Jom Klik...

Kawan-kawan MaMa - Peminat 3H..:)

Tuesday, August 31, 2010

Mereka anak merdeka.....





INILAH kawan ketawa..menangis & bergaduh..huhu







yang menyerikan teratak kami sekeluarga...:)








hadirnya kalian menyerikan hidup kami...




tanpa kalian..sunyi sepilah mama & papa


sayang kamu semua...permata hati mama & papa

CONTEST MaMa3H: Si Comel Manis Berbaju Kurung / Berbaju Melayu

STICKY MODE

UNTIL 31 AUGUST 2010 - 12 pm



CONTEST dianjurkan bersempena dengan
MaMa3H 8th Anniversary pada 7 September nanti...


TARIKH TUTUP :
31 Ogos 2010
Nama pemenang akan diumumkan pada 7 September 2010

Syarat-syarat penyertaan :

1. Sila jadi follower diblog MaMa 3H

2. Add link contest ini di side bar

3. Buat entry contest ini di blog kawan2....
dgn tajuk CONTEST MaMa3H: Si Comel Manis Berbaju Kurung / Berbaju Melayu

4.Terbuka kepada semua anak-anak lelaki / perempuan
yang berumur yang berumur 4 tahun dan ke bawah....

5.Sila nyatakan nama dan umur anak anda dibawah gambar yang dipilih.

6.Tinggalkan link pernyertaan anda di entry ini.....



ok itu saja... MUDAH kan...
JOM ramai-ramai sertai contest ini....




Hadiah-hadiah menarik menanti anda...
Sila lihat di SINI

Monday, August 30, 2010

10 Amalan Terbalik

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-





1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?



2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.



3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.



4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.



5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.



6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?



7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.



8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.



9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.



10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.



11. Kita cukup teruja untuk meng'forward' kan sms atau emel dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??.....



Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: 'Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat.'

Ketawa Dengar Gosip - Ekin Mawi



HUJAN lebat membasahi perkarangan institusi berprestij Istana Budaya petang itu. Bagaikan tempias kepada wanita cantik ini kerana hatinya juga pernah basah dihujani dengan pelbagai cerita kurang manis.




Serba salah pula rasanya untuk terus ‘menembak’ anak Johor Bahru ini dengan persoalan busuk yang meniti kamus hidupnya. Namun lagak peramah dan sikap mudah mesra Ekin tidak pernah berubah, lantas dia pula yang bertanya membuka ruang bagi bicara petang itu.






“Mawi kahwin lagi dan sekarang saya mempunyai madu? Kononnya kerana saya gagal memberi zuriat padanya? Sampai hati dia tak jemput saya. Rasanya teringin juga nak melihat wajahnya dalam persalinan pengantin sekali lagi,” terjah Ekin mempersoalkan tuduhan terbaru yang heboh diperkatakan.


Suami tersayang yang juga penyanyi terkenal kelahiran Akademi Fantasia musim ketiga, Asmawi Ani (Mawi) dikatakan berkahwin dua dengan model sambilan, Zulaikha berusia pertengahan 20-an berasal dari Johor Bahru.


Tuduhan datang lengkap dengan fakta. Pengirim yang tidak henti-henti menghantar mesej ke SELEBRITI baru-baru ini sempat memberitahu, Mawi bernikah di Melaka pada April lalu dan majlis kecil-kecilan itu hanya dihadiri keluarga sebelah Mawi memandangkan rancangan mendirikan masjid cawa­ngan kedua itu adalah satu rahsia.


Segala fakta dan dakwaan itu dibentangkan di depan Ekin yang berkahwin dengan Mawi pada Disember 2008. Reaksinya negatif. Ma­lah Ekin berdekah-dekah ketawa, terasa lucu dengan dakwaan dia dimadukan.


“Mawi menerima pang­gilan dan ditanya akan tuduhan itu. Kemudian saya pula ditemubual untuk menceritakan perasaan saya. Kami berdua ketika itu baru saja tiba dari Jakarta. Tiba-tiba cerita mengarut ini pula disumbat. Mawi hanya menggelengkan kepala dan saya tidak henti-henti ketawa.


“Jika betul tuduhan itu benar, kenapa agaknya saya tidak tahu kerana kami suami isteri hanya berenggang tatkala Mawi bekerja atau menghadiri undangan nyanyian. Selebihnya kami berkepit dan tidak pernah berjauhan.


“Malah sejak berkahwin, saya punya satu perasaan yang mampu membaca fikiran serta kelakuan suami. Mawi bukan insan begitu dan mustahil untuknya melakukan agenda sebesar itu kerana dia manusia jujur yang pasti akan terperang­kap jika benar.


“Kami tidak berbincang pun mengenai dakwaan mengarut itu, malah perkara seperti ini berlalu bagai angin daripada segunung sampah. Baunya memang busuk namun kesannya tidak lama kerana ia akan terbang dibawa angin baru kemudiannya.


