Jom Klik...

Kawan-kawan MaMa - Peminat 3H..:)

Saturday, July 31, 2010

Menunggu matahari terbenam...

huhhhhh...tajuk tu macamlah kitaorg ada kat sabah negeri di bawah bayu atau di tepi pantai yang indah.....takde maknanya.....nie masa weekend yg lepas temankan papa main kapal terbang.....balik sakit leher asyik mendongak jer.....

apappun papa mmg dah terror main kapal terbang....dah boleh pusing2 terbalik kat atas nun....sampai nak amik gamba pun xdpt...tinggi sangat....cayalah....




2 beradik tengah tengok kapal terbang papa di udara

kalau kapal terbang betul2 kan best....

kan bagus kalau dulu2 belajar jadi pilot....kui..kui...kui...

Friday, July 30, 2010

Kupekakkan telinga...dan butakan mata..demi keranamu...





Dengar jer papa nak g main heli kat Dato'Onn...mama pun apalagi terus cakap nak IKUT...pelik gak papa...sbb x pernah pun sebelum ni..bukan nak ikut..cuma nak tumpang ke JUSCO Tebrau...sbb nak makan aiskrim....heheh...saja nak cari pasal..tekak pun dah gatal nie...



Disebabkan jln jam..pastu papa xleh nak ikut shortcut..sbb nak ke JUSCO...so bermulalah leteran sepanjang perjalanan..huh..tahan jerlah telinga kan..kan..kan..perjalanan yg sepatutnya 10 min jer dah jadi 30 min...maunya x marah.....hehe.....



disebabkan tgh marah agaknya..so turunkan mama pun nun jauh dari pintu masuk.....menapaklah mama..dengan penuh kesabaran...jauh tu dah lah pakai kasut tinggi.....:(



balik pun sampai tersesat..dah kena tawaf satu JUSCO..tak ke haru......tobatlah...xmau buat perangai lagi.....papa kata...:tulah kalau xnak dengar cakap suami.....





OKlah..lepas ni boleh cari kat JUSCO Bukit Indah jer...
dekat sikit..boleh g sendiri...:)


Sweet Cute Baby Smile Contest

Contest : Sweet Cute Baby Smile Contest

Anjuran : IntankuTerpilih

Penaja hadiah :Baby Ku Cute Collection






Inilah gambarnya....


Nama : Muhammad Hadif Imran
Umur : 2 Tahun
Nama Ibu : MaMa3H @ Dina

Thursday, July 29, 2010

Lima Murid Sekolah Dinodai

Oleh Suraya Roslan
surayaroslan@hmetro.com.my
2010/07/29 PETALING JAYA: Seorang pemandu van sekolah dipercayai merogol lebih lima murid perempuan berusia 10 tahun yang dibawanya di sekitar daerah ini sejak minggu lalu.

Suspek yang berusia 51 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan terbabit dalam van sekolah dipandunya.

Difahamkan, suspek tidak segan silu merogol mangsa pada siang hari dan di kawasan sesak dengan orang ramai. Menurut sumber, dalam kejadian terbaru Isnin lalu kira-kira jam 12.40 tengah hari, seorang guru tadika yang melalui kawasan luar sebuah sekolah di Jalan Othman di sini, terkejut apabila melihat seorang murid perempuan yang masih berpakaian seragam dirogol dalam sebuah van.


Difahamkan, guru tadika berkenaan membuka pintu van dan menarik murid itu daripada menjadi mangsa rogol lelaki terbabit. Mangsa berjaya diselamatkan guru itu dengan bantuan dua anggota polis peronda yang melalui kawasan kejadian.


“Lelaki terbabit ditahan manakala mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan,” katanya.


Sumber berkata, mangsa mendedahkan perbuatan pemandu van terbabit yang merogol lebih daripada lima murid sekolah yang dibawanya. “Selepas pemandu terbabit mengambil murid yang menggunakan khidmatnya, dia akan menetapkan sasaran mangsanya dengan menghantar murid berkenaan terakhir sekali sebelum merogolnya.


