Rizal Ashram Ramli atau Jejai (kiri) awalnya mengelak daripada jurugambar yang mahu merakamkan foto bersama kekasihnya, Fasha Sandha. Namun, akhirnya dia akur juga.
SEJAK membuat pengakuan berani matinya tiga bulan lalu mengenai hubungan cinta antara aktres jelita Fasha Sandha, 26 dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli, 33, tanpa berselindung, pasangan itu kembali muncul di khalayak ramai.
Bertempat di Restoran Bora Ombak, Ampang, majlis Aidilfitri yang dianjurkan Fasha lebih bermakna apabila kekasih hatinya itu hadir memenuhi undangannya.
Tiada lagi yang perlu disembunyikan, pasangan yang dihimpit pelbagai kontroversi sejak keruntuhan rumah tangga Rizal atau lebih dikenali sebagai Jejai bersama Nora Danish itu tampak mesra berbual manja.
Kemesraan itu membuatkan wartawan media yang hadir terus menerpa Fasha sejurus tamatnya majlis itu untuk bertanyakan status terkini hubungan mereka selepas Jejai sekeras-kerasnya enggan ditemubual.
p/s; ptg2 mesti tak miss slot akasia CHINTA lakonan Fasha nie....bila dia dah jadi jahat...cam x best pulak nak tgk...huhuh
No comments:
Post a Comment