Jom Klik...

Kawan-kawan MaMa - Peminat 3H..:)

Friday, August 13, 2010

Tiada apa perlu ditangisi- Anne Ngasri






SEJAK awal bertemu hingga sesi fotografi selesai, hanya senyuman terukir di bibir manisnya. Malah, tatkala diajukan pertanyaan bagaimana kehidupan sebagai ibu tunggal, dia tetap tersenyum.


sebelum - selepas




Begitu jelas ketabahan hati dramatis terkenal, Anne Ngasri.
Tiada sedikit pun rasa sedih muncul di riak wajahnya.

Bagi Anne, hidup mesti diteruskan dan tiada apa yang perlu ditangisi. Semua kemelut sudah berakhir dan dia harus kuat demi anak-anaknya yang menjadi pemangkin semangat diri ketika ini.

Ditambah lagi, dia kini berbadan dua dan semestinya Anne harus sentiasa ceria. Ujar ibu muda ini, dia tidak boleh terlalu bersedih dan lemah kerana situasi itu boleh mempengaruhi bayi dalam kandungannya. Justeru, lupakan saja masalah lalu.

Menurut Anne atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.

Oleh itu, sebagai umat Islam dia reda menerima qada dan qadar ditentukan Tuhan dalam hidupnya kerana sudah tertulis jodohnya sesingkat itu.

“Apapun, saya tetap bersyukur kepada Tuhan kerana sepanjang empat tahun hidup bersama bekas suami, Abdul Wafi Hassan, 29, rumah tangga kami diserikan dengan cahaya mata. Saya berasakan hidup ini sudah lengkap sebaik bergelar isteri dan ibu.

“Namun, ujian untuk saya datang lebih awal di kala dua anak, Abdul Warits Abdul Wafi, 4, dan Abdul Wafri Abdul Wafi, 2, semakin membesar.

“Selain itu, saya juga mengandungkan anak ketiga yang menurut doktor kemungkinan perempuan.

“Jika benar apa dikatakan doktor itu, sekurang-kurangnya impian saya memiliki anak perempuan termakbul. Apapun, saya tidak kisah asalkan bayi dalam keadaan sihat,” katanya.

Ujar Anne, walaupun dia berhadapan ujian besar tetapi jiwanya tenang. Kata pelakon drama Dunia Baru ini, apa yang dilaluinya itu turut mendatangkan keinsafan dalam diri.

Anne berkata sekarang dia lebih selesa bermuhasabah diri untuk menjadi lebih baik.

“Saya tidak pernah menuding jari kepada Wafi seorang atas apa yang berlaku dalam rumah tangga kami. Dalam soal ini, masing-masing antara kami ada kekurangannya. Jadi, mana yang kurang itu harus saya perbaiki demi kesejahteraan anak-anak.

“Walaupun, kami sudah bercerai talak tiga tetapi kasih sayang terhadap anak-anak tidak berubah. Malah, selepas bercerai kami boleh menjadi kawan baik. Secara tidak langsung, saya lihat hubungan kami sekarang lebih bagus berbanding dulu.

“Anak-anak pun tak rasa kekurangan kasih sayang kami kerana saya dan Wafi saling bekerjasama. Jika saya sibuk dengan penggambaran, mereka (anak) berada di bawah jagaan Wafi. Jadi, saya tidak fikir perceraian satu kemusnahan dalam hidup,” katanya.

Memandangkan Ramadan ini, kali pertama dia jalani sebagai ibu tunggal, Anne berkata tidak banyak perubahan berlaku pada kehidupannya.

Ujarnya, rasa kekurangan itu memang ada tetapi Anne sedar keluarga sentiasa ada bersama dengannya.

“Saya gembira kerana hubungan kekeluargaan dengan ibu bapa dan adik-beradik sangat rapat. Justeru, apa yang saya hadapi tidaklah ditanggung seorang diri. Selain itu, tinggal berdekatan dengan keluarga juga membuatkan saya tidak berasa terasing.

“Semangat daripada rakan juga membantu saya. Jadi, siapa kata saya seorang diri. Ditambah lagi, kesibukan dengan karier menyebabkan saya tiada masa untuk memikirkan masalah ini. Sekarang, misi penting dalam hidup saya adalah membesarkan anak.

“Menjadi impian saya ingin melihat anak berjaya dalam pendidikan dan kehidupan mereka. Oleh itu, saya harus kerja kuat mencari rezeki. Cuma, kini saya menghentikan aktiviti lakonan kerana tidak larat dan usia kandungan mencecah tujuh bulan,” katanya.

Menyentuh mengenai persiapan Aidilfitri mereka sekeluarga, Anne berkata dia seorang ibu yang ringkas.

Katanya dia memang biasa membeli pakaian untuk anak-anak lebih awal dan tidak suka membeli di saat akhir.

“Saya kalau membeli pakaian anak, ikut suka dan sesuai dengan cita rasa. Asalkan mereka gembira dan pakaian itu selesa digayakan, saya beli saja. Setakat ini, anak-anak terima dan tidak pula mereka cerewet atau tak mahu pakai.




“Kini, saya hanya mengharapkan kehidupan saya dan anak gembira dan dilindungi Tuhan. Saya pun tidak terfikir soal jodoh lagi kerana ia ketentuan Tuhan. Buat masa ini, saya meneruskan hidup mengikut apa yang ditetapkan dan jika ada jodoh, terserah,” katanya.

>PROFIL
NAMA: Nasriah Ngasri
NAMA KOMERSIAL: Anne Ngasri
TARIKH LAHIR: 18 Disember 1984
USIA: 26 tahun
TEMPAT LAHIR: Pulau Pinang
KERJAYA: Pelakon, pengacara dan duta produk
KELUARGA: Anak kelima daripada enam beradik
STATUS: Ibu tunggal
ANAK: Abdul Warits, 4 dan Abdul Wafri, 2
DRAMA: lebih 200 drama dan telefilem seperti drama bersiri komedi, Jangan Main Belakang, Dunia Baru, Anak Angkat, Cili Padi, Seindah Janji dan Mayang Mengurai PROGRAM TV: Cahaya Permata (RTM)
FILEM: Dunia Baru The Movie
IKLAN: Fair & Lovely, Maxis, Petronas
DUTA PRODUK: Ocean Ria, Aleema
PENCAPAIAN: Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Anugerah Skrin 1993)
sumber: Harian Metro

5 comments:

  1. saya sanagt suka melihat ketabahan anne

    tx for shared ...

    ReplyDelete
  2. semoga dia tabah menghadapi dugaan sebagai ibu tunggal diusia yg masih muda...

    ReplyDelete
  3. sian ann..semoga dia tabah ..anak2nya comel2

    Selamat menyambut ramadhan

    ReplyDelete
  4. igt kan anne muda lagi.muka budak la dia hehe...mmg tabah la anne nih.tgh prgnt lak tuh ..adusss

    ReplyDelete
  5. kesian anak2... tp takpela sekurang2nya si wafi pun msh bertanggungjawap kat anak2nyer..

    ReplyDelete

Free Personal signatures - cool!

TEXTAREA_ID

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Stick Figure Family at FreeFlashToys.com
Make your Stick Figure Family at FreeFlashToys.com