Jom Klik...

Kawan-kawan MaMa - Peminat 3H..:)

Sunday, October 31, 2010

Lembu...oh lembu....





Tinggal beberapa hari lagi dah nak ke Hari Raya Korban...sesiapa yg ada niat utk buat korban tahun ni bolehlah buat tempahan sekarang yer...sebelum kehabisan....mcm pisang goreng jugak nie...mantap....mantap...:) Untuk keterangan lanjut..boleh tgk kat sini...ARENA FARM atau boleh hubungi ngan Pn Watie / En Hazree 019-734 0299.ada special diskaun utk followers MaMa3H???/ohhh..itu kena tanya pak tokei yer.....:)










-MENJUAL LEMBU JENIS BAKA BRAHMAN DAN KACUKAN.
-LEMBU DITERNAK SECARA FIDLOT.
-ANGGARAN BERAT HIDUP LEMBU ANTARA 350KG 550KG.
-LEMBU BERUMUR ANTARA 2TAHUN - 3 TAHUN.
-SUMBER MAKANAN YANG HALAL.
-PERSEKITARAN KANDANG YANG BERSIH.
-TEMPAHAN BOLEH DIBUAT SECARA INDIVIDU ATAU BERKUMPULAN.
-HARGA YANG AMAT BERPATUTAN DAN BOLEH DIRUNDING.
-KOS PENGHANTARAN BAGI DAERAH JOHOR BAHRU,BATU PAHAT,KLUANG DAN PONTIAN ADALAH PERCUMA.





Friday, October 29, 2010

Aku dah kawin sekarang...:)

Aku dah kawin skarang
by Tuah Mohd Bakheet on
Thursday, 28 October 2010


Aku dah kawin skarang. Bini aku memang baik sangat2. Tapi dia x seperti yang aku expect masa kami belom kawin dulu. Masa belom kawin, aku tengok dia memang sorang yang pendiam je, jarang gile cakap ngan laki. Member2 mmg puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so xde la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 ngan laki..



Cantik? Memang la, kalu x aku comfirm x sangkut punyer. Haha. Cantik pada mata aku la. Member2 pon ade yang cube usha. Sori le dia nak layan. Haha. Memang market. Last2 aku yang dapat, memang rasa bangga giler. hehe..



Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betol dirahsiakan. Hoho..



Aku usha cara yang leklok la, gi jumpa bapak dia dluu. gentlemen beb! Slow talk ngan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki.. Bapak dia ni jenis sound direct rupenyer.. Pergh, mmg kena kutuk kaw2 la gua. Sebabnya, bila dia tanya kenal x anak dia? Gua cakap x sgt. Bapak dia tanya lagi, nape nak kawin ngan anak dia? Gua cakap sebab minat. Minat sebab ape? Gua cakap x tau.. Habis kalu x dapat anak dia? Gua cakap nak jugak! Bapak dia sound la, “ko ni, cane ko nak kawin ngan org yang ko x kenal? Gua jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik.. pastu sengih2.. pastu bapak dia diam.



Masa tu rasa down gile. Bapak dia cam tolak mentah-mentah je proposal aku.. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu.. Time tu aku dh terpikir nak usha calon lain je. Aku memang ade lagi sorang yang aku suke. Haa yang ni gua memang kamceng giler. Yang ni pulak nama dia Ika. Gua memang selasi lah ngan minah ni. Haha.. Tapi last2 orang lain gak yang gua pinang.



Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Kputusannya.. jeng3.. x spt yang aku jangka. Haha. Aku ingat kena reject, satgi family diorang terima. Warghh happy giler. Alhamdulillah. So, memang sah la takde jodoh aku ngan Ika. Time aku bgtau Ika aku nak kawin, dia accept je. Kejam gile aku. Dia kata semoga aku bahagia.. lepas tu kami dah x jumpa.



Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Ara. Happynye aku Tuhan je tau.. kat rumah.. dia macam biasa, cool je.. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalu aku x buka mulut, memang x berbunyilah rumah kitorang.



Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang2 dia bersuara gak.. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur... Macam x supportive sangat. Last2 aku dah malas nak borak.. oh boringnye.. Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia ja.. sengih. Cam yg aku buat kt bapak dia dulu. Psycho seyh..



Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis perokok sederhana tegar gak la. Tapi bini aku pulak mmg cam fobia giler ngan asap rokok. Bau nafas aku yg bersisa rokok pon, dia mesti batok.. x bau rokok pon dia dah selalu batok. Uhuk3 gitu.. Sebab sayang bini, makin lama makin kurang aku merokok.. kalu gian sangat pon aku merokok time kat ofis je.



Bini aku keje hospital, bahagian obat-obatan.. Aku lak xleh bau ubat, mesti pening kelapa.. Hari2 aku yang hantar, ambik dia gi spital. Time ambik dia balik, mmg hari2 lah baju dia bau obat dalam kete. So aku akan slalu bukak tingkap, nyaman sket..



Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Xleh bukak tingkap kete, aku dah mmg pening-pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor visibility lg, kami accident! Langgar bontot kete orang depan. Kat spital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah??



Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara sendiri pon x tahu.. Ya Allah!!



Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara benti keje. Dok rumah je.. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan keje dia. Aku dah x tahan bau ubat!! Aku sorang keje dah cukup sara idup kami!