“Alhamdulillah usaha sesetengah pihak yang tidak pernah kenal erti penat atau putus asa dalam menabur cerita karut mengenai kami sekali lagi gagal dan bakal menemui jalan buntu.


“Setakat ini kami berdua bahagia dan belum pula timbul rasa curiga yang mung­kin menjadi pintu keluar daripada sebuah komitmen cinta,” katanya selamba dan tidak henti-henti mengukir senyuman.


Ekin sinis dan sesekali tampak letih berdepan tuduhan seperti ini. Maklumlah wanita berusia 31 tahun ini bukan sekali dibantai sebegini, sebaliknya sejak detik pertama hubungannya dengan Mawi yang juga pemenang anugerah Artis Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian menjadi topik utama media.


Percaya dengan takdir dan ketentuan Ilahi, Ekin hanya optimis dan berusaha menjadi mesin bagi mengubah semua unsur kutukan, sindiran dan ejekan itu menjadi semangat kekuatan sebagai perisai dirinya.


Tiada lagi babak air mata atau insiden duduk termenung memikirkan nasibnya. Formula barunya, tutup mata dan ketawa kuat, pekakkan telinga dan menyanyi lantang! “Penat sudah menangis dan berendam duka masa awal-awal dulu. Namun sekarang, maaflah kalau hendak melihat saya membazir rasa sebak untuk meratap fitnah kosong seperti ini.


“Mawi sendiri akan marah jika saya memikirkan perkara sebegini. Alhamdulillah jalan hari ini yang menjadi paksi buat saya dan suami banyak membantu bagi mengorek seribu kekuatan untuk terus reda serta kekal sabar,” katanya.


Sandaran gila publisiti, menumpang nama, materialistik serta pakai tudung terpaksa adalah diari lama tahun lalu. Kali ini pembuka lembaran Ramadan tahun kedua menjadi permaisuri kepada bintang filem Jin Notti dan Magika itu, Ekin dikatakan gagal menyerikan hidup Mawi dengan tangisan bayi yang memanggilnya ayah.


Membelek wajahnya lama di depan cermin sambil membetulkan lipatan tudungnya, Ekin bertanya dengan bersulam nada seloroh, zuriat pula dipertikai. Entah apa lagi benda yang boleh dijadikan senjata membunuh dirinya.


Berita keguguran sebanyak dua kali sebelum ini benar-benar menjadi satu ikatan yang lebih utuh pasangan persis merpati dua sejoli ini. Enggan putus harap, Mawi dan Ekin terus berusaha hingga kini.


“Jauhkan kata-kata begitu. Saya maafkan mereka yang menyelar sebegitu kuat pada saya. Jujur dan ikhlas ingin saya ungkapkan, soal zuriat adalah perkara yang pernah menjemput rasa terkilan dan sedih buat kami berdua.


“Biarlah apa yang orang nak kata. Ketentuan sudah tersurat begini. Rezeki itu belum tiba dan pastinya kami akan terus mencuba.


“Wanita mana yang tidak mahu anak selepas bergelar isteri? Mawi lebih lagi kepingin menjadi bapa dan saya sudah lama impikan untuk memiliki zuriat penyambung warisan kami berdua,” katanya.


Dugaan Ekin kerana mengahwini selebriti terkenal seperti Mawi tidak mampu diterjemah dengan ungkapan biasa kerana apa yang ditelan tidak pernah difikirkan sesiapa. Malah katanya, ada kalanya fitnah dilempar itu bagai tidak pernah memikirkan soal maruah dan perasaannya.


Aidilfitri makin hampir dan bahang kemeriahannya bakal menyimbah seribu kebahagiaan buat pasangan ini. Kali kedua menyambut Ramadan dengan si suami yang punya sifat manja di sebalik perwatakan selambanya, Ekin tidak sabar-sabar untuk memenuhi hasrat mereka berdua yang gagal termeterai tahun lalu.


“Kami berdua merancang untuk berjemaah Tarawih sekerap mungkin. Jika tahun lalu, pelbagai undangan berbuka puasa dan persembahan menghalang untuk kami berlaku demikian, Mawi sedaya-upaya mengurangkan aktiviti seninya bagi mencuri ruang bersama saya di atas sejadah.


“Kami tiada masalah untuk memikirkan soal kampung siapa yang bakal menjadi destinasi pagi raya kerana rumah orang tua dekat saja.


“Justeru, selalunya saya akan membiarkan Mawi membuat keputusan itu. Hubungan kami berdua dengan keluarga mentua sangat akrab dan tiada masalah untuk berkumpul sama.


“Mawi orangnya gila nasi. Setiap hari kalau dia tak dapat menjamah nasi, mula seleranya jadi tidak keruan. Jadi pagi raya itu adalah wajib untuknya mencari nasi himpit.


