UMall pun ok jugak....
Jom Pn Comei...set your date......:)


TQ Sudi klik...klik...

Friday, May 20, 2011

SENANGNYA MAKAN UBAT....:)


 tengoklah hadif makan ubat teramatlah senangnya....
cuma letakkan ubat apa yg perlu di makan.....


 yg nie ubat muntah


 yg nie pulak ubat demam...
mmg x bg mama dia suapkan...nk buat sendiri...:)


 pagi2 td dh muntah & ciritbirit...sakit perut katanya....
malam ni nak bawa g urut...byk angin...
semoga x melarat dan cepat sembuh yer sayang....:)




TQ Sudi klik...klik...

Thursday, May 19, 2011

Best fren.......:)

  
kalau kak ngah mengacau / menyakat si adik ...kak long lah yg dicari tempat utk mengadu....huhu...mmg xleh kamcing hadif ngan humaira....ada jer yg nak gaduh2 manja.....bingit dibuatnya...
senyap rumah nie pun till 12pm...balik jer dr sekolah bermula mcm2 skesta....
dah lali dah telingaku ini....huhu




 semuanya perjalanan untuk ke alam dewasa.....
sungguh meriah......:)


TQ Sudi klik...klik...

Wednesday, May 18, 2011

Sambutan Hari Guru PTAB


 Sambutan yang serba ringkas sahaja....
Beli kek sebiji 2 kg....pastu potong kat tuisyen...
Kali ni sambutan kat cawangan Kangkar Pulai....memandangkan kebetulan hari Isnin baru nie kelas budak sek ren kat sini....so meriah sikit ngan budak2 kecik nie....:)




 bersama ngan Farhana...bekas pelajar, bekas staff PTAB
dan sekarang dh melanjutkan pelajaran kat UITM, Terengganu

I'm proud of you...:)



 tidak ketinggalan juga 3H
sama-sama meraikan.....



 boleh jumpa x mana satu cikgu kat situ...huhuhu
tenggelam dh cikgu yg kecil molek....:)



 excited nk potong kek....



 lepas tu berlarian pulak ke caw Tmn Mutiara Rini
amik gambar kat pejabat jer....:)







bersama ngan Branch Manager caw PTAB...:
Pn Syabilah....
 


 xsempat nak ke caw satu lagi ...Tmn Nusantara.....
InsyaAllah tahun depan buat sambutan besar-besaran pulak yer....

terima kasih cikgu-cikgu, staf & pelajar-pelajar Arena Bestari....
Love u all....:)




TQ Sudi klik...klik...

Free Personal signatures - cool!

TEXTAREA_ID

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Stick Figure Family at FreeFlashToys.com
Make your Stick Figure Family at FreeFlashToys.com