Dekat setahun kami kawin, Ika tiba2 datang, dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambik dia jadik bini no. 2.. Dia sanggup..



Alamak ni dah angau betol.. Padahal aku baru je kawin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat aku. Then aku teros terang je la, aku cakap kat dia, yes aku memang x kamceng mane ngan bini aku skarang.. And banyak benda yang kami xde persamaan. Ara memang x banyak bercakap. Kalu aku cube buat lawak, dia macam x tangkap je. Sedih tol.. X pandai nak borak. Kalu jumpa member2 aku lagi le dia sunyi sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang la dapat makan yang lain sket. Kcuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je.. Haha macam tu la bini aku.. Lucu lak..



Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing2.. Aku cuba biasakan diri ngan bau ubat2 kat baju2 Ara dulu, cuba brenti merokok waktu awal2 kawin dulu.. Ara plak dh x keje, dah cuba belajar masak benda2 lain (jarang la menjadi).. Aku bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Aku xleh menduakan dia.. Aku memang sayangkan dia. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu mmg last kami jumpa.



Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besau, dekat 4 tahon la.. tp dah pandai mengaji sket2. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab2 agama, mengaji sume dia mmg bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train elok2 ngaji alQuran.. Alhamdulillah, semoga esok2 dia jadik anak yang soleh. Bagi aku itu la investment yang sangat2 menguntungkan!



Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami x seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari aku makin bosan ngan rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang2. Aku pulak suka keluar lepak ngan kawan2. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tido. Esoknya pagi2 aku dh kena gi keje.. Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku.. Berbekalkan muka yang agak ade market ni, dia macam sangkut lak kat aku. So dialah yang slalu aku ajak kluar malam, teman aku borak2, kadang2 sampai pagi!



Aku sedar aku seolah2 mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku.. Teringin nak kawin ngan dia, takot kecik hati si Ara pulak.. Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan, kadang2 gadoh, kadang dia tercarut2 siap kat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul.. Tapi aku mmg terhibur bila dok ngan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa..



Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada pompuan lain. Satu hari dia bagitahu, dia izinkan kalu aku nak kawin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu. Aku pelik, apa kaitan??



Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari2 kompem ketat, make up kat muka 2 inci macam xleh kena air, x ambik air semayang ke? X semayang ke? Ke cuti sepanjang tahon?!



So aku postpone dulu hajat nak kawin ngan Lisa. Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot sikit2, tapi time bencinta pon asyik lawan ape aku cakap. So sad!..



Ketika perkahwinan aku ngan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatoh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!



Doktor bagitau, Ara dah lama senarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia slalu batuk, dan trpaksa menahan sakit bila bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia x bagitau aku??



Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah.. So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia skarang makin rosak akibat barah tu.



Jadi camane dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat utk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je.. Tapi Ara x boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!!



Aku buntu..



Masa tulah baru aku terfikir, kami x penah bertikah lidah, x penah gado.. Mgkin itu hikmah dia.. Tapi aku x sedar selama ni.. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan pompuan lain.. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan x penah luahkan derita kat aku..



Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara x dapat bertahan lama.. Aku menangis depan doktor tu puas2, wlapun doktor pompuan. Aku dh x kisah. Aku menyesal dgn cara aku layan Ara selama ni.



Dia dah bagi aku macam2, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, mmg x penah lawan apa aku cakap, apa aku suruh..



Aku suruh dia benti keje dulu, dia ikut. Walaupon kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan keje dia.. Maafkan abang Ara..



Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan2 kami.. Aku belek2, terjumpa kotak hantaran masa kami kawin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang.. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat!



1 Julai 2007,



Buat suami yang baru kupunya,



Terima kasih kerana menawarkan cintamu,

Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,

Ara memang cinta padamu,

Dan Ara menangis bila abang melamarku



Buat suamiku yang baru kupunya,



Luaranku mungkin nampak sempurna,

Luaranku mungkin ramai yang terpesona,

Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,

Kerna suaraku bukan kepunyaan kita



Buat suamiku yang baru kupunya,



Andai abang ingin melihat Ara ketawa,

Ara hanya mampu tersenyum pada abang,

Andai abang mahu Ara berjenaka,

Mungkin Ara kan menangis dibahu abang,



Kerana Ara tak mampu berbica,

Seperti orang lain berbicara,

Kerana Ara tak mampu ketawa,

Seperti orang lain ketawa



Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,

Ara pasrah dan relakan abang menjauhi,

Jika membaca surat ini Ara tetap dihati abang,

Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..



Yang benar,

Isteri yang menyanjungmu.



*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..





Berderai lagi airmata jantan aku. Kenapa aku x terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku x tahu penderitaan Ara awal2 dulu? Kenapa baru sekarang?



4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala2nya.. dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri kat Ara?



Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati. Hari-hari memang keje ulang alik hospital. Masuk ofis pon kjap2. Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai giler. Sangat x terurus. Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku.



Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas2. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa2 hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan kertas2 tu aku kan simpan sampai bila2.



Dia tulis dia x menyesal kawin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha.. Ya Allah hari2 itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Aku dah x mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.



“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..”



Aku x tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya..



Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..



