Jom Klik...

Kawan-kawan MaMa - Peminat 3H..:)

Monday, July 12, 2010

Galakkan anak kita berniaga



Dapat e-mail dari Dr Irfan Khairi untuk dikongsi bersama...

Ramai bertanyakan saya tentang pendedahan awal saya dalam bidang perniagaan. Saya juga jarang berkongsikan kisah saya ketika kanak-kanak, bagaimana saya mula berminat dalam perniagaan.


Sebenarnya, saya dan perniagaan sudah lama tidak dapat dipisahkan. Sejak di bangku sekolah rendah lagi saya sudah berminat berniaga. Perniagaan pertama saya adalah menjual aiskrim kepada rakan-rakan sekolah. Ketika itu masih lagi sekolah rendah di Kuala Kangsar. Aiskrim yang macam mana?

Aiskrim plastik! Bermodalkan beberapa ringgit sahaja, dan membeli plastik aiskrim yang datangnya dalam bungkusan mempunyai gambar King Kong. Saya menggunakan kordial di peti sejuk arwah nenek, dan membancuh 2-3 jenis perisa untuk di masukkan dalam plastik tersebut dan mengikatnya. Pasti anda pun masa kecil-kecil dulu pernah merasa aiskrim sebegini bukan?

Mulai situ, saya memang berminat berniaga. Di sekolah juga saya mengambil upah melukis kartun, melukis kad raya dan mencipta t-shirt untuk dijual kepada kawan-kawan.

Walaupun ibu dan ayah bukan ahli perniagaan, dan juga tiada keluarga yang terlibat dalam perniagaan (kebanyakannya bekerja dengan kerajaan), saya belajar berniaga dengan melihat dan belajar dari pemerhatian disekeliling. Berikut adalah 3 tip mudah mengalakkan si kecil untuk minat dengan perniagaan dan wang:

•Ketika di kedai, beri anak anda melakukan pembayaran dan mengambil baki wang daripada cashier. Dengan cara ini, ia membiasakan anak anda dengan transaksi perniagaan sejak kecil


•Upah dan beri galakkan anak anda apabila menghasilkan sesuatu yang menarik seperti lukisan atau kraftangan. Galakan sebegini akan meningkatkan lagi keyakinan anak kita dalam mengasah kreativiti sendiri.


•Galakkan anak anda menabung. Dari masa kesemasa, kira bersama hasil tabung supaya anak kita belajar menjejak simpanan. Juga, berikan hadiah kecil (hasil daripada simpanan) untuk menggalakkan simpanan dan juga membiasakan mereka melihat bahawa wang simpanan usaha sendiri akan kurang apabila berbelanja.
Sekiranya anda mempunyai anak atau adik atau anak buah, berikan pendedahan awal perniagaan dan kewangan kepada mereka. Ia akan banyak membantu mereka apabila dewasa kelak dari segi keyakinan diri dalam perniagaan dan pengurusan wang. Jadikan berniaga dan wang sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan menggembirakan. Ciptakan keadaan di mana perniagaan adalah permainan bersama mereka. Galakkan mereka berfikir kreatif. Bincangkan perihal kewangan (bukan masalah kewangan) dan jadikan mereka menghormati dan mengharagi wang dengan cara yang menghiburkan.

p/s - InsyaAllah bila 3H besar nanti biz mama & papa pun dah berkembang maju....bolehlah kalian mengembangkan lagi empayar biz kita...

hehehe...berangan jer dulu....:)


1 comment:

  1. baguslah info nie...sebab 9/10 sumber rezeki kita adalah berniaga...klu makan gaji agaknyer 1/10 kot...

    ReplyDelete

Free Personal signatures - cool!

TEXTAREA_ID

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Stick Figure Family at FreeFlashToys.com
Make your Stick Figure Family at FreeFlashToys.com