Jom Klik...

Kawan-kawan MaMa - Peminat 3H..:)

Tuesday, July 30, 2013

Alhamdulillah..rezeki Ramadhan


Alhamdulillah...tak menang tangan dibuatnya...dr amik stok..amik gambar..amik order..packing..semuanya buat sendiri...huhu...tido pun mata ni  nmpk bayang tudung jer....InshaAllah ada rezeki hujung tahun ni boleh pindah ke kedai yg lebih selesa dan bole ada staff sorang dua.....amin....


minggu ni last day utk urusan poslaju klu nk pastikan semua tudung-tudung yg diorder online boleh  sampai sebelum raya...terima kasih utk abg poslaju pickup yg byk membantu..byk memudahkan kerja saya xperlu nk hangkut berkotak2 ke pejabat pos....
semoga Allah memberkati usaha kita semua...




utk pembelian online boleh like pages : Chenta Watie Scarf ( Nur Elena )

atau walk in ke BUTIK CHENTA ABADI
 di alamat 1A, Jln Utama 43, Tmn Mutiara Rini , Skudai / 018-7846643

Sunday, July 28, 2013

Berbuka @ rumah maklong 3h


    Alhamdulillah...beraneka juadah..kalah   buffet ramadhan @ hotel 5 bintang..:-)



               Kanak-kanak riang..


 
Nasib dah malam...kalau tak mmg dh terjun dah budak sorang nie...dpt cuit2 air kat kaki pun dah kira oklah tu



2-3 hari jugak update belog rupanya...bz shopping raya plus settlekan semua order2 tudung cws sebelum raya ni...alhamdulillah syukur dgn rezeki dariNya

Tuesday, July 23, 2013

Selesai shopping baju raya 3H



tahun lepas pun shopping kat sini..parkson Holiday Plaza...lega rasanya dh settle baju raya utk 3h...bukannya senang nk beli bj raya dorang ni masing2 semua buat perangai...xboleh nk sabar...nk try satu -satu...huhu..sabor ajerlah.....


nampkanya tahun ni dh xde nak beli gaun2 ala2 princes...
humaira pun dh besar nak pakai seluar ajer...



pasni sambung kat JUSCO pulak ...beli baju tidur n seluar utk hadif ....
utk mama dan papa...last minit pun xpe..yg penting xboleh bawa 3h...baru tenang nk shopping nnti....:-)


Monday, July 22, 2013

Buku Mudahnya menjemput rezeki..percuma utk 5 org pertama...;-)



Buku yang sangat bermanfaat utk kita semua...
banyak kisah-kisah menarik utk dijadikan pedoman begitu juga dgn amalan-amalan yg perlu diamalkan utk menjemput rezeki..sesungguhnya mmg benar begitu mudahnya menjemput rezeki Allah yg terbentang luas utk hamba2Nya yg dikasihi.....

sesiapa yg berminat boleh add fb : Kay Azlen
senaskah hanya rm18 shj...manakala buku mini RM1.50 sesuai utk dihadiahkan utk dikongsi bersama insan-insan tersayang.....

berita baik utk pembaca setia blog MaMa3H ...
5 org pengomen pertama entry ini akan mendapat  buku mini ini secara percuma...
klu xbole nk komen boleh terus sms / wassapp ya..
anda boleh sms/wassapp 018-7846643 utk urusan penghantaran....



" katakanlah : "sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan (siapa yang dikehendakiNya)".Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantikannya dan
 Dia lah Pemberi Rezeki yang sebaik-baiknya."

