Keputusan PMR diumumkan 23 Disember ini
15/12/2010 8:40pm
KUALA LUMPUR 15 Dis. — Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 akan diumumkan pada 23 Disember ini.
Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, analisis keputusan PMR akan diumumkan pada hari itu di pejabat kementerian di Putrajaya.
Keputusan akan dikeluarkan di sekolah masing-masing pada hari yang sama mulai pukul 10 pagi manakala calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri.
Sejumlah 479,675 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut pada tahun ini dan daripada jumlah itu, seramai 446,896 orang calon adalah daripada sekolah kerajaan. - Bernama
- Posted using BlogPress from my iPhone
seram gak ni cz anak akak yg kedua ambil PMR.....
ReplyDeletetakde sedara la ambik PMR tahun ni..^_^
ReplyDelete