Kini, hmpir 5 tahun prkawinan kami, tinggal aku dengan Hafiz, dengan helaian2 tulisan terakhir Ara..

Thursday, October 28, 2010

Alahai...cantinya kamu, comelnya awak...:)

Suka tgk LISA SURIHANI nie,...sgt cantik & sweet sgt...tahniah kerana baru memenagi pelakon wanita terbaik FFM baru2 nie....suka tgk lakonan dia dlm Lagenda Budak Setan tu...







Ni pulak nak cerita...semalam lepas hantar k long pergi mengaji , mama & humaira pegi pasar tani..masa nak balik tu, ada sorang makcik ngan pakcik dlm likungan 50-an..asyik tgk2 jer kat kitaorg...kereta dia parking betul2 sebelah keta mama...dlm hati ..kenapa plak ni...aku pakai bj terbalik ke....:)pastu wat tak tau jerlah masuk dlm keta...pastu..makcik tu siap bukak pintu keta dia bgtau.............
COMEL BUDAK NI......:)
--
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


laaa...nak bgtau itu rupanya...mama pun cuma tersenyum simpul jerlah sampai ke telinga...sebagai ucapan terima kasih...:)

Semoga budipekerti dan tingkahlakumu seindah rupamu.....wahai anakku Hana Humaira...

Wednesday, October 27, 2010

Aidil tuntut anak...




SEREMBAN: Selepas beberapa laporan berhubung keretakan rumah tangga mereka dipaparkan media, pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, 23, memfailkan permohonan sulh (perbincangan) dan hak penjagaan anak terhadap isterinya yang juga pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar, 34, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.

Sumber rapat dengan Mohd Aidil Zafuan berkata, pemain itu yang mesra dengan panggilan Aidil ke mahkamah dengan ditemani seorang peguam syarie pada kira-kira jam 11 pagi semalam.


“Apa yang dilakukannya ini adalah untuk menyelesaikan kemelut rumah tangganya yang berlarutan sehingga menjadi perhatian orang ramai.


“Melalui kaedah sulh itu, kedua-dua pihak akan dipanggil untuk berbincang secara baik selain diberi kaunseling untuk menyelesaikan pertikaian dihadapi mereka tanpa melalui proses perbicaraan,” katanya.




Ketika ditanya mengenai permohonan hak jagaan anak dan perceraian, sumber itu berkata, pasangan berkenaan belum bercerai.


Sementara itu Aidil yang ditemui di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi ketika menjalani latihan bersama skuad Negeri Sembilan bagi menghadapi perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Kelantan Sabtu ini, mengesahkan dia pergi ke Mahkamah Tinggi Syariah bersama seorang peguam.



Bagaimanapun, dia enggan mengulas lebih lanjut mengenai tindakannya itu.


“Ia berhubung urusan keluarga dan saya tidak mahu mendedahkannya kerana mahu menjaga kepentingan banyak pihak,” katanya.


Ketika diminta mengulas lanjut, beliau berkata, perbincangan dengan isterinya masih berjalan dan banyak lagi yang perlu diteliti mereka sebelum membuat sebarang keputusan.


Bapa Aidil, Abd Radzak Salleh, 61, ketika ditanya mengenai tindakan anaknya mendakwa dia tidak tahu apa-apa.


“Aidil memang tinggal di sini (rumah keluarga di Sikamat, Seremban) kerana menjalani latihan pusat di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi.


“Namun, saya tidak tahu apa-apa mengenai tindakan itu kerana dia hanya memberitahu hendak ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi menguruskan penukaran nombor pendaftaran kereta, pagi tadi (semalam),” katanya.


Harian Metro sebelum ini menyiarkan kenyataan Rita yang mendakwa rumah tangganya bersama Aidil yang dibina atas dasar cinta, mulai goyah disebabkan campur tangan keluarga mentuanya.


Pasangan itu mencetuskan kontroversi apabila bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008 kerana dikatakan tidak mendapat restu keluarga suaminya.


Hasil perkahwinan lebih dua tahun itu, Aidil dan Rita dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizkin yang kini berusia setahun tiga bulan.





saat bahagia mereka...
p/s : bukannya Rita sekarang tengah hamil anak kedua ke? apapun semoga mereka dpt menyelesaikan kemelut rumahtangga dengan cara yg terbaik....susah sebenarnya bila berkahwin tanpa restu ibubapa.......sesiapa yg belum kahwin tu pastikan bakal pak & mertua suka kat kamu..sbb masa susah nanti mereka juga yg dicari..:)





Trend tudung zaman sekarang...

dpt gambar ni kat facebook...

mungkin secara kebetulan sama..trend sekarang pakai tudung dah sama ngan biarawati ni...tercekik kat leher......

Tuesday, October 26, 2010

Dikau sungguh berharga.....:)



Kalau kak long & kak ngah ada bantal buchuk masing2..lain pulak ngan anak teruna nie....kain bedung masa dia dlm hari lagi ..yg menjadi pujaan hatinya...tanpa kain nie...mmg xleh nak tidur...nak minum susu pun nak pegang....kalau xde x keruan jadinya...tp nasib baik boleh gak dihantikan ngan selimut putih wat pengganti...klu basuh x kering...:) mama beli punorder online...bila tau jer bb boy yg nak keluar..tu yg pilih warna biru...klu x sure dh amik pink....klu dulu buat bedung..sekarang nie diheretnya ke hulu ke hilir....




