Jom Klik...

Kawan-kawan MaMa - Peminat 3H..:)

Monday, November 5, 2012

So sweet..:-)




“Sebenarnya dari awal perkenalan dengan Diana, saya terus terdetik dalam hati untuk menyunting dia. Tetapi kerana faktor usianya yang masih muda mungkin juga belum sampai seru ketika itu, justeru kami melewati empat tahun ini dengan belajar untuk membiasakan diri serta menjaga hubungan sebaik mungkin.

“Saya berdoa agar Diana menjadi isteri yang soleh mampu menjaga rumah tangga, menjaga saya selain bermohon agar perkahwinan ini kekal ke alam syurga,” kata Farid.

Dengan penuh rasa kasih DD menatap wajah Farid berkata, sukar untuk menggambarkan perasaannya kerana dia berasa amat lega, tenang dan gembira dengan kelancaran majlis.

Sekadar mengimbas semula pertemuan dengan DD di Balai Berita, sehari sebelum majlis pernikahannya, bintang filem Magika itu mengakui tidak sabar menantikan saat diijabkabulkan dengan kekasih hati.

Antara kenyataan DD pada pertemuan sekitar tengahari itu: “Can’t wait dan rasa excited sangat (berkahwin). Ingatkan dah tak dapat kahwin kerana usaha untuk mencari ayah DD sebagai wali tidak membuahkan hasil.

“Rumit jugalah di mahkamah tempoh hari sewaktu membuat permohonan menggunakan wali hakim. Mujurlah, segala bukti seperti emel dan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada ayah yang mana tidak satu pun mendapat maklum balasnya, diterima pihak mahkamah syariah.

“Saya bercakap kepada hakim, saya pun kalau boleh tidak mahu susahkan diri dan Alhamdulillah, setiap keikhlasan dan niat baik mendirikan masjid (rumah tangga), dipermudahkan segalanya olehNya.”

Manakala, ini luahan DD usai majlis pernikahannya: “Saya tidak terkata. Syukur sangat semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada keluarga mama yang datang jauh dari Perak dan keluarga baru (mentua) dari Kedah.”

Pada majlis cukup bermakna buat dirinya itu, DD juga tidak berasa sedih atau ralat tanpa kehadiran bapanya. Malah, bersyukur dikurniakan seorang ibu yang tabah dan sanggup mengenepikan segala kesedihan dan menguatkan dirinya untuk melepaskan satu-satunya anak yang dimilikinya dalam usia muda.

“Saya akan sentiasa menjaga mama. Farid juga begitu. Perkahwinan ini, tidak sedikitpun mengurangkan kasih sayang saya terhadap mama,” katanya.
Pada majlis ‘simple & sweet’ itu, Diana menerima mas kahwin RM10,000 dan wang hantaran RM20,000 mengikut nilai pelaburan emas.

Mempelai perempuan menerima lima dulang hantaran daripada pengantin lelaki yang berupa motosikal mini Kawasaki KSR 110, telekung dan al-Quran, cincin Tiffany & Co, wang hantaran dan sirih junjung.

Sementara pihak Farid pula mendapat tujuh dulang hantaran iaitu tepak sirih, sebentuk cincin dan dompet, sebuah album foto, sebuah motosikal mini, produk kecantikan Hugo Boss, majalah Polo International dan manisan.

Buat pertama kalinya juga, pasangan pengantin baru itu mempamerkan kemesraan mereka yang belum pernah disaksikan sebelum ini. Malah, Farid secara terbuka membongkar rahsia bagaimana detik mula cinta mereka bersulam.
“Kami bertemu di majlis Lord’s Tailor. Saya terserempak dengan mama dan terus bertanya, “Diana mana auntie?”. Kemudian saya bertanya lagi, Diana ‘single’ lagi ke tak? Saya tidak perasan yang dia di belakang saya.

“Ketika itu dia menoleh dan terus bertanya awak single ke tidak? Kalau awak single saya nak ajak awak jalan sekali nanti dan selepas itu kami tidak pernah jumpa.