“Pemandu itu turut mengugut mangsa supaya tidak melaporkan kejadian itu kepada sesiapa,” katanya. Jurucakap polis berkata, pihaknya percaya suspek sudah lama aktif dan mungkin lebih daripada lima murid sekolah menjadi mangsanya. Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan menerima laporan itu dan suspek kini direman empat hari sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.


“Kes ini masih dalam siasatan dan kami cuba mengesan mangsa lain,” katanya yang enggan mengulas lanjut. Sementara itu, dalam kejadian berasingan di Kelana Jaya, Arjunaidi berkata, seorang murid tahun enam dicabul seorang pemandu van berusia 37 tahun.


Dalam kejadian kira-kira jam 6.40 pagi itu, mangsa dipercayai seorang diri di dalam van sekolah sebelum suspek memegang kemaluan mangsa.


Menurutnya, mangsa yang terkejut dengan perbuatan itu menjerit meminta tolong sebelum keluar dari kenderaan itu dan melarikan diri.


“Setakat ini, kami masih mengesan suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya

Bila PaPa xde...anak pulak demam....

PaPa 3H berkursus ke Melaka - 3 hari...masa ni gak kak long demam...balik sek keb sgt jer dia dah mengadu sesak nafas..xnak g sek agama.....oklah lepas makan ubat terus tido....lepas tu time maghrib lepas Mama buka puasa dan nak siap2 g tuisyen....badan dah makin panas...pastu statement yang xleh tahan nak dengar tu ; kalau papa ada, mesti papa dah bawak hasya g klinik...huhu terus cancel g tuisyen & bawa dia g klinik.....harini pun x sek...dahlah exam...:( semoga cepat sembuh yer sayang.....





macamnilah kak long kalau demam...tu yang buat mama risau...



kalau terlambat ke apa ke mesti lagi teruk...huhuh








tapi...budak ini sorang...tetap ceria.....


peace....:)




sebelum turun kereta kat klinik Humaira siap ingatkan....
mama bawak camera,..nanti boleh amik gambar......
hehehe..like mother like doter....:)

Wednesday, July 28, 2010

Bila kak Ngah kepingan adik perempuan...:(

Makanya

hadif bertukar menjadi

H.A.D.I.F.A.H

-

-

-

-

-

-

-


dikerjakan oleh Kak Ngah sorang nie......


Namun......
H.A.D.I.F tetap H.A.D.I.F
Jejaka tampan dihati Mama & Papa - Kak Long & Kak Ngah....







sekian...:)

Pengalaman Nurul Fatin kereta bapa dilarikan penjenayah

IPOH 27 Julai - Tempoh hampir dua jam semalam tidak mungkin dapat dilupakan Nurul Fatin Zulkifli dan adiknya Siti Haida, 6, seumur hidup mereka.

Sepanjang tempoh itu, dua beradik tersebut terpaksa menahan ketakutan apabila berdepan tiga penjenayah yang melarikan kereta milik ibu bapanya yang sebelum itu berhenti di hadapan sebuah kedai gambar.

Bagi Nurul Fatin, 17, dia terkejut apabila tiga lelaki tiba-tiba meluru masuk ke dalam kereta jenis Honda Accord milik bapanya, Zulkifli Ahmad, 48.

"Sejurus ibu bapa saya keluar dari kereta dan memasuki kedai gambar, tiga lelaki itu muncul dan melarikan kereta ayah.

"Salah seorang daripada lelaki itu yang duduk di kerusi belakang mencekik leher saya, menarik rambut saya supaya saya tidak membuat bising dan menoleh ke arah mukanya.

"Saya begitu takut kerana ketika itu, hanya saya dan adik berada dalam kereta," kata pelajar tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Panglima, Asam Kumbang, Taiping di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, Nurul Fatin dan adiknya berada dalam kereta yang dipandu bapanya sebelum keluarga itu berhenti di hadapan sebuah kedai gambar di Jalan Sagor, Kuala Kangsar kira-kira pukul 9.20 malam tadi.

Sebaik sahaja Zulkifli yang merupakan Penolong Pegawai Pemerintah di 50 Rejimen Askar Jurutera Diraja Kem Bukit Higate, Kuala Lumpur masuk ke dalam kedai bersama isterinya, Fauziah Shafie, 44, kereta itu dilarikan penjenayah terbabit.

