Jom Klik...

Kawan-kawan MaMa - Peminat 3H..:)

Saturday, February 12, 2011

Nasha Aziz disamun RM40k


Malang tidak berbau. Itulah pepatah melayu yang boleh diguna pakai kepada model dan pelakon cantik, Nasha Aziz yang telah mengalami satu detik yang mencemaskan apabila dia disamun dua lelaki bermotosikal di persimpangan lampu isyarat di Jalan Persiaran Ampang Hilir di sini kelmarin.

Pelakon tersebut mengalami kerugian sebanyak RM40,000 apabila wang tunai termasuk barang berharga miliknya dilarikan penjenayah dipercayai warga Indonesia pada pukul 3.23 petang itu.


Nasha dikatakan baru mengeluarkan sejumlah wang di sebuah bank tidak jauh dari lokasi dia disamun. Difahamkan juga, sebelum kejadian, Nasha memandu kenderaan Naza Ria dengan ditemani seorang rakan wanitanya dan berhenti di persimpangan lampu isyarat itu.

“Sebaik berhenti di persimpangan itu, dua lelaki yang menunggang motosikal Honda EX5 menghampiri kenderaan pelakon tersebut. Pembonceng motosikal itu kemudian memecahkan cermin kerenderaan pelakon itu dan mengambil beg tangan yang diletakkan di riba Nasha,” kata jurucakap polis yang mengendalikan kes itu semalam.

Sumber:fesbuk

P/s: agaknya tempat mana paling selamat nak letak henbag klu tengah drive?

- Posted using BlogPress from my iPhone 4

4 comments:

  1. seram btl bila bc kan... sy mmg drive sendiri g keje.. kekadang sy ltk h/bag sebelah tpt ddk pemandu n selalu rasa tak sedap ati so lock pintu. kekadang biar kat tpt ddk blakang pun mmg tak selamt kan.. kekadang sy letak kat bwh tpt ddk driver aka kat sblh kaki sy.. lbh selamt kot...

    kalau kat traffic light mmg kene ati2, selalunya sy akan perhati setiap motosikal yg akn lalu seblh sy melalui side mirror..

    mintak dijauhkan la dr perkara2 cam citer nasha 2..

    ReplyDelete
  2. Tu la.malang xberbau.
    Byk tu 40k.

    ReplyDelete
  3. letak bwh kaki....

    mintak di jauhkan perkara2 mcm ni...

    ReplyDelete

Free Personal signatures - cool!

TEXTAREA_ID

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Stick Figure Family at FreeFlashToys.com
Make your Stick Figure Family at FreeFlashToys.com