“Bayangkan, dia boleh mengulang makan nasi himpit berkali-kali dalam sehari itu. Alhamdulillah, saya beruntung mendapat suami yang tidak cerewet dalam soal makan. Penting untuk buat dia berselera, nasi, kicap dan sardin,” katanya berseloroh.


Menyentuh perkembangan kerjaya pelakon drama siri Kawan sebelum ini, Ekin sibuk menyiap­kan butiknya di Wangsa Maju selain mencari bahan baru lain untuk menguatkan empayar perniagaannya.


Meskipun kuat pada ikatan suami isteri, namun kata Ekin, soal kerjaya adalah urusan masing-masing.


“Mawi ligat mengusahakan syarikat penerbitan dramanya. Insya-Allah dia ingin menjadi pengarah dan penerbit selain menyimpan hasrat menghasilkan sebuah filemnya sendiri.


“Saya pula hanya memberi fokus pada perniagaan pakaian dan tudung, namun Mawi sentiasa di belakang untuk menyokong,” katanya.


sumber : Harian Metro

Biskut raya yg paling senang..dan mesti dibuat tiap-tiap tahun...:)

Apalagi kalau bukan conflakes madu....senang bangatkan..rasanya semua org pun pandai buat kuih raya nie....tahun nie namanya conflakes madu warna-warni aidilfitri...sbb kak long yang pilih suruh letak manik2 yg berwarna-warni tu...kismis pun ada yg masih berbaki..so letak jer lah..tu yg nampak besar kismis tu..hentamjerlahlabu.....bila mood rajin dah datang...terpaksalah suruh papa keluarkan oven dr stor...huhu...almaklum setahun sekali baru nak guna...tempat yg paling sesuai adalah dlm stor....:) .hari minggu x ke mana-mana so rajinlah mama buat kuih raya nie....lepas berbuka....dan sempat jugak buat puding cocktail......semua yg simple2 jer...:)

tapi x tahulah sempat x nak tunggu raya nie...asyik kena cukai jer ngan 3H

huhhhh....sedappppp...:)
kalau ckp xsedap mama xnak buat lagi tau....:)



pembantu setia...






lepas nie nak cuba buat kek pulak lor...:)

Sunday, August 29, 2010

CONTEST MaMa3H dilanjutkan sehingga 31 Ogos 2010 - 12pm

Alhamdulillah..terima kasih di atas sokongan yang diberikan
Contest ini akan dilanjutkan sehari lagi ....
sehingga 31 Ogos 2010 ( Selasa ) - 12 pm
Jom sapa-sapa yang belum join....
masih ada masa lagi nie...
GOOD LUCK....:)

Saturday, August 28, 2010

Chilli Crab

Kalau kat rumah ni apa-apa yg mama masak berkaitan ngan seafood mmg lajus jer masuk

mulut..Tp kalau masak ikan mmglah slow mereka semua ni nak makan...

so kali ni mama cuba resepi baru amik dr MaMaSya

sama jer cam biasa msk cuma kali nie x pakai bwg merah & letak belacan

huhhh sedap...:)




BAHAN

3 ekor Ketam - letak garam + lada hitam -xletak lada hitam ganti ngan kunyit sbb malas nk tumbuk...

Halia & Bwg putih dicincang halus
3 sb Sos tomato - 3sb Sos cili
1sb Sos tiram
½ st belacan – dibakar dan dihancur2kan halus
Cili padi - xletak..cuma letak lada blender..

CARA
Ketam digoreng terlebih dahulu…ketepikan.
Tumiskan bwg putih dan halia hingga wangi.
Masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram dan juga belacan, kacau.
Last sekali masukkan ketam tadi dan gaul sampai semuanya sebati.
Angkat dan taburkan daun sup jika suka.

Friday, August 27, 2010

Dah cari tudung untuk raya....???

Hi..kawan2 dah beli tudung utk raya ker? kalau sebelum dah selalu cuba tudung Ariani & DeZahra...kali ni mcm nak cuba tudung Fareeda pulak lah..patern dia lain dr yg lain sikit....suka yg 2 layer tu....tp kat JB nie xde pulak yg jual...kalau beli online tu oklah jugak tp xleh nak test pakai...nak pegang2 dulu kain dia...sbb first time nak beli..nak rege dia pun boleh tahanlah jugak...:0 ada sesiapa yang dh pernah pakai tudung fareeda nie....? bolehlah berkongsi pengalaman......hehehe:0


yg nie pun cantikkan...amik dr gambar profile kat SINI
pun boleh beli online kat situ....

Thursday, August 26, 2010

Best..best...best



semalam x masak....
hari ini x masak...
esok pun x masak lagi.....
banyak sungguh undangan...
tp sahur ttp kena masak..yg simple2 jerlah....:(

Mood Gembira.hari ini...:)

Sangat gembira hari ini sebab....
Hadiah anniversary dah dpt in Advance....
Tq so much dear....:)
ok..nak pergi berronggeng hari ni....