“Satu hari saya menghubungi Diana. Saya mahukan dia untuk membintangi filem arahan saya. Dia tanya berapa banyak ‘scene’ dan saya kata tidak banyak. Tapi saya sambung ‘scene’ dengan dia di luar lokasi (ketawa).
“Sebaik kami meyakini bahawa hubungan ini serius, kami berdua sepakat untuk tidak terlalu ‘expose’ kerana mahu menyimpan sedikit kemanisan untuk saat-saat bahagia seperti hari ini. Baru boleh duduk rapat-rapat dengan dia,” katanya tersenyum.

Farid berkata, dia tertarik dengan DD kerana wanita itu berbeza, matang sebelum usia dan seorang yang tidak segan menimba ilmu.

“Tertarik dengan Diana kerana saya tidak pernah ada kawan mat salih (bergurau). Dia ada sesuatu yang sangat istimewa. Walaupun dia baru masuk 18 tahun masa saya jumpa dia dulu, tetapi pemikiran dan percakapan matang daripada usia. Bahkan, keinginan untuk memajukan diri dengan belajar pelbagai perkara, memikat hati saya,” katanya.


Manakala DD pula tertarik dengan personaliti Farid yang tenang, sabar, lucu, memahami dan sentiasa membuatkannya tersenyum.


“Dalam kesemua ciri yang dimilikinya itu, Farid juga sentiasa menjadi orang yang sering memberi dorongan dan sokongan, menampung emosi dan mental saya,” katanya.

Merancang untuk menikmati kemanisan bulan madu dengan melakukan ibadah umrah, bagaimanapun perancangan itu menurut Farid terpaksa ditukar memandangkan Disember ini, hanya jemaah yang mempunyai visa tertentu saja diterima masuk ke Makkah.

“Walaupun tidak dapat melakukan umrah, tetapi saya tetap mahu mengambil pakej bercuti untuk melawat kawasan berdekatan dengan Makkah,” katanya tidak menghalang DD untuk bergiat aktif dalam bidang lakonan.

Diajukan soal zuriat pula, DD yang menjawab soalan ini, berkata dia merancang mempunyai anak sebesar pasukan bola sepak. Namun, buat masa ini belum bersedia bergelar ibu dan hanya akan memikirkan hal itu dua tahun dari sekarang. Bagaimanapun, DD tidak menolak jika diberikan rezeki dalam masa terdekat.

Berhubung perancangannya menyambung pengajian di Australia, DD memaklumkan, hal berkenaan akan dimaklumkan sekiranya dokumen dan permohonannya diluluskan.

Pada majlis itu, Diana ditemani ibunya, Norsiah Ramli manakala pihak lelaki diwakili ibu dan bapa, Datuk Dr Zahari Che Dan dan Datin Sharifah Bardah Idid Syed Abdyllah Idid serta adik-beradik Farid.
Diana tampil ayu berhijab, mengenakan kurung putih dipadan batik rona merah jambu rekaan Wanpa. Manakala Farid memilih sut putih rekaan Andy masih segak meskipun hanya bercapal.

Kesempatan sama turut dimanfaatkan untuk menemubual ibu DD, Norsiah Ramli yang ditemui sempat menitipkan pesanan ringkas buat puteri tunggalnya itu.

“Memang berat hati mama melepaskan DD kerana dia satu-satunya harta yang mama ada di dalam dunia ini. Namun, demi kebahagiaannya, mama relakan. Harapan mama, agar Farid mampu menjaga, menghargai dan menyayanginya seumur hidup. Begitu juga mama harapkan DD moga dia menjadi isteri yang taat dan membahagiakan suami.

“Mama sedar, bagi wanita yang sudah berkahwin segala fokus kini beralih kepada suami dan rumah tangga. Pun begitu, mama mengharapkan hubungan mama dan DD takkan pernah terpisah sekalipun dia berkahwin,” katanya.

- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments:

Post a Comment

Free Personal signatures - cool!

TEXTAREA_ID

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Stick Figure Family at FreeFlashToys.com
Make your Stick Figure Family at FreeFlashToys.com