Tip Pilihan: 5 tip motivasi dari Facebook Irfan Khairi

Untuk murah rezeki, setiap pagi, petang, siang, malam say: THANK YOU ALLAH!


Buat apa yang kita minat. buat apa yang kita cinta. kalau kita lakukan sesuatu kerana minat dan cinta (passion) kita tak akan rasa penat, bosan dan letih. Kerja siang malam pun kita rasa best. tidur pun excited nak bangun sebab nak buat kerja. masa buat kerja, tak rasa pun masa berlalu!


Sekiranya segalanya tidak seperti kita mahu, atau ditimpa malang, atau masalah yang besar, atau berada di dalam satu krisis, berhenti sebentar dan yakin pada diri sendiri bahawa segala-galanya ada hikmahnya. dalam apa pun keadaan yang sukar, pastinya ada penyelesaiannya dan seringkali kita akan menjadi in...san yang lebih kuat & hebat selepas melalui kesukaran tersebut!


Untuk BERJAYA, kita perlu melatih minda kita untuk melihat peluang-peluang yang ada di sekeliling kita. untuk GAGAL, kita perlu melihat halangan-halangan yang ada di depan kita!


Kita akan jadi seperti orang yang disekeliling kita. jika kita hendak berjaya, berkawan dengan orang-orang berminda positif. Jika kita hendak gagal, berkawan dengan orang-orang berminda negatif. Hadis pun ada menyebut umpama berteman pembawa minyak wangi, kita akan rasa harumannya. Bertemankan tukang besi..., akan terkena percikan api

Monday, October 25, 2010

Tercapaikah hasrat...tertunaikah impian kita...

Musim haji kembali lagi...hati ini bagai terpanggil-panggil utk sama-sama menjadi tetamu Allah...InsyaAllah pasti tiba masanya giliran kita pula untuk menjadi salah seorang tetamu Allah.Bertuah kepada sesiapa sahaja yang berpeluang untuk mengerjakan haji / umrah diusia yang masih muda....kudrat yang masih kuat....

Tahniah juga utk cousin mama yg paling rapat...usia baru 33 tahun...tapi dah berpeluang utk mengerjakan haji bersama suami tersayang...semoga mendapat haji yg mabrur.InsyaAllah.



Di sini mama nak kongsi satu pelan terbaru daripada Takaful Ikhlas - Ikhlas Hajj Savings Takaful - pelan Perlindungan, Simpanan & Jaminan Badal Haji - Serendah RM25* sebulan
Termasuk perlindungan asas takaful untuk kematian, Hilang Upaya Kekal & 40 penyakit kritikal...memang berbaloi...nak tahu lebih lanjut...boleh e-mail ke hadina78@yahoo.com
InsyaAllah.......dipermudahkan jalan olehNya....
Allah mengetahui setiap niat yang terlintas di sanubari kita semua....
samada baik atau sebaliknya...:)



Kalau dah ke free Duty Zone..x sah kalau xbeli....

Perjalanan sampai ke Bukit Kayu Hitam masa raya tempohari....dah x mcm dulu...x byk jual brg2 atau pun mungkin masih cuti raya lagi byk peniaga yg belum bukak kedai....sampai jer sana ada shopping complex sama jer cam kat JB - The Zone...so apalagi..haruslah borong coklat....yg harganya lebih kurang sama jer ngan kat JB....murah lg kt Langkawi.....belilah juga sbg habuan penat lelah nak sampai ke situ......







bakul tu beli kat R & R Tapah ...masa berhenti makan asam laksa...


next time klu nak beli coklat...xyah susah 2..nak sampai kat sana...kat Jb pun ado...:)




Saturday, October 23, 2010

2 tahun 1 bulan ....sekejapnya masa berlalu...:)





posing ala-ala macho gitu..:)



xmau senyum....








tengah fikir nak buat gaya apa lagi lepas nie...





terlalu pantas masa berlalu...sekejap jer anak2 dah membesar...maknanya kita nie dah semakin tua lah kan..bila dorang dah besar..perangai pun dah berubah...kalau terkurang perhatian ada yang merajuk.....kalau terlebih di manjakan..ada yang cemburu....huuhhh...mencabar jugak utk menjadi seorang ibu yang perfect......akan kucuba perbaiki diri ini...agar kalian mendapat didikan & tunjuk ajar yang terbaik daripada
papa & mama....:0

Friday, October 22, 2010

Misteri Surah Al Fatihah

AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur:Suami dan anak-anak akan mengingati kita selaluAL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:Melepaskan rasa sakit dalamanAL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.Kepada orang berpenyakit mentalAL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.Sakit yang keterlaluanAL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala.Bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masaAL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintuSUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADAALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWARYANG TERBAIK KEPADA SEMUA.



YA-RAHMAN, YA-RAHIM, YA ALLAHBuatlah sebanyak 3 kali Jumaat berturut-turut:Baca berulang-ulang kali sepanjang kita duduk lepas sembahyang Asar sehinggalah masuknya waktu Maghrib. Masuk sahaja waktu Maghrib, sebutlah Allahuakhbar, dan teruslah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yang MAHA berkuasa dengan apa yang dihajati.(Percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh, dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka, diampunkan dosa dan sebaginya).