Menurut Nurul Fatin, sepanjang tempoh dua jam itu dia diancam akan dicederakan oleh penjenayah tersebut sekiranya membuat bising.

Bagaimanapun, kedua-dua beradik itu kemudian ditinggalkan di tepi jalan di Liman Kati, Kuala Kangsar, kira-kira 40 kilometer dari lokasi kereta mereka dilarikan, pukul 11 malam ini.

Sementara itu, Zulkifli ketika dihubungi berkata, dia keluar bersama keluarganya untuk pergi ke kedai gambar di pekan Kuala Kangsar sebelum kejadian itu.

"Hanya dalam tempoh sekelip mata, saya nampak kereta saya yang diletakkan betul-betul di hadapan kedai dilarikan tiga penjenayah.

"Saya terus menghubungi IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Kuala Kangsar dan menghantar SMS (khidmat pesanan ringkas) mengenai kejadian ini kepada semua rakan saya.

"Saya bersyukur kerana akhirnya, anak saya selamat ."


-huhhhh....ngeri bila baca berita nie..mama mmg selalu tinggalkan 3h dlm kereta klu nk g kedai kejap jer...tp dah siap pesan suruh kunci & jgn buka kalau ada org ketuk pintu....& kalau papa g isi minyak pun kekadang malas nak kunci pintu....mmg betul malang x berbau...sebagai peringatan selepas ni perlu lebih berhati-hati...walaupun seminit.....semuanya boleh berlaku....-

Tuesday, July 27, 2010

Ole-ole Bowl, IOI Mall Kulai


gambar2 masa main bowling tempohari....
mama x main pun...sbb sakit tangan dan xreti pun....
drpd masuk longkang jer baik bg kat org lain jer yg lebih terror...






















makan time..



pengikut setia



terima kasih kepada semua yang terlibat.....:0
nantikan program utk Ramadhan nanti...

Monday, July 26, 2010

Berhujung minggu bersama staf & pelajar PTAB

Berhujung minggu bersama2 dengan warga PTAB tersayang...sesekali beriadah bersama mereka....takan asyik nak belajar jer kan....rehatkan minda cergaskan badan sebelum nak puasa & trial exam yang bakal menjelang x lama lagi....terima kasih kepada semua yang terlibat.....:)





kami ke sini.......





nanti sambung lagi yer....
ada urusan utk ke JPJ, AIA & Bank pagi nie ...
jumpa lagi.....

Friday, July 23, 2010

Susahnya nak cari gambar mereka bertiga..

Jenuh sebenarnya nak tukar header kat atas tu....nak cari gambar 3H yang semuanya tgk camera...x jumpa2...kalau ada 2 tgk lagi sorang x tgk....atau sorang lagi masam x mau senyum....huhhhh..xleh nak dekat asyik nak gaduh jer memanjang.....penin kepala mama dibuatnya...oklah buat masa ni...guna jerlah gambar ntah tahun bila tu .....tahun 2009..nanti ada gambar terbaRU mereka bertigA ...boleh tukar lagi......:)
ok..masa utk masak for dinner....

Mee maggi cepat dimasak....sedap dimakan...

Inilah gayanya bila anak kelaparan...
dan bila peti sejuk kosong
..dan bila mama malas nak masak...sebenarnya...
hehee..sila jangan tiru ok...
amalkan pemakanan yang sihat untuk si kecil anda...:)






15 Tip menjadi Isteri Solehah

Sumber : Mingguan Wanita
9-15 Julai 2010


1. Tunaikan tanggungjawab kepada suami dengan sebaik mungkin.Layan suami dengan lemah lembut.

2. Masak makanan kegemaran suami.


3. Raikan hari lahir suami dan hari ulangtahun perkahwinan.


4. Temankan suami apabila dia sakit.

5. Jaga penampilan diri dan percakapan.


6. Pastikan bilik tidur sentiasa kemas & bersih. Cetuskan mood romantik di bilik tidur.


7. Sentiasa memberi sokongan moral kepada suami.


8. Jaga maruah dan harta benda suami dengan baik.


9. Sentiasa tunjukkan kasih sayang seperti memberi ciuman atau pelukan.


10. Manjakan suami dengan layanan istimewa.


11. Minta maaf jika melakukan kesalahan. Maafkan suami, jangan menghukum pasangan.


12. Luangkan masa melakukan aktiviti bersama suami.


13. Jangan melakukan perkara yang tidak disukai oleh suami.


14. Usah cabar pasangan.


15. Berdoa agar rumahtangga bahagia dunia dan akhirat.



Sama-samalah kita berdoa agar diri ini istimewa dipandangan suami & sejuk mata suami apabila memandang.....:)



Sekadar gambar hiasan....

