Jom Klik...

Kawan-kawan MaMa - Peminat 3H..:)

Friday, May 3, 2013

Resepi II Udang Galah Masak Lemak Cili Api Menyengat II



Udang galah yang dibawakan khas dari SABAH...
haruslah masak yg special....




en suami beli 2 kotak udang galah nie dr sabah...
sekotak ada dalam 15 ekor bersamaan ngan RM60...
nanti sesiapa yg nk g Sabah boleh kirim ya....





nie keadaan udang galah bila dikeluarkan dr kotak....
bergelimpangan dengan air batu.....
sejam jugak la nak kena keluarkan dr petiais nk cairkan airbatu yg melekat tu...




resepinya..sama jer mcm masak lemakcili padi sebelum nie..cuma kali nie tambah ketumbar sikit

Bahan-bahan:


Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 15 ekor udang galah (dibersihkan)
  • 4-5 biji bawang merah *
  • 3 biji bawang putih *
  • 6 biji cili api *
  • 1/2 sudu kecil ketumbar biji *
  • 2 batang serai
  • santan - 1 biji kelapa
  • sedikit isi kunyit hidup*
  • daun kunyit
  • asam keping
  • garam / gula secukup rasa




Cara-cara

  1. kesemua  bahan * dan isi kunyit ditumbuk sampai lumat setelah tu masukkan cili api dan ketumbar biji dan tumbuk sekadar pecah sahaja. serai dititik.
  2. ambil sedikit bahan yang ditumbuk dan gaulkan pada udang. perap sekejap. panaskan minyak untuk menumis tu, dalam 2 sudu besar je cukup. kemudian tumis bahan yang telah ditumbuk tadi sampai wangi dan setelah tu masukkan pula udang. kacau lagi supaya tumisan kita tidak hangus.
  3. kemudian masukkan air sekadar tenggelam udang-udang tu. jangan banyak sangat melainkan kalian nak kuah yang cair. biar menggelegak, kemudian tambahkan garam secukupnya. kalau suka rasa masam-masam skit bley tambah sedikit asam keping. 
  4. biar seketika barulah masukkan santan. kecilkan api, kacau selalu. 
  5. tunggu udang dah berubah warna dan masukkan garam / gula ...kacau lagi....ok dah siap...;-)




resepi nie saya amik dan edit mngikut kesesuai bahan2 yg ada kat SINI...http://www.myresipi.com/top/detail/5723

SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment

Free Personal signatures - cool!

TEXTAREA_ID

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Stick Figure Family at FreeFlashToys.com
Make your Stick Figure Family at FreeFlashToys.com