Wednesday, August 25, 2010

MAMAZAKWAN BUAT CONTEST





kalau nak join ...tgk kat SINI



Tarikh Tutup : 25 Ogos 2010 ( 10 mlm )

-

-

-

so inilah anak terunanya...

baju pun dah sama color ngan Zakwan...:)





Muhammad Hadif Imran


22 September 2008







Dia dah pandai...

mmg dia suka...godeh2 handphone mam...

dengar lagu...tekan...tekan....

dan

amik gambar sendiri....

sambil buat mimik muka sesuka hati...

:)

:)

Tuesday, August 24, 2010

Roh di bulan Ramadhan...

sekadar berkongsi cerita...

Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon
kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang
ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah
kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada
penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak
dibenarkan pulang disebabkan kesalahn mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan
adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian
mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta
pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan
orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.
Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat
ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang
semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur
membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan
kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih
hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia
masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang,
yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan
sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam
itu, terputus la semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang
soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah

" Setinggi mana kasih sayangku, Allah lebih berhak menyayangimu,
Damai la engkau disana di bawah rahmat dan kasih sayang-Nya,
Sesungguhnya aku akan menyusulmu di kemudian hari...
Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi...."

Sementara menunggu waktu berbuka...

masa berbuka di RC catering @ U Mall..

sementara menunggu waktu berbuka..jln2 kat kedai2 berhampiran..adalah nyonya tu suruh cuba rendamkan kaki boleh rehatkan badan dan minda....dah tak tau nak buat so layan jerlah

setakat rendamkan kaki pastu adalah gegar2 sikit..

pastu kaki gatal..nak garu jer..sampai merah2 dibuatnya....

huhhh buat kat rumah pun boleh..sib baik cuma rm15 sorang...utk 20 minit :)


pantang ada apa2 promosi..pasti x pernah nak menghampakan jurujual....:0
jual lah apa saja pada lelaki ini....
dlm 10 tu cuma 1 jer yg mungkin x dibeli..:)

5 minit pertama....
keadaan masih boleh dikawal....


pastu..dah mula boring...:(



sampai kecut kaki dibuatnya...


Monday, August 23, 2010

Patut atas Menara KL kena ada macam ni.....






























kalau ada pun ...
x sanggup rasanya.....




Berbuka @ Singgah Selalu

Weols berbuka beramai-ramai dengan pekerja-pekerja Arena Sawit...yang disponsor oleh pak tokei a.k.a pak ngah 3H...terima kasih byk2 semoga dimurahkan lagi rezeki olehNya...

Nampaknya sekarang ni cuma Hadif jer yg rajin nak posing ngan mama & papa....yg kakak2nya mmg dah malas dah nak senyum2....:(




k long nampak jer majalah mesti nak beli....mcm mama jer
hadif pulak nak keluar rumah jer terus amik kopiah papa tu....


mcm biasa gambar mknan x sempat nak snap..sbb mama sibuk nak amikkan mkana utk 3H...& nak layan si hadif makan lagi....

nampaknya dah naik harga kat sini RM35 utk dewasa Rm 17 utk kanak2..rasanya last year baru dlm RM20++...tp mmg berbaloi2..puas hati byk pilihan....tp yg x bestnya smlm tgk dia punya supervisor orng bangla...dah fasih ckp melayu...agaknya mana yek org melayu kita.....org melayu pulak dgr arahan dr org Bangla....huhhh.sedih sungguh...:(

Friday, August 20, 2010

Wanita Solehah

1. Beribadah bersungguh-sungguh kepada Allah
2. Sabar dalam menempuh ujian (kesusahan) dari Allah dan dalam mengerjakanperintah-perintahNya
3. Sentiasa menghalusi hati dan perbuatannya walau di mana ia berada.
4. Tidak jemu-jemu berusaha mengajak ahli keluarga kepada kebaikan dan keredhaan Allah.
5. Hiasi diri dengan sifat malu dan akhlak yang mulia.
6. redha dengan suami yg telah dijodohkan dengannya oleh Allah.
7. Menghormati suami dan ibubapa serta keluarga suami.
8. Berusaha menjadi isteri yang taat kepada suami sama ada waktu susah & senang.
9. mematuhi perintah atau kehendak suami selagi tidak bercanggah dengan syariat.
10. Tidak mengkhianati harta suami, kehormatannya, tempat tidurnya atau sebagainya ketika suami tiada di rumah.
11. mendoakan keselamatan & kesejahteraan suami dunia & akhirat.
12. Tidak sekali-kali menunjuk muka masam atau berlaku kasar terhadap suami.
13. Sentiasa dlm keadaan bersih, kemas dan berwangi-wangian ketika suami berada di rumah, tidak keluar rumah tanpa izin suami.
14. Sentiasa memohon maaf atau bertaubat jika melakukan kesilapan & kesalahan.