AWET MUDA (dalaman dan luaran)Zikir BacaYa Badiyah -1 kaliYa Nur - 1 kaliYa Hadi - 1 kaliYa Allah – 3 kaliBaca dan tiup di tapak tangan dan sapu ke raut muka kita pada setiap hari.Ayat Al-Waqiah (ayat 35,36,37,38)Baca setiap hari selepas sembahyang Subuh tiup dalam air dan minum.- Rawatan untuk awet muda luar dan dalaman



.

Nasi dalam buluh...???

Weekend yg lalu..bila mak & pak mertua dtg tanpa dirancang..haruslah ajak makan di luar saja....menantu yg baik kan..lagipun dlm fridge pun dah hampir2 kosong...:) so bila papa tanya nak makan kat mana terus jer ckp kat MALAY VILLAGE sbb teringat aritu Mumy mkn kat sana.

Tapi kali nie makan kat Malay Village yang dekat ngan Bestmart....dulu Red Island Cafe...so dekat sikit.....xyah nk ke bandar...so nie yang mama order Bamboo Rice SPecial Malay Village....with rendang....sedap juga nasi dlm bamboo...bau yg harummmmm..:)


waiteressss

cuba teka yg mana satu preggie mum....:)
cam dh sama jer size perut...hhehee




pakcik yg rajin nk melayan budak2 nie








kenyang perut..hati pun senang...:)

Thursday, October 21, 2010

Kalau tak suka pulangkan......

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj.



“Horey! Papa balik!” Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.

“Tepi! Bahaya tau tak?” Jeritnya.

Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.

“Aimin bawa adik ke belakang.” Arahnya pada anak yang sulong.



Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.



“Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita,” pujuk Laila.

Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.



“Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!” Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya.



“Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?” sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.



“Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman.” Balas isterinya lembut.

“Fail saya kat depan tu mana?”

“Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.”

“Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi.” Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.

Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. “Laila” Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.



—————————————————————————-



“Saya nak ke out station minggu depan.”

“Lama?” Soal Laila.

“Dalam seminggu.”

“Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?”

“Budak-budak? “

“Ikut jugalah.”

“Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu..”

“Masa tu Amirul kecik lagi.” Balas Laila.



Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.



” Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana.”

“Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung,” Muktamad!



Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.



“Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!”

“Manalah saya ada masa..”

“Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!” Dia tersentak dari khayalannya.

“Kalau tak suka pulangkan balik!” Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir.

Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..

“Mizi, makan!” Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. “Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah.”



———————————————————————————-



“Papa! Makan!” Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya.

“Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?”

Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.

“Awak masak apa?”

“Mama masak sup tulang dengan sambal udang!” jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.

“Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!”

“Papa nak ke mana?” Soal isterinya perlahan.

“Keluar!”

“Mama dah masak Pa!”

“Awak saja makan!”

“Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!”

Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan.

“Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?” Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi.

“Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan.”

“Abang tak suka tengok papa marah-marah. .”

“Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?”

Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris.Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?



Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.

“Laila..” serunya

“Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti.” Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.

“Sunyi pulak rumah ni mak,”

“Lama-lama kau biasalah.”

Airmatanya menitis laju. “Kalau tak suka pulangkan!” Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.



———————————————————————————-



“Papa beli apa untuk Aiman?” Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.

“Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.”

“Tak ada lah?”

“Ingat papa ni cop duit?”



Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.

Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya.

“Awak tak sihat ke?”

Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.

“Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi.” Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.

Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.



“Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!” Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.



Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.



“Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!”

Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.



“Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. ” Ujar Laila perlahan

“Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?” Omelnya kembali.



Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.



———————————————————————————–



“Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni.”

Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang.



Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah.

“Celaka betul!” Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.

“Abang!”

“Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!” Getusnya kasar.



Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.



Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.



“Pak Ngah, Eddie nak balik!” Shamizi terpana. Dia mengangguk.

“Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.”

Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.

“Laila”



—————————————————————————————————-



“Papa nak ke mana hensem-hensem gini?” Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. “Wangi-wangi lagi. Dating ye?”

“Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff.” Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.

“Ikut boleh?”

“Dia tak ajak family. Staff only!” Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.

“Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami.”

“Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. “

“Papa pesanlah..”

“Nantilah besar sikit.” Dalihnya.

“Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.”

“Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,”

Laila terdiam. “Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.”

“Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik.”

“Mama tanya sikit boleh?” Dia mengangguk

“Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?”



Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.



“Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik,” ujar Mr. Kwai, tuan rumah.

Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.



“Kalau tak suka pulangkan!” Kata-kata itu semakin keras di fikirannya.

Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian.



“Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! ” Laila merenungnya dalam..

Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil.Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa..



“Kalau tak suka pulangkan,”

Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.



Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.

Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.

Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah.



Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..

Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan…….


sumber ; facebook

Survey tadika - part 1

Sekarang nie dah sibuklah tadika..edarkan pamplet utk kemasukkan 2011...mama pun sibuk lah nak survey tadika utk cik humaira..tahun depan dah 5 tahun..niat papa nak hantar ke sekolah cina...so kami survey2 lah tadika cina yang sesuai......dpt pamplet dr Tadika Junior 3Q - MRC Junior ada open day.....so pergilah dengar...semuanya cina weolls jer melayu..terpaksa pengetua dia speaking sikit..klu x meloponglah kami...:)...Fees bulanan RM200..lebih kurang cam NURI jugak....murah RM20 jer..tp silibus dia mama tgk tak berapa best compare to NURI..tgk buku2 dia yg 5 tahun..dah mcm tahun 2 kat sekolah....advance sungguh..boleh ke budak2 yg x tau nak baca lagi catch up..tak mcm silibus NURI yg memang step to step.....atau budak2 cina nie...4 tahun jer dorang semua dh pandai baca....





siap posing dulu kat playground






ada clown....




hasya & humaira jer yg melayu....clown tu plak ckp cina..org ketawa..dorang pun ketawa...suh angkat tangan ikut jer..kelakar pulak..cam anjing ckp ngan kucing jer...hehhee












kebetulan pulak aritu grand opening utk tadika ni ..so adalah tarian singa & makan2 utk parents....tp weolls tak makan pun ..walaupun caterer tu melayu..malas nak tunggu...

















nak tengok tak macamana muka budak yang nak sekolah tu..bila tgk singa & cina gemok pakai topeng muka tu......-






-






























-


-










-






---






-










-











terus bgtau x nak sekolah kat situ...


dia ingat yg gomok tu guru besar dia agaknya..:)






p/s: klu ikutkan mama, lebih prefer nak hantar islamic school....tp tengok dulu ..masih dlm perbincangan..ada byk lagi masa....:)
hari ni terpaksa kosongkan jadual di luar..nak melawat ibunda tersayang.....:)
rindu teh susu kaw..kaw....:)


Wednesday, October 20, 2010

Teringatkan dirimu..akan menjadi rindu....:(

oh tuhan rindunya pada seseorang yang tak pernah aku lupakan...tiba-tiba perasaan itu hadir..lalu mataku berkaca jatuhlah titisan air mata apabila teringatkan dirinya....semalam sebelum tidur ..masa nak buat Things To Do ukt hari ni 20/10/2010...tiba2 hati menjadi sebak ......kalau dirimu masih ada tentu usiamu kini 62 tahun...dpt melihat kebahagian anak-anakmu yg kau didik tanpa jemu dari kecil hingga dewasa...alhamdulillah...anak-anakmu kini telah mampu utk berdiri sendiri..kami bahagia.....dpt juga melihat keletah manja cucu-cucumu...tapi apakan daya Allah lebih menyayangi.....tenanglah dirimu di sana..kami tidak pernah lupa mendoakan dirimu...semoga dikau ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.....aminnnn

pergi dan tak akan kembali...arwah abah tersayang

kami amat merinduimu.........

Tuesday, October 19, 2010

Latest from 3H





rasanya dal lama x tepek gambar 3H kat sini...x sempat nk transfer gambar dlm laptop nie...sejak mama dah aktif semula buat takaful nie...dah xde masa nak duduk 24.7 jam depan laptop jer...byk benda rasanya nak dibuat...bila time sibuk camni ..barulah boleh hargai masa yg terluang..barulah pandai nak manage masa...kalau tak duduk rumah makan ..tido...tengok TV...oh tidak......I NEED TO C.H.A.N.G.E





p/s :inilah adalah entry auto-publish..sekarang nie 11.02pm..baru balik tuisyen...nak siapkan borang submission utk Takaful Keluarga dulu..ada 4 borang tu..lepas tu baru boleh Zzzzzzz

Monday, October 18, 2010

Tersenarai dlm TOP 12

Tak sia-sia Hadif berposing dlm meja jati mama tu...dan yang best tu sampai patah tempat cangkuk utk bukak laci tu...huhu...

ini contest yang dijoin "Sweet & Cute Baby "Exploration Time" Contest" keputusan penuh akan diumumkan ptg ni....nak tgk lain lain2 peserta dgn mcm2 aksi...klik SINI


p/s: byknya benda yg nak buat hari ini....nak g Takaful, AIA, TNB, SAJ , Menara Jati, Terapi..huhu..sempat ke tak ni...:) tp yg x boleh tahan nak bg hadif makan ubat...huhhhh mmg mencabar ni..mesti dia meronta2 mcm kena dera......:)

Sunday, October 17, 2010

Nak buat Header & watermark yang cantik2...sapa boleh tolong...

boleh sesiapa rekemenkan mana2 kawan2 yg boleh tolong buatkan header / watermark utk belog 3H nie...jenuh nak fikirkan...atau ada sapa2 yang nak sponsor / nak bg F.O.C tak...???hehehe pada blog yg x berapa nak fofularrrr ini.....

Saturday, October 16, 2010

Cara merogol zaman sekarang...

kesian tak kalau tengok baby ditinggal sorang2

dahlah tu tengah menangis teresak-esak???

mesti kesian kan....tapi hati-hati yer.....

jom baca cerita ini..semoga memberi peringatan pd kita semua..



Kisah nie untuk dijadikan iktibar bagi kaum perempuan yg di luar sana..Moga lebih berhati2..