Mama doakan agar kalian berdua menjadi anak-anak yang solehah

Thursday, July 22, 2010

3H berPhotoshoot

photoshoot ni masa mama tengah sedap menjamu selera kat majlis pertunangan tempohari...tgk papa dah selesai makan..so mama memberi tugasan utk papa amik gambar 3H pulak.....:) nasib baik nak dilayan....tq papa.....
















lastly...
dah panas agaknya...
tudung pun dah terbang ntah ke mana...:(

Menunggu suami yang belum pulang...:(

Jam dah 12.15am...tapi suamiku belum pulang lagi..sementara nak tunggu balik...godah-godek blog ini...dah jadi sebegini rupa dah...huhu..harap xde yang sakit mata dengan layout baru ini...sekali2 buat perubahan...blog berubah rumah pun harus berubah..dah nak raya nie..paling kurang pun langsir harus berganti baru kan..kan...baru ada suasana raya...hish...puasa pun x habis ganti dah nak cerita pasal raya....oklah sebelum nak merapu meraban..baik tutup lappy nie n solat...pastu tido...esok nak puasa lagi dan nak bangun sahur....

Wednesday, July 21, 2010

Giveaway - Jija's Lovely Cottage

nak join klik sini

tarikh tutup 31 Julai 2010

nak tag : Mumy - Nowwa - Farhana - Anje - Suziey

Ganti puasa

sedar x sedar x sampai sebulan jer lagi nak puasa kan....huhhh..cepat betul masa berlalu...yang pasti Ramadhan di nanti dengan penuh kesabaran , masa untuk melipatgandakan lagi amalan yang kekurangan..InsyaAllah...oleh itu...perlu mama gagahi juga diri ini untuk menggantikan puasa yang masih berbaki 5 hari....bermula semalam dah puasa....lepas tu seharian urusan di luar rumah ...ke UTM, SSM, test drive keta baru, dengan panas terik pastu hujan jap...balik nak masak lagi...last2 lepas maghrib terus pengsan...tuisyen pun terpaksa dlm mimpi jer....maaf yer...papa kata baru sehari ganti dah camni...hehe...manja sangat..SEMALAM rehat...hari ni sambung puasa semula.....InsyaAllah....



Tuesday, July 20, 2010

Majlis Pertunangan @ Klang



Tarikh : 17 Julai 2010 ( Sabtu ) BerTempat di Klang Selangor


kami berombongan ke Klang untuk Majlis Pertunangan pak cik 3H a.k.a adik papa 3H...bertemakan putih & hijau...sangat cantik...& sweet.....


inilah pilihan hati pakcik...3H





upacara menyarung cincin...






ratu hantu posing....hehehe






kami semua doakan semoga pertunangan ini berkekalan hingga ke majlis perkahwinan tahun depan....amainnn

Monday, July 19, 2010

CC - Dari JB ke Klang

Inilah cupcakes yang sempat ditempah oleh mama dari LOYANG KUIH untuk majlis pertunangan pak cik 3H

p/s- yg sedihnya bola sampai kat Dengkil...tengok2 dah terkemek..bahagian atas kotak tu dah melekat ngan cream tu...huhuh...ni mesti hasya terletak brg kat atas kotak nie......haru biru dibuatnya...sib baik dh siap2 repair...oklah jugak cuma adalah cacat sikit....apapun harap ina sekeluarga suka yer.....TQ juga utk kak leen...tokey..loyang kuih....

Friday, July 16, 2010

Sanggul arab trend terkini.....

Trend terkini....

di gayakan oleh model cilik


siapa lagi kalau bukan adik Hana Humaira



sambil ditemani oleh adik kesayangan dia...