Thursday, August 19, 2010

Beri Semangat Anak Puasa...




Oleh Siti Zarinah Sahib
HMetro

PADA umur berapa anda melatih anak berpuasa? Adakah pada usia empat dan lima tahun atau setelah melangkah ke sekolah rendah?



Ramai ibu bapa bimbang sekiranya anak tidak mahu berpuasa walaupun sudah mencecah usia tujuh tahun. Oleh itu, ada yang menggunakan pendekatan psikologi dengan memberikan ganjaran berbentuk barang dan wang ringgit kepada anak.

Walaupun cara ini tiada salahnya, perlu diingat latihan berpuasa hendaklah berdasarkan kemampuan anak-anak mengikut peringkat usianya.

Anak-anak perlu diberi galakan dan bukannya paksaan dalam menjalani ibadah puasa.

Menurut Penyelaras Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Prof Madya Dr Mariani Md Nor, melatih anak berpuasa perlu dilakukan secara berperingkat.

Pada usia tiga tahun, ibu bapa sudah boleh melatih anak berpuasa dengan cara meminta mereka supaya tidak minum susu atau air separuh hari.

Sekiranya pada hari pertama anak anda berjaya menahan lapar dan dahaga separuh hari, keesokannya cuba panjangkan tempoh berpuasa sehingga jam dua petang. Begitulah seterusnya sehingga dia berjaya puasa penuh.

"Latihan secara berperingkat ini tidak akan memenatkan kanak-kanak selain melatih mereka membuat persediaan sedikit demi sedikit," katanya.



Tambahnya, tiada umur sesuai untuk anak mula berpuasa penuh kerana ada yang berusia lima tahun sudah berpuasa penuh. Ada juga kanak-kanak walaupun berusia lapan tahun masih belum mampu berpuasa penuh.

Justeru, ibu bapa harus menggunakan pendekatan yang bijak bagi mengajar anak berpuasa walaupun mereka masih belum baligh dan diwajibkan berpuasa iaitu dengan mengajar mereka mengenai persaingan.

Mengikut peringkat usia kanak-kanak, pada usia akhir iaitu tujuh hingga 11 tahun, kanak-kanak sudah mempunyai sifat untuk bersaing.

Seharusnya ibu bapa menggunakan peluang ini untuk mewujudkan persaingan sihat. Misalnya dengan memberi kata-kata semangat seperti, "Lihat kakak boleh puasa, adik belum lagi," ataupun, "Abang bijak sebab puasa."

Dengan cara ini, anak-anak akan tercabar untuk melakukan perkara sama supaya mendapat pujian daripada ibu bapa.

"Ramai ibu bapa beranggapan persaingan hanya wujud pada kanak-kanak ketika mereka bermain di padang. Namun, persaingan dalam berpuasa harus disemarakkan ketika mereka masih pada usia awal iaitu belum pun mencecah usia setahun sehingga dua dua tahun dan peringkat pertengahan dua hingga tujuh tahun," katanya.

Bagi ibu bapa yang memberikan ganjaran seperti duit atau barang seperti kasut dan baju baru kepada anak-anak yang berpuasa penuh, tindakan ini tiada salahnya.

Namun, ia mungkin dilakukan pada permulaan puasa sahaja dan selepas itu tidak lagi diumpan dengan duit atau barang. Ini kerana khuatir anak-anak berpuasa kerana ingin mendapatkan sesuatu.

Sebaiknya, terangkan kepada mereka mengenai puasa dan tujuan berpuasa supaya mereka merasai penderitaan golongan yang tidak berkemampuan serta bersama-sama menghargai setiap makanan yang diberi kepada mereka.

Selain itu, sikap ibu bapa yang tidak sanggup melihat anak berkeadaan lemah, longlai dan lesu ketika berpuasa dan meminta mereka berbuka akan menghalang keinginan anak untuk berpuasa penuh.

Sebaliknya ada anak mengambil kesempatan dengan kelembutan ibu bapa 'berlakon' seolah-olah mereka tidak berdaya berpuasa.

"Sebaiknya ibu bapa memberi kata-kata semangat supaya anak-anak meneruskan puasa sehingga waktu berbuka.

"Sekiranya ibu bapa dengan mudah meminta anak berbuka puasa, anak akan beranggapan ibu bapa tidak serius mengajar mereka berpuasa," katanya.

Anak yang masih kecil perlu disemai jiwanya dengan contoh teladan yang baik. Anak kecil sebenarnya mudah untuk dididik berpuasa.

Sebaiknya, sediakan pelbagai program sepanjang hari untuk mereka lakukan bagi mengisi masa terluang supaya tidak begitu terasa keletihan berpuasa.