Hal ini berlaku di KL baru2 ni..cara baru orang memperdaya perempuan untuk dirogol. Kawan dia sendiri yang telah menjadi mangsa. Kawan dia keluar ofis agak lewat iaitu agak2 dekat malam juga. Dia terserempak dengan seorang kanak2 menangis di tepi jalan. Kerana kesian, dia hampiri dan bertanya budak tu kenapa dia sorang2 petang2 begini. Budak tu kata yang dia dah sesat dan minta dihantar balik ke rumahnya. Budak tu kemudiannya menunjukkannya sekeping kertas yang tertulis alamat rumahnya. Perempuan ni kira berhati mulia, tanpa mengesyaki apa2 terus bawa budak tu ke alamat berkenaan. Setibanya di rumah itu, dia pun menekan loceng pintu.. Sejurus kemudian dia pengsan lantaran loceng berkenaan disambungkan dengan wayar berkuasa tinggi.





Hari berikutnya apabila dia tersedar, dia berada di sebuah rumah kosong di kawasan berbukit, dalam keadaan telanjang. Kondom ada di merata2 dengan air mani berhamburan. Tak kurang 20 kondom semuanya. Dia langsung tak mengenali penyerangnya. Begitulah jenayah akhir2 ini mensasarkan mangsanya. Jika terserempak dengan keadaan sebegini, jangan sesekali turuti kemahuan kanak2 itu, sebaliknya hantar je dia ke balai polis yang berdekatan.
P/S: Pesanlah kepada rakan2 anda yang wanita supaya mereka berhati2 & pesan pada rakan2 anda yang lelaki supaya mereka boleh memperingatkan adek2, kakak2 & ibu mereka. Selamatkan mereka dari menjadi mangsa syaitan yang bertopengkan manusia. Jangan biar naluri keperihatinan mereka mendatangkan bahaya pada mereka sendiri .




SUMBER DRPD ;MAMAHOUSEWIFE


Friday, October 15, 2010



100 hari sebelum kematian:

Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.



40 hari sebelum kematian:

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.



7 hari sebelum kematian:

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.



3 hari sebelum kematian:

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.



1 hari sebelum kematian:

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


Tanda akhir sebelum kematian:

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.



Kubur/liang lahat Setiap Hari Menyeru kepada Manusia Sebanyak 5 Kali.

1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu sholat malam.

3. Aku rumah yang penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawarnya.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan Laa illaa ha illallah, Muhammadur Rasulullah?supaya kamu dapat menjawabnya.



sumber : Tausyiahislamiyyah

Tip Pilihan: 5 tip kewangan dari Facebook Irfan Khairi

1.Try to eat in, kurangkan makan di luar. selalunya kalau makan kat luar 3x ganda harga kosnya. Contoh, nak buat burger di rumah, kos hanya RM1.00. kalau beli kat gerai RM3.00. kalau pergi kerja bawa bekal, pergi keluar makan dulu siap2 di rumah, pergi mana saja, kalau makan luar cuba fikir kosnya adalah 1/3 dari harga.
Amalkan tabiat berjimat- sikit2, lama2 jadi bukit

2.PERTAMA; harta kekayaan boleh melalaikan, menggelapkan hati dan jadikan seseorang itu sombong & riak. KEDUA; harta kekayaan boleh membantu mereka yang susah, membangunkan agama & negara, serta menjadikan kita lebih bersyukur dgn segala kurniaan-Nya. "HARTA" tidak salah. Tetapi, ianya adalah PILIHAN & KEPU...TUSAN manusia untuk tidak memilih yang PERTAMA dan memilih yg KEDUA!

3.Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu pasti doa diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan / memutuskan hubungan keluarga. Jadi amalkan surah al-Waqiah. Riwayat Ibn Mardawaih: "Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan ajarkanlah ia kepada anak-anak kamu."

4.Sebelum melaburkan atau menyimpan wang di mana-mana, pastikan kita tiada hutang seperti kad kredit. ini kerana, tiada gunanya melabur dan memperolehi katakan 10% dan pada waktu yang sama kita terpaksa membayar interest kad kredit 18%. budak-budak pun tahu kita sedang kerugian 8%. tak masuk akan bukan?

5.Wang bukan segala-galanya. Tetapi, Kurangnya wang akan mengakibatkan stress yang tinggi. Kurangnya wang adalah antara sebab tertinggi berlaku perselisihan faham suami isteri. Kurangnya wang menyukarkan mendapat perubatan & pendidikan terbaik untuk keluarga. Walaupun wang bukan segala-galanya, tetapi wang ...adalah amat-amat penting dalam hidup!

Thursday, October 14, 2010

PaPa , MaMa bangun sarapan dah siap....:)

Pagi minggu yang sepatutnya boleh sambung tido lama sikit lepas solat Subuh...terganggu dengan kejutan dari 3H.....mama bangun.....hasya dah siapkan sarapan.....huhu.....meh kita tengok apa yang specialnya...menu mereka nie....:)

-

-

-

--

-

yang nie sebagai pemerhati dari tangga...

-
--
-
-
-
-
--
-
tada......-
-
--

milo + nestum utk papa
macam yg biasa mama buatkan utk sarapan papa....senang jer kan...



teh O utk mama...mmg k0s0ng betul...
terlupa nak letak gula katanya...






dan last sekali...
roti + ngan planta......sekeping utk mama + sekeping utk papa
merajuk tau sbb papa x nak mkn......hehhehe



tapikan. ..semuanya terpaksa di alter oleh mama sebelum nak minum / makan..dah namapun budak 7 tahun.....apapun terima kasih lah utk 3H yg bersusah payah menyiapkan sarapan yg istimewa utk mama & papa..bila dh besar nnti..baru boleh siapkan menu yg sedap2 kan...
sayang kamu semua...:)

ok...kembali berblogging seperti biasa...