BERMINAT.....????
DEPOSIT RM 50.....:)

inilah gayanya setiap kali nak solat ngan mama.....sibuk nak cari getah nak ikat skop dulu...huhu..nak tunggu dia pakai telekung pun dah dekat 5 minit....nak kasi betul2 ...x nampak rambut lagi...takpe ..layan kan sajalah....sementara nak tanamkan semangat untuk solat dari kecil...ikutkan saja....semoga menjadi anak yang solehah...aminnnn


Thursday, July 15, 2010

Dasyatnya Doa Seorang Ibu



Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu



Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik

Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah

*** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak

Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya

Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka
� Melihat kaabah sehingga menitis air mata
� Membaca quran sehingga menitis air mata
� Memandang wajah ibu yg sedang tidur / sedar hingga berlinang air mata

3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
� Anak
� Ibu
� Suami
Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk laa muka bila dia tidor kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah J

Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira tak menangis teruk laa..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu

Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu

Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan takut

Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai

*** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik

Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal”
� “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”
� *** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita
� Tapi geng kalau sedekah RM1 takkan nak tuntutkan J

Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah

Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, then cakap dengan Allah
� “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini”
� “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini”
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.

*** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita telah tiada!

*** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup
� Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia engok cucu mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana.

Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam next time

Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan

Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!

*** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana.

Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah

*** Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita

Selalu Bergaduh Dengan Ibu
Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka
� Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar
� Saka dipindahkan melalui Kasih sayang/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan
� Symptom dah terkena saka
Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena
Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar
Susah nak dapat anak, senang gugur
Ada rasa kelibat orang lalu
Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan

Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.

3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia. Kalau dapat ni pi laa perawatan cara islam jugak.

Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan

Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari


Anak Lari Dari Rumah
Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari

Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya


Anak Degil
*** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
� Ni seram sket masa nak buat hehehe..mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia

You can ask anything! Nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.

Wednesday, July 14, 2010

Kuasai ilmu kekayaan & kejayaan




Dr Azizan Osman
Mentor Kekayaan & Kejayaan
Dapatkan Majalah Sukses Edisi 11 untuk cover page story saya....
www.HidupLuarBiasa.com


Siapa yang nak hidup biasa-biasa?
Siapa yang nak hidup tertekan dengan masalah duit, hutang, tekanan hidup, tension, kebocoran wang, kena tipu, tidak bahagia?
Siapa yang nak kerja baaaanyaaak-baaaanyaak tapi pendapatan sedikit-sedikit?

Tapi itulah hakikatnya yang terjadi kepada ramai orang! Hidup di kelilingi oleh masalah demi masalah.... Yalah, kalau tidak ada masalah saya fikir bukan hidup namanya bukan?

Itulah yang saya fikir 13 tahun dahulu sewaktu saya berumur 23 tahun.... Sewaktu saya berhenti kerja daripada gaji RM1,500 sebulan dan buat keputusan untuk bekerja sendiri....

Sejak dahulu lagi saya tidak mahu bekerja dengan orang lain.... Saya selalu membaca hadis nabi yang menyebut bahawa 9/10 sumber rezeki adalah daripada perniagaan dan hanya 1/10 daripada pekerjaan... Tapi saya selalu berfikir....bagaimana ya?

Lalu saya pun berani-berani mencuba mencari jalan dengan mencuba pelbagai jenis perniagaan tapi semuanya bukan sahaja gagal malah ada yang membuatkan saya rugi, ditipu, gagal, malu serta terhutang dengan orang lain....

Sehingga kadang-kadang saya bertanya kepada diri saya.... Adakah memang hidup aku dilahirkan untuk hidup biasa-biasa?

Saya pun teringin hidup bahagia, diberkati, kaya, berjaya dan dihormati sebab itulah sebaik-baik kehidupan sebagaimana yang saya baca dari buku Pak Hamka "Tasauf Moden". Anda?