Antara panduan yang boleh diikuti ialah:


Elakkan menonton rancangan televisyen yang akan menggugat puasa mereka apabila mereka melihat iklan makanan yang begitu menyelerakan.

Jangan lupa melatih anak niat berpuasa. Amalkan membaca niat berpuasa bersama keluarga selepas makan malam, dengan cara ini anak akan lebih seronok.

Jangan biarkan mereka terlalu aktif bermain. Buat aktiviti misalnya dengan membacakan buku cerita atau menonton cakera padat video berfaedah setiap hari.

Sediakan menu makanan berbuka dan sahur untuk anak sama sahaja dengan menu orang dewasa.
Jika boleh dan berkemampuan, hidangkan makanan kegemaran mereka supaya mereka bersemangat berpuasa sehingga tiba waktu berbuka.

Pada malam hari, ada baiknya anak diberi makan lagi sebelum tidur atau pada saat senggang pada waktu malam.

Menurut Pakar Pemakanan, Hospital Pakar KPJ Tawakal, Dr Gan Yian Kee, ibu bapa harus memberi gizi makanan seimbang kepada anak-anak yang berpuasa mengikut piramid makanan iaitu dengan melebihkan protein dan karbohidrat dalam masakan.

"Untuk berbuka dan bersahur, banyakkan makanan daripada jenis protein dan lemak seperti daging, nasi, telur, ikan dan ayam.

"Semakin banyak lemak dan protein yang diambil ketika sahur, secara semula jadi tenaga yang dimiliki kanak-kanak lebih besar. Namun ibu bapa harus memantaunya supaya mereka tidak makan secara berlebihan dikhuatiri menjejaskan perut," katanya.

Makanan mengandungi gula yang mempunyai sumber karbohidrat juga digalakkan kerana gula mudah diserap ke dalam tubuh menjadi sumber tenaga.

Selain itu, untuk berbuka puasa banyakkan pengambilan vitamin dan kalsium menerusi makanan sayuran hijau, buah oren dan epal, juga pengambilan minuman susu dan soya panas. Jangan galakkan anak anda minum minuman berais ketika berbuka puasa.

Kurangkan makanan bersantan, pedas dan masam sebaliknya banyakkan makanan berserat kerana membantu serta melancarkan pembuangan air kecil dan besar serta mengelak rasa lapar berpanjangan.

Contoh hidangan yang boleh diberikan kepada anak anda ketika berbuka puasa dan bersahur. Bagi setiap kumpulan anda boleh memilih satu menu.

Menu utama

> Karbohidrat:
· Satu senduk nasi putih
· Dua cawan bubur nasi
· Enam keping biskut berkrim
· Dua keping roti putih

> Protein :
· Separuh ikan kembung
· Sebiji telur
· Satu sudu kacang panjang
· Satu paha ayam

> Vitamin:
· Sepotong tembikai
· Sepotong betik
· Dua potong nanas
· Setengah biji belimbing

> Hidangan sayur-sayuran:
· Secawan sayur campur
· Dua hiris tomato

> Minuman:
· Segelas susu, sekeping keju atau segelas dadih.


p/s : setakat hari ni...alhamdulillah kak long Hasya berpuasa penuh...kalau tahun lepas cuma separuh hari...tahun ni..harap2 dpt puasa penuh...cuma hari pertama & kedua puasa....asyik tgk jam & tanya lagi brapa jam nak berbuka......mengadu sakit perut laaa, peninglah...mcm2 alasan...mama & papa buat x layan jer...masuk hari keempat dia pun dah malas nak bg alasan sbb dah tahu xde siapa yang nak layan.....:)

pINK vs pURPLe

Sorang nak color pink , sorang lagi nak purple....sib baik ada 2 org ker gegirl ....

kalau 3 org sorang lagi nk color hijau...dah mcm taska lah pulak...:)

inilah hasilnya bilik mereka berdua....



bilik Hadif jer belum lagi di set up kan .....
tunggu umur 2 tahun...hadif dh xleh tido ngan mama lagi tau....
sian pulak dia kena tido sorang2 nanti......
bxhsvcfefcnejby



Wednesday, August 18, 2010

Berubah wajah...sedap sikit mata memandang...:)

penat duk pilih cat warna yang sesuai....sampai kat kedai cat cina tu bgtau xsesuai lah color yg dipilih x mathcing lah...bla..bla..bla......balik2 kedai tgk2 papa bawa balik cat color lain yg telah dipilih...huhu...ok nasib baik menepati citarasaku jua.....:)

Laman yang sudah siap dicat...:)


dinding rumah x cat pun..masih elok...tunggu nanti sekali nak renovate rumah baru cat.....bestnya x sabar tu..kena penuhkan tabung cepat2 nie...:)

pagar coklat tu kalau tukar warna putih..
mesti lagi cantikkan?