Alhamdulillah...k long dah kembali sihat...cuma badan masih suam2 kuku sikit...doc bg MC 4 hari...Jumaat baru ke sekolah semula.... utk 3 hari 2 mlm bil hospital RM2666.70....huhhh...kopak juga tu klu nak keluarkan duit sendiri......tp syukur ada insuran..weolls cuma byr RM80++jer..selamat sikit..boleh simpan duit utk beli henbag GUCCI ...:)

so lepas ni xleh nak minum air sejuk , aircond dan yg sewaktu dengannya....lepas ni gak k long kena ikut mama g terapi.....


nampaknya sekarang ni dah nak kena hadkan waktu berblogging ni...mmg melalaikan.....byk kerja yang tertangguh....papa pun dah bising....byk nak buat perancangan utk tahun depan..perbaiki apa2 yang patut.....muhasabah diri.....1 jam jer sehari utk berblogging boleh ker....akan kucuba...hehehhe.....

Tuesday, October 12, 2010

@ JSH ..hasya diserang asma lagi....:(

Isnin-Selasa mama berkampung di JSH..nasib baik ada bibik..bolehlah berganti ku nak baik rumah mandi & rehat kejap.....InsyaAllah rabu dah boleh balik...doakan hasya cepat sembuh yer...auntie2 semua...:)



mama pun lepak jugak...:(



tetap ceria..:)




InsyaAllah..klu semua dah ok..boleh kembali berblogging...kat sini xleh nak bukak bogspot...x tau kenapa...fb boleh pulak....

Monday, October 11, 2010

Tip kewangan - Irfan Khairi

Jejak segala perbelanjaan anda. mintak & simpan resit atas setiap pembelian.


setiap malam, rekod segala perbelanjaan anda. ini akan membantu anda


menjejak perbelanjaan anda yang kecil2 setiap bulan. selalunya, wang keluar yg


kecil2 ni yang kita tak perasan mengurangkan simpanan kita. jadikan tabiat


mengetahui mana wang kita pergi walaupun sikit. sikit2, lama2 jadi bukit!









p/s -sejak dah add IRFAN KHAIRI kat fb..byk tip2 kewangan yg boleh dijadikan panduan..kalau nak tahu IK ni merupakan mentor / idola mama...klu nak berjaya mestilah ada mentor...kena rajin baca buku2 motivasi..maklumlah dlm dunia perniagaan ni ada jatuh & bangunnya..klu kita sendiri yg x memotivasikan diri siapa lagi kan....jatuh bangun biz kita yg tentukan....semua pun nak berjaya di dalam apa jua bidang yang kita ceburi..biarlah menjadi yg terbaik.....


YA ALLAH..SEKIRANYA REZEKIKU ADA DI PERUT BUMI KELUARKANLAH, JIKA ATAS DI LANGIT TURUNKANLAH..SESUNGGUHNYA ENGKAU YG LEBIH MENGETAHUI SEGALA...AMIN


Sunday, October 10, 2010

Contest Bersama Si Kecil

Contest kali ni ditag oleh AYU..ingatkan nak buat esok2 ke..rupanya hari ni dah last date...cepat2 lah cari gambar yang sesuai....:)


Contest yang dianjurkan oleh GayahSpears


nak Join klik SINI







mama ngan si kecil...kali ni bukan ngan 3H....tp ngan anak mak long 3H...sekali-sekala kita kasi glamer sikit si comel ni...:)

--

-

--

-



MaMa3H & Delisha

@ Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu

nak tag :

MuMy Nenny

Farhana

HadifHadifah


Sama Cantik sama Padan....

SELAMAT PENGANTIN BARU

Untuk angkasawan Negara & Dr Harlina...dua-dua mmg sepadan...semoga berkekalan hingga ke akhir hayat...tak puas tgk gambar pre wedding mereka ini....sapa yg belum tgk boleh tgk gambar yg sgt superb kat KUKUBESI






p/s - tak sabar nak tunggu mlm nie nak tgk kek roket angkasawan...huhu..awal2 dah bgtau....klu nak keluar dinner lepas maghrib mesti dah keluar.....sebelum 9 mesti dah sampai rumah...hehe

Saturday, October 9, 2010

hari Raya @ UTM...

Kali ni beraya kat Rumah Alumni, UTM

kami sampai agak awal..so x pening kepala nak cari tempat....makanan pun best..ada nasi beriani, lontong, sate sup tulang & mcm2 lagi....

masa nie budak2 tgh beratur amik duit raya dengan tuan pengarah...









MAMA dah habis senyum nie...k ngah pulak pejam mata..huhu







sayang adik..





malam tu papa cukup bertuah....
nak tahu kenapa.....
tunggu next entry.....:)

Free Personal signatures - cool!

TEXTAREA_ID

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Stick Figure Family at FreeFlashToys.com
Make your Stick Figure Family at FreeFlashToys.com