Jom Klik...

Kawan-kawan MaMa - Peminat 3H..:)

Tuesday, January 26, 2016

Pengalaman Melahirkan secara C-Zer

sambungan entry lepas...
sorry berkurun baru dpt sambung.ni pun curi2 masa bby tgh tido dgn amannya

2 hari  setelah bermalam dgn penuh debaran di HSI akhirnya hari ketiga nurse dtg bgtau inkubator semua dh ready dan boleh siap sedia utk operate 8pm mlm ni. Aduhai bergegar jantung rasanya.Dupdapdupdap. Sempatlah 4x inject Dexa utk matangkan paru2 bby. Sakit jugak tau rasanya.Inject kat bun***.

Dah start kena puasa. Dlm 9pm dah disorongkan ke bilih bedah.Macam masuk satu dunia asing serba serbi mcm pelik dlm tu bercambur pulak dgn debaran yg tiada kesudahan. Lepas dah kena bius separuh sedar...makaih sejuk sampai ke tulang dlm bilik tu.Macam2 doa & zikir tak lekang dibibir.

Dh terbaring dlm bilik tu mmg xnampak sbb kena tutup kat bahagian dada x nampak apa yg dorang buat..cuma rasa gegar2 dan dengar org nyanyi2 riang dan berbual2.Dlm kesejukan akhirnya dengar jugak suara azimat bby menangis.baby boy selamat dilahirkan pada 11/11/2015 jam 11pm .Berat 955gram shj. Alhamdulillah syukur bby selamat keluar.
Tapi mmg x dpt tgk pegang mcm biasa..sepantas kilat nurse bersihkan bby dan terus bawa ke NICU katanya. Nurse bgtau maaf xdpt tunjuk bby sbb kondisi bby yg kecil takut jangkitan kuman dan apa2 kemungkinan boleh berlaku.Redha ajerlah.serahkan segalanya pada Allah.

 Masih sedar seperti biasa.Nak tunggu bius habis tunggu kat bilik luar dlm kesejukan.Setelah setengah jam baru dihantar ke wad. Beberapa jam kemudian en suami dtg bgtau dh azankan baby tp x dp pegang bby dlm inkubator di NICU dpt tengok shj.

Bermulalah duduk di wad tanpa bby disisi.Hari kedua baru gagahkan juga naik wheelchair ke NICU utk melihat zuriat ke-4.Allah shj yg tahu perasaan melihat bby sebesar 955g dgn wayer tiub yang berselirat di badan.Nangis lihat besarnya kuasa Allah dan hebatnya bby ni berjuang utk melihat dunia. Mama kena kuat utk bby ini seperti mana dia kuat.

seminggu juga di wad sbb hari keempat ada leaking kat tempat jahitan.Alhamdulillah x serius dan x perlu jahit semula.

bermulalah episod berpantang tanpa bby disisi dan berulangalik ke NICU dgn seribu satu perasan yg xdpt digambarkan.

 Segala pengalaman kali ini mendekatkan lagi diri yang hina ini pada Allah kerana Dialah sebaik-baik perancang utk hamba-hambaNya.
 

2 comments:

  1. semoga dipermudahkan dan baby dapat keluar cepat yer. aaminn. saya dulu anak lahir 1.9kg tapi Alhamdulillah tak perlu duk inkubator dan boleh terus discharge tapi prolonged jaundice pulak.

    ReplyDelete
  2. Dear eliss mie..bby dh boleh balik 11/1 hari tu..alhamdulillah membesar dgn sihat

    ReplyDelete

Free Personal signatures - cool!

TEXTAREA_ID

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Stick Figure Family at FreeFlashToys.com
Make your Stick Figure Family at FreeFlashToys.com