Jatuh cinta...



hasil rembatan kat Romantika hari tu...
tiba-tiba jatuh cinta plak ngan english deco nie...hari tu cuma sempat beli dan penuhkan utk penuhkan setingkat almari ni...ada 3 tingkat lagi nie utk ditukar ganti...:) harus ke sana lagi....
raya tahun nie macam x brapa nak excited nak beli baju raya, kasut cam tahun2 sudah...sbb x raya pun dah beli baju..dan kasut..so pakai jer apa yang ada..tp boleh percaya ker....atau mood belum datang lagi...hehehetp henbag ttp bersemangat nak beli...dah selamat sampai pun yg diorder...sebulan yg lalu tahun ni lebih suka nak hiaskan rumah....cat pagar dah selesai..langsir harus ditukar....sejak pindah 2007 x pernah cat & tukar langsir.lagi..so tahun ni..
mestilah ada perubahan serba sedikit...:)

Tuesday, August 17, 2010

4 PERKARA SEBELUM TIDUR( Tafsir Haqqi )





Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an. Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu. Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"








Koleksi untuk ramadhan...

Antara koleksi untuk berbuka puasa sepanjang Ramadhan ini...

Bolehlah cuba2 resepi baru yg lebih mencabar sikit....





semoga x menjadi hiasan di lemari sajer....:)







selamat berpuasa...
hari ni nak cuba masak ayam goreng berempah Kak Liza

Monday, August 16, 2010

Ambillah waktu untuk.....

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi,
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketengan,

Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan,

Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Allah,
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan,

Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati
Ambillah waktu untuk memberi, itu dapat membuat hidup terasa beerti,

Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan

Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga...

Banyak main daripada nak baca buku....huhu

kena siapkan kerja sekolah dulu...





pagi2 hujung minggu , kalau papa3H melayan hobi dia...so mama akan bawa mereka bertiga ke Perpustakaan Kanak-Kanak , Tmn U...tp semua kena janji dulu...nak baca buku..bukan nak main...tp baca buku tu beberapa minit jer...terus dh reasah gelisah.....berlarian dlm tu...dah mcm plyground..dah nama pun utk kanak-kanak...:)mama rajin nak ke sana sbb boleh gak baca2 majalah kat sana..mcm2 ada,...mastika, wanita, rapi,...bolehlah rehatkan minda ...:0














mata dah mula melilau tgk2 apa yang menarik perhatian..







muka..cover baik...tu






sekian,,,,..



sepagi di perpustakaan @ playground....

Hadiah Untuk Pemenang Contest MaMa3H

2 Pemenang bertuah akan dipilih.

1 - kategori si manis lelaki

1 - kategori si manis perempuan

Masing-masing akan menerima hadiah

sepasang T-Shirt & Jeans Corduroy OLD NAVY



1 Pemenang Hadiah pilihan Juri
Sehelai Anak Tudung untuk mama si manis yang bertuah




ok...selamat mencuba...:)

Sunday, August 15, 2010

Giveaway Raya...

Inilah hadiahnya...GA dari Kak Nor

bestkan...boleh tambah koleksi untuk raya nanti...

Nak join boleh klik SINI

Tarikh tutup : 23 Ogos 2010

Friday, August 13, 2010

Tiada apa perlu ditangisi- Anne Ngasri






SEJAK awal bertemu hingga sesi fotografi selesai, hanya senyuman terukir di bibir manisnya. Malah, tatkala diajukan pertanyaan bagaimana kehidupan sebagai ibu tunggal, dia tetap tersenyum.


sebelum - selepas




Begitu jelas ketabahan hati dramatis terkenal, Anne Ngasri.
Tiada sedikit pun rasa sedih muncul di riak wajahnya.

Bagi Anne, hidup mesti diteruskan dan tiada apa yang perlu ditangisi. Semua kemelut sudah berakhir dan dia harus kuat demi anak-anaknya yang menjadi pemangkin semangat diri ketika ini.

Ditambah lagi, dia kini berbadan dua dan semestinya Anne harus sentiasa ceria. Ujar ibu muda ini, dia tidak boleh terlalu bersedih dan lemah kerana situasi itu boleh mempengaruhi bayi dalam kandungannya. Justeru, lupakan saja masalah lalu.

Menurut Anne atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.

Oleh itu, sebagai umat Islam dia reda menerima qada dan qadar ditentukan Tuhan dalam hidupnya kerana sudah tertulis jodohnya sesingkat itu.

“Apapun, saya tetap bersyukur kepada Tuhan kerana sepanjang empat tahun hidup bersama bekas suami, Abdul Wafi Hassan, 29, rumah tangga kami diserikan dengan cahaya mata. Saya berasakan hidup ini sudah lengkap sebaik bergelar isteri dan ibu.

“Namun, ujian untuk saya datang lebih awal di kala dua anak, Abdul Warits Abdul Wafi, 4, dan Abdul Wafri Abdul Wafi, 2, semakin membesar.