Alhamdulillah telah 10 tahun berlalu dan hidup saya telah berubah sejak 10 tahun dahulu. Semakin lama semakin bertambah baik dan "living my dreams" sebagaimana saya impikan. Hari ini saya tinggal di kawasan kelab golf di kelilingi oleh mereka yang bukan sahaja kaya dan berjaya tetapi surprisingly berbeza dengan pendapat ramai mereka yang "minda miskin" yang kata orang kaya ni sombong, berlagak, lupa akhirat, bertuhankan wang... Tetapi saya dapati komuniti di sekeliling saya adalah mereka yang pernah susah dan mereka nak melihat orang lain yang susah untuk hidup lebih baik lagi macam mereka. Mereka ada banyak aktiviti kerohanian kerana mereka ada lebih banyak masa, wang, tenaga dan expertise.

Hari ini saya berpeluang untuk menyumbang masa, tenaga dan wang ringgit dengan izin Tuhan untuk melihat lebih ramai orang lain yang hidup biasa-biasa menjadi luar biasa bahagia, sihat, kaya, berjaya dan diberkati.... Malah saya nampak keikhlasan lebih banyak di sekeliling orang yang kaya dan beriman ini kerana mereka dah memang kaya, jadi jika mereka membantu orang yang belum berjaya, tidak ada apa yang mereka inginkan melainkan ingin melihat orang lain berjaya sebagaimana mereka.

Hidup saya berubah setelah saya membuat satu keputusan penting....

Satu keputusan yang membezakan di antara mereka yang hidup biasa-biasa dengan mereka yang menjalani kehidupan yang luar biasa...

Apakah satu keputusan penting tersebut?

Setelah gagal banyak kali dalam perniagaan, setelah gagal banyak kali dalam apa yang saya lakukan setelah bersemangat mencuba berani gagal banyak kali....

Saya dapati masalah saya ialah saya tidak ada guru.... Saya tidak ada mentor yang boleh menunjukkan jalan atau cara untuk saya merubah hidup saya... Saya selalu fikir yang untuk berjaya, kita perlu "melanggar dinding" banyak kali dan belajar hanya daripada kesilapan sendiri..... Ibarat buat rumah... Disebabkan kononnya nak jimat duit tidak mahu bayar upah kepada pakar, saya cuba buat rumah sendiri tanpa ilmu, guru dan sistem yang sebenar.... Saya ingat saya pandai....

Rupanya tidak.... Hidup saya berubah hampir serta-merta apabila saya mendapatkan mentor, ilmu dan belajar sistem kekayaan dan kejayaan.

Ya, memang agak pelik kerana tidak ada orang yang nak ajar orang lain kaya saya fikir dulu... Tetapi tidak.... Rupanya ada orang yang telah berjaya yang gembira untuk mengajar orang lain untuk berjaya....

Saya telah jumpa mentor saya 10 tahun dahulu dan hidup saya telah berubah since then......

Hari ini saya menjalankan perniagaan di dalam pelbagai bidang atau industri seperti pengiklanan dan pemasaran, industri telekomunikasi, perundingan dan khidmat nasihat perniagaan serta latihan pembangunan sumber manusia. Saya ada lebih banyak masa dan kebebasan kewangan untuk membuat pilihan hidup untuk diri saya dan keluarga saya. Saya juga dapat menggembirakan hati orang yang saya sayangi terutamanya isteri, anak-anak dan ibu bapa saya....

Bagaimana ianya berubah? Banyak sebab tapi boleh saya simpulkan kepada mempunyai ilmu, mentor dan sistem yang luar biasa dan berjaya.

Itulah yang diperlukan oleh ramai daripada anda ......

Masalahnya, ramai nak berjaya tetapi mereka tidak mahu bertindak serta-merta.... Kuasa bertindak mereka lemah.... Suka beri alasan dan fikir kenapa mereka tidak boleh bertindak sekarang instead of apa cara untuk bertindak......

Well... Pilihan di Minda Anda!



sampai di sini saja kita bersama...:(

S.E.D.I.H


X SAMPAI 24 JAM ADVERTISE dlm mudah.my ....dah SOLD.....malam tu jugak siap dah bayar deposit.....huhuh...terpaksa ku lepaskan dalam keterpaksaan....:(







T.E.T.A.P.I







ada sedikit kegembiraan kerana pasti ada gantinya kan...kan...kan....









itu kena tunggu belanjawaan 2011....huhu











Free Personal signatures - cool!

TEXTAREA_ID

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Stick Figure Family at FreeFlashToys.com
Make your Stick Figure Family at FreeFlashToys.com