Surah Saba':ayat 39


Saturday, July 20, 2013

Resepi Puding Roti...


agak2 roti dh nak expired...bolehlah cuba buat puding roti ni....

dah tahu bulan puasa beli gak sebuku roti gardenia ni...sapalah yg nk makan...
.tgk2 dah nak expired..so apalagi terpaksa buat puding roti...
sayang pulak nk buang rezeki.....;_)


       
BAHAN A
          2 Cawan susu segar dutch lady
          8 keping roti gardenia

BAHAN B
4 sudu makan gula halus
2 sudu makan mentega
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanila
1 sudu makan tepung jagung atau tepung gandum

BAHAN C-KUAH **
1 tin susu cair
2 sudu makan tepung kastard
2 sudu makan gula biasa

**masak dgn api yg kecil ya


CARA-CARA

KOYAKKAN roti dan rendamkan dlm susu segar tadi selama 15 minit...

Letakkan semua bahan B tadi iaitu telur, mentega, gula halus, esen vanila dan tepung jagung ke dalam bekas..kacau sekata ..pastu baru tuang kat roti td.

dah sebati semua tu masukkan dlm loyang siap sedia utk dibakar ...
kat loyang td jgn lupa sapukan butter sikit kat bawah tu...

pastu masuk dalam ketuhar pada suhu 180C selama 30 minit.

ok siap


selamat mencuba




Friday, July 19, 2013

Assalamualaikum


    Al-quran lah penenang jiwa yang resah..peneman di kala kesunyian..pengubat luka di hati

Wednesday, July 17, 2013

Resepi Kuah singgang...senang dan cepat siap


first time masak resepi yg simple ni...main campak2 jerk..
sedap jugak makan panas 2 waktu berbuka...

Resepi campak-campak jerk

bawang kecil - 2biji
bawang putih - 1 biji
halia - 1 inci
kunyit - 1 inci
lengkuas - 1 inci
cili padi - 3-4 biji
** semua tu mayang halus
ketuk serai
asam keping

tumis semua bhn yg dimayang tu sehingga naik bau
masukkan air 2 cawan...tunggu mendidih masukkan ikan
masukkan serai + asam keping....garam

siap...;-)



PENTING NYA DOA UNTUK AHLI KUBUR:



Dalam hadis yang lain disebutkan:



“Tidaklah kamu bersedekah untuk orang yang telah meninggal, kecuali malaikat mengambilnya di puncak cahaya yang sinarnya memancar sampai ke tujuh langit, kemudian ia berdiri di tepi liang kuburnya seraya memanggil: Assalamu’alaikum wahai penghuni kubur, keluargamu memberikan hadiah ini untukmu, lalu penghuni kubur itu mengambilnya dan membawanya ke kuburnya, sehingga menjadi luaslah tempat pembaringannya.” Kemudian Imam (sa) berkata: “Ingatlah, barangsiapa yang menyayangi orang yang telah meninggal dengan sedekah, ia memiliki pahala di sisi Allah sama dengan pahala orang yang berperang di perang uhud; dan pada hari kiamat nanti ia akan mendapat naungan arasy Allah, hari tidak ada naungan kecuali naungan arasy. Dengan sedekah orang yang hidup, yang meninggal dapat diselamatkan.” (Jami’ul Akhbar: 169)....


sama2 lah kita doakan untuk ahli keluarga kita....in sya allah.....masa kita akan tiba jua.....



Tuesday, July 16, 2013

Ikan Merah masak stim



en suami nak makan ikan merah masak stim...so ahad lepas dh g beli ikan kat pasar..so mmg dia yg pilih..mmg cerewet bab nk pilih ikan2 nie...ikan merah ni ada 2 jenis....laut atau bela...kalau laut kaler merah tu lebih cantik n kurang lendir sikit....isi dia pun lebih manis....

alhamdulillah...resepi semalam...ikan merah masak stim / sotong goreng kari / kangkung goreng / tempe goreng / beli dr param ayam + puyuh percik..sepanjang ramadhan ni baru sekali beli kat luar itu pun mama request seminggu sekali xmo masak...rehat.....:-)......lgpun air tgn isteri / ibu kn lagi berkat...;-)


boleh tgk resepi ikan masak stim kat SINI





sempat gak buat puding roti...



ribena laici utk 3H...papa & mama air Katira abu bakar...



baru arini rasa nk pos entry makan2.....harap x tergoda lah ya....:-)

Tips Kebahagiaan Anak dari Prof. Dr. Muhaya





Tips Kebahagiaan Anak dari Prof. Dr. Muhaya
====================================

Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.

Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.
6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .
8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]
9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.



p/s-sama -sama kita pertingkatkan ilmu dalam mendidik anak-anak...semoga anugerah ini akan menjadi saham akhirat utk kita semua...amin

Monday, July 15, 2013

Rania Lycra Ekslusif terbaru dari CWS



Dapatkan koleksi terbaru dr Chenta Watie Scarf
dengan harga serendah rm60 shj...










byk lg pilihan ...boleh like pages...

Sunday, July 14, 2013

Hishhh jangan kacau...;-)


Hadif & Ica



Harraz


Hadif  + Ica = Harraz....:-)



   tiga bersaudara

KISAH BUDAK PENJUAL KUIH



KISAH BUDAK PENJUAL KUIH (Terharu punye kalau bace!)

Selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? " ar-rahman

sumber :pages Alumni atau Bakal Alumni Program Dr.Azizan Osman 

Saturday, July 13, 2013

Hebatnya dia di sisi Tuhan….




Sebaik sahaja keluar daripada kereta setelah meletakkannya di lot parkir universiti, saya disapa dengan ucapan salam serta sekuntum senyuman oleh seorang anak muda. Menerima sapaan ikhlas seumpama ini hampir menjadi rutin sebelum memulakan jadual harian kerja setiap pagi sejak 6 bulan yang lalu dengan kehadiran tukang kebun yang istimewa ini.
Apa tidaknya, beliau sentiasa memulakan tugasnya membersihkan laman universiti setiap awal dan sentiasa ceria dalam bekerjaya. Belum sempat saya memulakan salam, beliau lebih pantas mendahuluinya dengan senyuman  manis yang terserlah keikhlasannya.
Terdetik di dalam diri keinginan untuk berkenalan lebih lanjut dengannya tetapi tidak berpeluang. Di permulaan Ramadhan hari ini, saya ke surau lebih awal dengan hasrat untuk meluangkan sedikit masa untuk membaca al Qur’an di bulan mulia ini.
Sebaik sampai ke surau, saya dapati sepasang selipar di situ dan kedengaran bunyi air bagaikan seseorang yang sedang berwuduk. Tanggapan saya benar, apabila saya dapati anak muda yang ingin saya temui ini sedang bersiap-siap untuk bersolat.
Seusai mengimami solat zuhur, saya mendekati beliau yang sedang tekun bertadabbur. Saya mengambil keputusan untuk berkenalan lanjut dengannya.
Dr Z                      Assalamu’alaikum. Apa khabar?
MA                       Wa’alaikum salam. Khabar baik tuan.
Dr Z                      Siapa nama ya?
MA                       Nama saya Muhamad Adnan Bin Muhamad Sadiq.
Dr Z        :               Berapa umur sekarang?
MA                       Sekarang saya 27 tahun.
Dr Z                      Asal daripada Dakka ke?
(Saya cuba meneka kerana tidak tahu banyak mengenai bandar-bandar di Bangladesh jika dibandingkan dengan lokasi di Mesir, Jordan dan Arab Saudi yang kerap saya kunjungi)
MA         :               Bukan, kampung saya lebih kurang 2 jam naik kereta dari Dakka.
Dr Z        :               Sudah berapa lama bekerja di Malaysia?
MA         :               Saya sudah 7 tahun bekerja di Malaysia, di IMU ini baru setengah tahun.
Dr Z        :               Bila mahu kahwin? (saya cuba mengusiknya)
MA         :               Saya belum fikir pasal kahwin tuan.
Dr Z        :               Berapa dapat sebulan gaji di sini?
(saya tak tahu pendapatannya kerana dia diambil bekerja di IMU (tempat saya bekerja) melalui agensi)
