Jom Klik...

Kawan-kawan MaMa - Peminat 3H..:)

Monday, December 20, 2010

Mencari kawan untuk anak...



Sudahkan anda bertanya anak-anak, siapa kawan mereka di sekolah? Jika belum, cepat-cepatlah bertanya. Dan, cuba ingat nama mereka. Bagaimana perangai mereka dan lain-lain. Sekali sekala tanya lah khabar tentang kawan-kawan mereka.

Tapi, jangan lupa untuk sentiasa ingatkan mereka agar mencari kawan yang baik.

Selain itu, ibu bapa juga boleh berikhtiar untuk mengaturkan anak-anak mencari kawan yang baik. Agar kawan itu datang dari keluarga yang baik dan berhemah, atau yang sama-sama meminati aktiviti yang murni dan sihat.







Berikut antara beberapa cara yang boleh dilakukan:

Rapatkan anak-anak dengan saudara mara atau sepupu-sepupunya yang mempunyai akhlak yang baik dengan membayakkan ziarah-menziarahi. Kadang-kadang anak-anak boleh ditinggalkan bermalam rumah saudara agar dia dapat berkawan dengan lebih rapat lagi. Cara ini dapat menjadikannya memilih kawan yang baik disamping boleh mengeratkan ikatan silaturrahim.

Perkenalkan dan rapatkan anak anda dengan anak kawan-kawan anda yang diketahui mempunyai akhlak yang baik. Aturkan program ziarah yang melibatkan aktiviti santai, agar mereka boleh bergaul dengan mesra. Jika ada program-program yang melibatkan keluarga seperi Hari Keluarga dan rehlah, ajaklah mereka agar mendekati antara satu sama lain. Galakkan mereka membuat ikatan susulan agar perkenalan itu berpanjangan.

Libatkan anak-anak dengan usrah, kelab dan persatuan keremajaan yang menganjurkan program-program yang Islamik dan menarik. Galakkan mereka terlibat secara aktif agar mereka bukan sahaja memperolehi kawan-kawan yang baik bahkan dapat memberi sumbangan kepada ummah serta boleh mengasah bakat kepimpinannya.

Galakkan anak anda menghadiri majlis-majlis ilmu dan menunaikan solat di masjid dan surau. Di sini mereka akan bertemu dengan kawan-kawan yang baik dan berakhlak.

Selamat berusaha mendidik anak-anak.

Biodata Kolumnis
Ustaz Fathi Yusuf merupakan graduan ijazah Undang-Undang Syariah UIAM dan master Undang-Undang UKM manakala isterinya, Ustazah Ros Izanuri Jamaluddin merupakan graduan Bahasa Arab UIAM. Ustaz Fathi sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang PhD di UIAM manakala Ustazah Ros Izanuri mengajar di SMK Taman Melawati, Kuala Lumpur

5 comments:

  1. btul tu memang sahabat yang berakhlak baik penting.sb melalui sahabat sebaya banyak pengaruhnye.memang ibubapa boleh cuba cara ni.

    ReplyDelete
  2. bila tanya khaleef, dia ckp "my friend is achen". sikit2 achen sikit2 achen. kitorang pun, "ko ni skolah kat dubai ke vietnam." hihihihi..

    takut anak kita yg naughty suka sakat kawan2 dia......hihi

    ReplyDelete
  3. Wan
    Mmg sekarang ni pengaruh kwn2 lebih kuat drpd keluarga sendiri...:(

    Syigim
    Achen tu apa maknenyer?

    ReplyDelete
  4. krn kwn yg byk mempengaruhi anak semasa disekolah....

    ReplyDelete
  5. nza
    lagipun masa dorang byk kat sekolah drpd kt rumah....

    ReplyDelete

Free Personal signatures - cool!

TEXTAREA_ID

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Stick Figure Family at FreeFlashToys.com
Make your Stick Figure Family at FreeFlashToys.com