“Selain itu, saya juga mengandungkan anak ketiga yang menurut doktor kemungkinan perempuan.

“Jika benar apa dikatakan doktor itu, sekurang-kurangnya impian saya memiliki anak perempuan termakbul. Apapun, saya tidak kisah asalkan bayi dalam keadaan sihat,” katanya.

Ujar Anne, walaupun dia berhadapan ujian besar tetapi jiwanya tenang. Kata pelakon drama Dunia Baru ini, apa yang dilaluinya itu turut mendatangkan keinsafan dalam diri.

Anne berkata sekarang dia lebih selesa bermuhasabah diri untuk menjadi lebih baik.

“Saya tidak pernah menuding jari kepada Wafi seorang atas apa yang berlaku dalam rumah tangga kami. Dalam soal ini, masing-masing antara kami ada kekurangannya. Jadi, mana yang kurang itu harus saya perbaiki demi kesejahteraan anak-anak.

“Walaupun, kami sudah bercerai talak tiga tetapi kasih sayang terhadap anak-anak tidak berubah. Malah, selepas bercerai kami boleh menjadi kawan baik. Secara tidak langsung, saya lihat hubungan kami sekarang lebih bagus berbanding dulu.

“Anak-anak pun tak rasa kekurangan kasih sayang kami kerana saya dan Wafi saling bekerjasama. Jika saya sibuk dengan penggambaran, mereka (anak) berada di bawah jagaan Wafi. Jadi, saya tidak fikir perceraian satu kemusnahan dalam hidup,” katanya.

Memandangkan Ramadan ini, kali pertama dia jalani sebagai ibu tunggal, Anne berkata tidak banyak perubahan berlaku pada kehidupannya.

Ujarnya, rasa kekurangan itu memang ada tetapi Anne sedar keluarga sentiasa ada bersama dengannya.

“Saya gembira kerana hubungan kekeluargaan dengan ibu bapa dan adik-beradik sangat rapat. Justeru, apa yang saya hadapi tidaklah ditanggung seorang diri. Selain itu, tinggal berdekatan dengan keluarga juga membuatkan saya tidak berasa terasing.

“Semangat daripada rakan juga membantu saya. Jadi, siapa kata saya seorang diri. Ditambah lagi, kesibukan dengan karier menyebabkan saya tiada masa untuk memikirkan masalah ini. Sekarang, misi penting dalam hidup saya adalah membesarkan anak.

“Menjadi impian saya ingin melihat anak berjaya dalam pendidikan dan kehidupan mereka. Oleh itu, saya harus kerja kuat mencari rezeki. Cuma, kini saya menghentikan aktiviti lakonan kerana tidak larat dan usia kandungan mencecah tujuh bulan,” katanya.

Menyentuh mengenai persiapan Aidilfitri mereka sekeluarga, Anne berkata dia seorang ibu yang ringkas.

Katanya dia memang biasa membeli pakaian untuk anak-anak lebih awal dan tidak suka membeli di saat akhir.

“Saya kalau membeli pakaian anak, ikut suka dan sesuai dengan cita rasa. Asalkan mereka gembira dan pakaian itu selesa digayakan, saya beli saja. Setakat ini, anak-anak terima dan tidak pula mereka cerewet atau tak mahu pakai.




“Kini, saya hanya mengharapkan kehidupan saya dan anak gembira dan dilindungi Tuhan. Saya pun tidak terfikir soal jodoh lagi kerana ia ketentuan Tuhan. Buat masa ini, saya meneruskan hidup mengikut apa yang ditetapkan dan jika ada jodoh, terserah,” katanya.

>PROFIL
NAMA: Nasriah Ngasri
NAMA KOMERSIAL: Anne Ngasri
TARIKH LAHIR: 18 Disember 1984
USIA: 26 tahun
TEMPAT LAHIR: Pulau Pinang
KERJAYA: Pelakon, pengacara dan duta produk
KELUARGA: Anak kelima daripada enam beradik
STATUS: Ibu tunggal
ANAK: Abdul Warits, 4 dan Abdul Wafri, 2
DRAMA: lebih 200 drama dan telefilem seperti drama bersiri komedi, Jangan Main Belakang, Dunia Baru, Anak Angkat, Cili Padi, Seindah Janji dan Mayang Mengurai PROGRAM TV: Cahaya Permata (RTM)
FILEM: Dunia Baru The Movie
IKLAN: Fair & Lovely, Maxis, Petronas
DUTA PRODUK: Ocean Ria, Aleema
PENCAPAIAN: Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Anugerah Skrin 1993)
sumber: Harian Metro

Free Personal signatures - cool!

TEXTAREA_ID

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Stick Figure Family at FreeFlashToys.com
Make your Stick Figure Family at FreeFlashToys.com