MA         :               Alhamdulillah, di sini saya dapat RM 750 sebulan.
Dr Z        :               Boleh cukup ke sara hidup dengan RM 750 sebulan.
MA         :               Ini cukup-cukup sahaja. RM 180 untuk sewa rumah. Lain-lain untuk makan, bil letrik dan telefon ( dia menyewa sebuah rumah kayu yang kecil di Seremban). Sebelah petang dan hujung minggu, saya akan potong rumput di rumah orang di sekitar Seremban. Satu rumah dapat RM 40-50 dan satu bulan saya boleh dapat antara RM 800-1000.00.
Dr Z        :               Berapa banyak hantar duit ke Bangladesh setiap bulan?
MA         :               Semua duit potong rumput saya akan simpan dan kirim ke Bangladesh, lebih kurang RM 800-1000 setiap bulan.
Dr Z        :               Buat apa dengan duit kiriman tu?
MA         :               Bantu ayah-emak saya yang sudah tua dan saya juga minta mereka belikan tanah di sana. Alhamdulillah, saya sudah ada sawah padi di Bangladesh dan sekarang saya upahkan orang kampung saya untuk tanam padi.
Dr Z        :               Subhanallah. Hebatlah kamu Adnan….Saya berbangga dengan kamu.
MA         :               Alhamdulillah, syukur kerana Allah beri saya rezeki di Malaysia.
Dr Z        :               (sambil membelek naskhah al Quran yang dipegang sejak tadi, saya dengan sengaja ingin menguji tahap kemampuannya membaca al Quran). Boleh ajarkan saya al Qur’an?
MA         :               Insya allah boleh (sambil tersenyum).         
Dr Z        :               Kamu hafaz 30 juzuk al Qur’an ke?
MA         :               Alhamdulillah…sejak saya kecil. Kira-kira 3-4 tahun semasa bersekolah rendah, saya dapat menghafaz 30 juzuk al Quran.
Dr Z        :               Subhanallah…(saya mengetap bibir kerana rasa malu bercampur kagum dengan si anak muda tukangkebun dari Bangladesh ini).
Dr Z        :               Ok Adnan, saya nak masuk semula ke pejabat. Lain kali kita boleh berbual-bual lagi.
MA         :               Baik tuan. Ramadhan kareem… dia beredar dengan senyuman.
Di dalam hati, tersemat rasa kepuasan yang tidak berbelah bagi kerana dapat bertemu dengan anak muda yang kelihatan ‘biasa’ dan mungkin dipandang ‘lekeh’ oleh orang ramai. ‘Hanya seorang tukang kebun’, ‘Bangladesh’ pulak tu….
Siapa dia dan siapa kita di sisi Allah swt….?

Friday, July 12, 2013

Makan-makan sebelum Ramadhan



Bukan senang nak dapat berkumpul semuanya ada...satu keluarga sebelah en suami..mmg selalu berjumpa tapi jarang sekali nk dpt berkumpul semua selain dr hari raya...walaupun semuanya berada di negeri yg sama....

 2hari sebelum ramadhan sempat kami ber steamboat bersama-sama...;-)

dan habis licin baru teringat nak bergambar kenangan....


abang dan menantu sulung...;-)



rindunya bau baby...tetiba rasa mcm nk bb sekarang jugak.....:-(
ahli keluarga paling junior Hanis Qhayra Rania dh nk masuk 3 bulan 
ank pakngah & makngah 3H



ngan makngah 3H aka owner Chenta Watie Scarf...




1 Ramadhan dh berbuka dirumah pakcik3h...nnti tiba giliran rumah kami pulak...

Free Personal signatures - cool!

TEXTAREA_ID

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Stick Figure Family at FreeFlashToys.com
Make your Stick Figure Family at FreeFlashToys.com