Jom Klik...

Kawan-kawan MaMa - Peminat 3H..:)

Wednesday, July 28, 2010

Pengalaman Nurul Fatin kereta bapa dilarikan penjenayah

IPOH 27 Julai - Tempoh hampir dua jam semalam tidak mungkin dapat dilupakan Nurul Fatin Zulkifli dan adiknya Siti Haida, 6, seumur hidup mereka.

Sepanjang tempoh itu, dua beradik tersebut terpaksa menahan ketakutan apabila berdepan tiga penjenayah yang melarikan kereta milik ibu bapanya yang sebelum itu berhenti di hadapan sebuah kedai gambar.

Bagi Nurul Fatin, 17, dia terkejut apabila tiga lelaki tiba-tiba meluru masuk ke dalam kereta jenis Honda Accord milik bapanya, Zulkifli Ahmad, 48.

"Sejurus ibu bapa saya keluar dari kereta dan memasuki kedai gambar, tiga lelaki itu muncul dan melarikan kereta ayah.

"Salah seorang daripada lelaki itu yang duduk di kerusi belakang mencekik leher saya, menarik rambut saya supaya saya tidak membuat bising dan menoleh ke arah mukanya.

"Saya begitu takut kerana ketika itu, hanya saya dan adik berada dalam kereta," kata pelajar tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Panglima, Asam Kumbang, Taiping di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, Nurul Fatin dan adiknya berada dalam kereta yang dipandu bapanya sebelum keluarga itu berhenti di hadapan sebuah kedai gambar di Jalan Sagor, Kuala Kangsar kira-kira pukul 9.20 malam tadi.

Sebaik sahaja Zulkifli yang merupakan Penolong Pegawai Pemerintah di 50 Rejimen Askar Jurutera Diraja Kem Bukit Higate, Kuala Lumpur masuk ke dalam kedai bersama isterinya, Fauziah Shafie, 44, kereta itu dilarikan penjenayah terbabit.

Menurut Nurul Fatin, sepanjang tempoh dua jam itu dia diancam akan dicederakan oleh penjenayah tersebut sekiranya membuat bising.

Bagaimanapun, kedua-dua beradik itu kemudian ditinggalkan di tepi jalan di Liman Kati, Kuala Kangsar, kira-kira 40 kilometer dari lokasi kereta mereka dilarikan, pukul 11 malam ini.

Sementara itu, Zulkifli ketika dihubungi berkata, dia keluar bersama keluarganya untuk pergi ke kedai gambar di pekan Kuala Kangsar sebelum kejadian itu.

"Hanya dalam tempoh sekelip mata, saya nampak kereta saya yang diletakkan betul-betul di hadapan kedai dilarikan tiga penjenayah.

"Saya terus menghubungi IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Kuala Kangsar dan menghantar SMS (khidmat pesanan ringkas) mengenai kejadian ini kepada semua rakan saya.

"Saya bersyukur kerana akhirnya, anak saya selamat ."


-huhhhh....ngeri bila baca berita nie..mama mmg selalu tinggalkan 3h dlm kereta klu nk g kedai kejap jer...tp dah siap pesan suruh kunci & jgn buka kalau ada org ketuk pintu....& kalau papa g isi minyak pun kekadang malas nak kunci pintu....mmg betul malang x berbau...sebagai peringatan selepas ni perlu lebih berhati-hati...walaupun seminit.....semuanya boleh berlaku....-

2 comments:

  1. zura dgr biter nie dalam hot fm td... tp at least syukur gak anak2 selamat... hope lepas ni kiter sumer tak wat lagi... pengalaman maha hebat kan???

    ReplyDelete
  2. zura
    pun dengar kat hotfm bg td masa nak hantar hubby g keje...tp xsempat habis dgr..tu yg cari dlm utusan online..sbb nak tau ank dorang selamat ke x..alhamdulillah...selamat...

    ReplyDelete

Free Personal signatures - cool!

TEXTAREA_ID

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Stick Figure Family at FreeFlashToys.com
Make your Stick Figure Family at FreeFlashToys.com