ceramah yang disampaikan oleh Ustazah Siti Norbahyah Mahmood
1. Kekuatan Iman
Sebagai seorang muslim, kita perlu menjaga iman kita. Jauhi perkara2 khurafat yang boleh mendatangkan syirik kepada kita. Sesungguhnya Allah melaknat dengan orang yang mendatangi dukun, bomoh, tukang tilik, tukang tenung nasib dan sebagainya.
2. Kekuatan Amalan
Sebagai muslim, amalan/tuntutan ibadah yang dilakukan mestilah dilakukan dengan konsisten dan tetap, contoh terbaik adalah Solat - jangan tinggal solat. Sama juga dengan amalan lain seperti berpuasa, berzakat, bersedekah dan lain2, kita lakukan kerana Allah Taala, insyaallah amalan kita akan diterima oleh-Nya.
Tips dari ustazah Bahyah, amalkan juga tasbih Nabi Yunus - saya letak tafsirannya: ( "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri". Surah Al-Anbiya' Ayat 87) -> tasbih ini dilafazkan oleh nabi Yunus semasa ditelan ikan Nun (ada yang kata ikan paus).
3. Kekuatan Ilmu
Kita jangan sesekali mendabik dada yang bahawa ilmu kita sudah cukup, tak kiralah ilmu agama, ilmu sains, matematik, bahasa dan sebagainya, sesungguhnya ilmu itu sangat luas, tiada batasan dan kita harus memperkayakan ilmu tersebut.
4. Kekuatan Akhlak
Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah berdasarkan akhlaknya. Tunjukkan akhlak yang baik, lemah lembut dan bersopan santun serta hormat menghormati antara satu sama lain. Jaga tutur kata dan tingkah laku kita supaya tidak menyinggung perasaan orang lain. Hiasilah diri kita dengan akhlak yang mulia.
Ustazah juga berkongsi petua dfari Nabi Muhammad s.a.w kepada sahabat2nya bagaimana untuk melembutkan hati (untuk orang yang keras hati). Petuanya adalah:
a) carilah seorang anak yatim dan usaplah kepalanya dengan penuh kasih sayang
b) menghadiri 3 jenis majlis: majlis ilmu, majlis zikrullah dan majlis tilawatul quran
c) jika hati masih keras, mintak pada Allah tukarkan hati yang baru
5. Kekuatan Kasih Sayang
Kita mestilah bersangka baik dengan semua orang. Sayangilah diri kita, keluarga kita, sahabat kita dan sesama manusia walaupun berlainan bangsa dan agama. Janganlah sesekali mencari pasal dengan orang lain jika tiada orang yang bersangka buruk dengan kita. Jika hati kita penuh dengan kasih sayang, insyaallah kita tidak akan melakukan perkara yang buruk terhadap diri sendiri dan orang lain.
6. Kekuatan Kesabaran
Salah satu sifat orang mukmin adalah memiliki kesabaran yang kuat kerana sifat sabar itu adalah khazanah dari syurga. Jangan sesekali meratapi atau mempersoalkan bila ditimpa ujian. Bersabarlah dan harungi dugaan tersebut dengan jayanya. Ustazah juga berkongsi untuk amalkan beberapa potong ayat, saya letak tafsiran ajer yer:
a) "Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). (Surah Al-Imran Ayat 200)
b) "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri". (Surah Al-Hasyr Ayat 21)
c) Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah Kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan) dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. (Surah Asy-Syura Ayat 19)
7. Kekuatan Nasihat
Kita haruslah belajar untuk menerima nasihat/teguran orang lain kerana mereka sayang kepada kita, mahu lihat diri kita sebagai manusia yang terbaik. Kita juga harus belajar memberi nasihat kepada yang lain terutama kepada anak2 kita (since ceramah tadi byk dihadiri kaum ibu bersama anak2 kecil :D)
Berikut adalah tips2 ustazah untuk ibubapa tentang waktu yang sesuai untuk memberi nasihat kepada anak2:
a) selepas solat berjemaah sekeluarga - hati tenang selepas solat
b) selepas makan bersama2 sekeluarga - perut kenyang selepas makan
c) selepas anak mandi - sebab hatinya tengah sejuk
d) selepas temankan anak bermain di padang/playground - moodnya tengah baik
e) sebelum anak tidur
f) bila anak sudah tidur - baca doa untuk kesejahteraan anak dan hembus pada ubun anak.
8. Kekuatan Harta
Siapa kata duit itu tak penting? Kalau tak ada duit, bagaimana kita hendak menyara keluarga dalam hidup yang serba serbi memerlukan duit. Kita harus mencari rezeki untuk keluarga dan perlu mengukuhkan ekonomi keluarga dan umat Islam secara am. Carilah sumber rezeki yang halal dan diberkati, dan gunakan ia ke jalan Allah. Wajiblah tunaikan zakat dan bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
9. Kekayaan Kesihatan
Kita perlu menjaga kesihatan diri kita dan keluarga kerana jika badan sihat, insyaallah kita dapat menunaikan ibadah dengan lebih baik, badan yang cergas supaya mampu melakukan ibadah2 sunat selain wajib, ingatan yang kuat untuk menghafaz ayat2 quran, dan mampu melakukan tugasan di tempat kerja/rumah dan sebagainya. Amalkan makanan ikut sunnah nabi iaitu susu, kurma, kismis, madu. Selain itu, untuk mengkayakan kesihatan iman kita seharusnya melakukan ini:
a) kesihatan mata: jangan tengok perkara yang haram
b) kesihatan telinga: jangan mendengar benda2 yang tak elok
c) kesihatan badan: jangan makan benda2 yang haram...
10. Kekuatan Mujahadah
Orang mujahadah ialah orang yang bersungguh2 mencari keredhaan Allah, Allah akan pimpin dia ke jalan Allah demi mendapat keredhaan Allah.
"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya." (Surah Al-'Ankabut Ayat 69)
11. Kekuatan Hati
Jika hati kita ikhlas kerana Allah, insyaallah akan dapat ganjaran dari Allah s.w.t. Cara2nya ialah mengamalkan point #1-point#10 di atas tadi, buat dengan ikhlas kerana Allah dan tinggalkan segala larangan dari Allah.. Insyaallah kita boleh menjadi muslim/muslimah yang unggul... Amin ... :-)
tq for sharing this, banyak ilmu dan panduan dala entry ni..
ReplyDeletewelcome...peringatan juga utk diri sendiri...
ReplyDelete